Musim perayaan memang penuh dengan godaan, terutama bagi yang mendapat jemputan rumah terbuka setiap hujung minggu di bulan Syawal ini. Kadang-kadang dalam satu hari, ada 5-6 jemputan, boleh meletup perut kan!
Silap hari bulan, dalam tempoh sebulan syawal, berat badan naik sebanyak 3-4kg. Haru biru pula untuk turunkan balik ke berat asal. Dalam artikel ini, kami menyediakan 10 tip praktikal untuk anda yang ingin menikmati menu di rumah terbuka tanpa rasa bersalah. Ketahui tip-tip sihat daripada pakar diet, PN ROSE HANIZAN MAT HASSAN, KPJ PERDANA, KOTA BHARU, KELANTAN semasa menghadiri Rumah Terbuka.
BERAT BADAN NAIK SELEPAS RAMADAN/RUMAH TERBUKA. KENAPA TERJADI?
Semasa di bulan Ramadan, ramai di antara kita mengambil kesempatan menurunkan berat badan. Namun, apabila tiba musim perayaan, kebanyakannya mengalami kenaikan berat badan selepas 15 hari menyambut hari raya.
Keadaan ini boleh terjadi kerana tiada keseimbangan di antara pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain dapat meningkatkan risiko kepada penyakit kronik.
CARA KURANGKAN NAFSU MAKAN DI RUMAH TERBUKA
Apabila menghadiri Rumah Terbuka, secara tidak langsung, setiap orang akan mempunyai selera makan yang luar biasa kerana makanan yang dihidangkan adalah menyelerakan dan lazat. Namun begitu, anda perlulah bijak dalam memilih makanan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat ketika meraikan Hari Raya.
Kita perlu ingat bahawa kebanyakan rumah mempunyai hidangan makanan yang lebih kurang sama. Jadi, konsep sedikit dan pelbagai masih perlu digunakan dan waspada dengan kuantiti makanan yang anda ambil.
TIP SIHAT SEPANJANG MENGHADIRI RUMAH TERBUKA
1.Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
2.Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah–buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
3.Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
4.Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, biskut raya, kek, ‘cookies’ dan sebagainya.
5.Pilih buah–buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
6.Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
7.Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.
8.Jangan lupa senaman. Perlu lebih kerap lakukan kerana undangan rumah terbuka boleh dikatakan setiap hari atau mingguJgn lupa senaman ye..lebih kerap perlu lakukan kerana undangan rumah terbuka boleh dikatakan setiap hari ada.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI