Ads

Tip Kira Pengambilan Kalori Harian Dengan Tepat

kalori

Bercakap tentang diet pasti perkataan ‘kalori’ menjadi salah satu perkara utama. Mengetahui jumlah atau kira kalori yang diperlukan setiap hari adalah langkah asas untuk mengekalkan kesihatan, menurunkan berat badan, atau membina otot.

Namun, setiap individu mempunyai keperluan setiap orang berbeza bergantung pada jantina, umur, berat badan, ketinggian, tahap aktiviti, dan matlamat kesihatan mereka.

Kali ini MASKULIN ingin membantu anda memahami cara kira kalori yang diperlukan setiap hari dengan tepat, khususnya untuk lelaki dan wanita.

Tip Kira Pengambilan Kalori Harian Dengan Tepat

Berapa Banyak Kalori Yang Diperlukan Lelaki dan Wanita?

Secara purata, lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita kerana perbezaan dalam jisim otot dan kadar metabolisme. Berikut adalah panduan umum:

  • Lelaki dewasa: 2,500 kalori sehari (untuk mengekalkan berat badan).
  • Wanita dewasa: 2,000 kalori sehari (untuk mengekalkan berat badan).

Akan tetapi jumlah ini boleh berubah bergantung pada tahap aktiviti harian dan matlamat kesihatan.

Untuk mendapatkan angka yang lebih tepat, anda perlu mengira kadar metabolisme asas (BMR) dan kalori tambahan berdasarkan aktiviti fizikal.

Langkah-Langkah Mengira Keperluan Kalori

1. Kira Kadar Metabolisme Asas (BMR)

BMR adalah jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda untuk menjalankan fungsi asas seperti pernafasan, penghadaman, dan pengepaman darah. Formula Harris-Benedict adalah salah satu cara yang popular untuk mengira BMR:

Ads

Lelaki:
BMR = 88.362 + (13.397 × berat badan) + (4.799 × tinggi) − (5.677 × umur) BMR = 88.362 + (13.397 x berat badan) + (4.799 x tinggi ) – (5.677 x umur )

Wanita:
BMR = 447.593 + (9.247 × berat badan) + (3.098 × tinggi)− (4.330 × umur) BMR = 447.593 + (9.247 x berat badan) + (3.098 x tinggi) – (4.330 x umur)

*berat (kg), tinggi (cm), umur (tahun)

Contoh Pengiraan (Lelaki):
Seorang lelaki dengan berat 70kg, tinggi 175cm, dan berumur 30 tahun:
BMR =88.362 + (13.397×70) + (4.799×175) − (5.677×30) BMR = 88.362 + (13.397 x 70) + (4.799 x 175) – (5.677 x  30)
BMR = 88.362+937.79+839.825−170.31=1,695.667BMR = 88.362 + 937.79 + 839.825 – 170.31 = 1,695.667

BMR beliau adalah 1,696 kalori sehari.

Ads

Tip Kira Pengambilan Kalori Harian Dengan Tepat

Artikel Berkaitan: Senaman Kardio Boleh Bantu Turun Berat Badan & Tambah Stamina

2. Tambah Faktor Aktiviti Fizikal

Untuk mendapatkan keperluan kalori harian sebenar, anda perlu darabkan BMR dengan tahap aktiviti:

  • Tidak aktif (sedikit atau tiada senaman): BMR×1.2BMR times 1.2
  • Aktif sederhana (senaman ringan 1-3 hari seminggu): BMR×1.375BMR times 1.375
  • Aktif (senaman sederhana 3-5 hari seminggu): BMR×1.55BMR times 1.55
  • Sangat aktif (senaman berat 6-7 hari seminggu): BMR×1.725BMR times 1.725

Contoh Pengiraan (Lelaki Aktif Sederhana):

Ads

Dengan BMR 1,696 dan tahap aktiviti sederhana:
Keperluan Kalori Harian = 1,696×1.375 = 2,332 kalori, Keperluan Kalori Harian = 1,696 x 1.375 = 2,332 kalori

BACA: 5 Sebab Pelari Biasa Mula Beralih Kepada Trail Running

3. Tetapkan Matlamat

  • Untuk menurunkan berat badan, kurangkan 500-700 kalori daripada jumlah keperluan harian.
  • Untuk menaikkan berat badan, tambah 300-500 kalori daripada jumlah keperluan harian.
  • Untuk mengekalkan berat badan, gunakan jumlah kalori harian seperti yang dikira.

Tip Kira Pengambilan Kalori Harian Dengan Tepat

Tip untuk Mengawal Pengambilan Kalori

  1. Gunakan aplikasi pemantauan makanan seperti MyFitnessPal atau Yazio untuk merekod pengambilan makanan harian anda.
  2. Utamakan makanan berkualiti tinggi, seperti protein tanpa lemak, karbohidrat kompleks, sayur-sayuran, dan lemak sihat.
  3. Elakkan kalori kosong seperti daripada makanan ringan, minuman bergula, dan makanan segera.
  4. Kawal saiz hidangan untuk memastikan jumlah kalori yang dimakan sesuai dengan keperluan.

Semoga tip kira kalori ini dapat memberikan manfaat untuk anda!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
basikal

Beli Basikal Pertama, Apa Perlu Anda Lakukan & Ambil Tahu

Panduan lengkap untuk pembeli basikal pertama: elakkan kesilapan biasa dan temukan basikal idaman anda sekarang. Pastikan sesuai baru beli ya.