Kerap bersin waktu pagi sampai tak henti-henti, mungkin ia berkait rapat dengan resdung.

Masalah resdung, atau sinusitis kronik, boleh menimbulkan pelbagai kesulitan kepada lelaki, terutamanya yang mempunyai gaya hidup aktif dan sibuk. Resdung bukan sekadar mengganggu dengan gejala fizikalnya, tetapi juga boleh mempengaruhi aspek psikologi dan sosial seseorang. Berikut adalah beberapa kesan yang sering dialami oleh lelaki yang menderita resdung:

RESDUNG Dan Kerap Bersin, Rawat Dengan Petua Tradisional Cina. Sangat Berkesan!

  • Gangguan Pernafasan: Resdung menyebabkan kesesakan dan pembengkakan dalam sinus yang boleh mengganggu pernafasan, terutama semasa melakukan aktiviti fizikal atau sukan. Ini menjadikan aktiviti harian yang memerlukan tenaga lebih mencabar dan kurang menyenangkan.
  • Penurunan Produktiviti: Gejala seperti sakit kepala, tekanan di wajah, dan kelesuan yang disebabkan oleh resdung boleh mengurangkan fokus dan produktiviti. Lelaki yang bekerja dalam keadaan yang memerlukan konsentrasi tinggi mungkin mendapati prestasi kerja mereka terjejas.
  • Kesulitan Tidur: Resdung sering kali menyebabkan kesukaran bernafas yang boleh mengganggu tidur, menyebabkan insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Keletihan yang berterusan boleh mempengaruhi keadaan emosi dan mental.
  • Masalah Sosial dan Emosi: Kerap bersin, hidung yang berair, dan gejala lain boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan sosial. Kegelisahan mengenai gejala yang kelihatan boleh mempengaruhi keyakinan diri dan interaksi sosial.
  • Risiko Jangkitan Berkaitan: Lelaki dengan resdung mungkin lebih mudah terdedah kepada jangkitan pernafasan lain seperti selesema atau jangkitan bakteria, yang boleh memperburuk keadaan kesihatan keseluruhan.

Petua Resdung!

Kali ini, kami kongsikan petua tradisional merawat resdung. Hanya mengunakan bawang putih saja. Mudah-mudahan ia membantu.

Bersin Tanda Resdung, Cuba Petua Cina

Bila orang cerita pasal resdung, mesti selitkan dengan bersin. Sekejap dengar achuw sana dan achuw sini. Saya yang tengok aje ni pun rasa pening. Bergegar otak.

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin.

IKLAN

Ni petua tradisional Cina. Memang berkesan.

1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan.

2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih.
.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau over kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

4) Sedut bau yang keluar dari wap tu.

IKLAN

RESDUNG Dan Kerap Bersin, Rawat Dengan Petua Tradisional Cina. Sangat Berkesan!

Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.

Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.

Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.

IKLAN

Selamat mencuba,selain cuba rawatan lain, boleh cuba rawatan tradisional ini.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI