Anda tak perlukan sebarang alatan canggih untuk melakukan aktviti ini. Apa yang anda perlu ialah sepasang kasut yang mempunyai daya ketahanan, selesa dan mampu memberikan lantunan tenaga yang baik.

Apakah aktviti yang MASKULIN maksudkan? Ia tak lain tak bukan ialah aktviti larian.

Buat warga yang tinggal di kawasan bandar aktviti larian kini menjadi salah satu cara untuk beriada sambil bersenam. Lihat sahajalah bila program atau pertandingan larian diadakan, ia pasti mendapat sambutan yang cukup hebat. Sehinggakan ada salah satu acara larian paling popular di Malaysia terpaksa melakukan cabutan undian untuk menyertainya disebabkan terlalu banyak permohonan.

Buat anda yang berkira-kira untuk mula aktif dengan dunia larian, masih belum terlambat lagi. Tapi sebelum anda mula berlari ada beberapa perkara penting yang harus anda ambil perhatian. Jom lihat 10 tip untuk anda seorang newbie dalam aktiviti larian.

Utamakan keselamatan

10 Tip Buat Newbie Yang Ingin Mulakan Aktviti Larian

Sebelum memulakan aktiviti larian pastikan anda tahu akan tahap kesihatan semasa. Jika ragu-ragu jumpalah doktoer terlebih dahulu untuk dapatkan nasihat. Anda juga harus pastikan anda bebas dari sebarang risiko kesihatan sebelum mula berlari.

Kasut yang baik

10 Tip Buat Newbie Yang Ingin Mulakan Aktviti Larian

IKLAN

Jangan disebabkan memakai kasut yang salah anda menderita di kemudian hari. Dapatkan kasut larian sesuai dengan bentuk kaki anda. Jika boleh belilah di kedai yang membenarkan anda mencubanya di atas treadmill.

Jangan malu

10 Tip Buat Newbie Yang Ingin Mulakan Aktviti Larian

Anda perlu ingat sebagai orang baru yang ingin mula berlari jangan bandingkan diri dengan orang lain yang sudah lama berlari. Anda tak payah berangan nak lari hingga 20km pada minggu pertama anda mula berlari. Mulakan dari bawah degan berlari selama 5 minit dan diikuti dengan berjalan selama 5 minit untuk tempoh 30 minit. Selepas dua minggu, kurangkan kadar berjalan dan tingkatkan masa berlari dengan perlahan.

BACA: Rutin Berlari Di Atas Treadmill Mampu Turunkan Berat Badan

IKLAN

Jangan gopoh

Mulakan larian anda dengan perlahan dan pacing kelajuan dengan berkala. Ini bagi mengelakkan anda mengalami kecederaa. Jangan pula anda terus memecut tak tentu hala. Go slow and steady!

Beranikan diri masuk acara larian

Bila sudah sedikit selesa dengan alrian anda boleh mula cabar diri dengan menyertai acara larian. Ini bagi memebrikan motivasi kepada diri anda dan tetapkan sasaran peribadi. Gunakan aplikasi larian yang mencatatkan prestasi anda dari semasa ke semasa. Jika boleh dapatkan teman berlari agar latihan tidak membosankan.

Buat senaman

Selain aktif berlari anda tak seharusnya tinggalkan senaman asas. Ia bagi menguatkan otot-otot anda. Lakukan senaman kekuatan kira-kira dua kali seminggu. Adna juga boleh lakukan aktiviti lain seperti berbasikal, memanjat tangga, atau latihan eliptikal sekali atau dua dalam seminggu.

IKLAN

Makan untuk lari

10 Tip Buat Newbie Yang Ingin Mulakan Aktviti Larian

Untuk menjadis eorang pelari yang aktif anda harus ada tenaga mencukupi. Dan untuk mendapat tenaga anda harus menjaga pemakanan. Ambil makanan yang boleh memberikan tenaga pantas sebelum memulakan larian. Seleps melakukan larian juga anda perlu makan untuk mengembalikan tenaga yang hilang terutamanya selepas 30 minit berlari.

Minum cukup air

Anda perlu sentiasa amalkan perkara ini, minum air sebelum dan selepas berlari. Andai kata anda berlari lebih sejam dan banyak berpeluh digalakkan anda mengambil minuman isotonik untuk mengembalikan garam yang hilang semasa berlari.

Jangan mudah putus asa

Dalam melakukan aktiviti fizikal pasti akan ada cabaran tersendiri. Anda akan ada rasa sakit selepas berlari terutama di bahagian kaki, perut dan peha. Rehatkan diri sehari dua dan mulakan latihan semula. Cabar diri anda dan tingkatkan kadar senaman secara berperingkat.

Sentiasa gembira

10 Tip Buat Newbie Yang Ingin Mulakan Aktviti Larian

Jika anda mula rasa bosan berlari bersendirian carilah teman berlari. Selain itu anda juga boleh sertai kelab larian bagi mengoptimumkan kualiti larian serta buat aktiviti itu lebih happening! Apa yangh penting anda sentiasa enjoy berlari!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI