MASKULIN yakin buat pengamal senaman dan aktviti kecergasan pasti sudah banyak teknik yang telah diamalkan.
Malah setiap anggota badan kini mempuyai teknik atau skil senaman yang cukup spesifik. Tapi pernahkah anda lakukan senaman di dalam kolam renang?
Melakukan senaman di dalam air boleh meningkatkan kekuatan, kelajuan dan kelincahan anda. Dan senaman yang MASKULIN kongsi kali ini tidak memerlukan anda melakukan renangan. Cukup sekadar bersenam di dalam air pada paras tidak terlalu dalam.
Sebenarnya senaman di dalam kolam renang bukanlah satu perkara baru. Ia sering diamalkan oleh atlet-atlet profesional terutamanya pemain bola sepak.
Digelar sebagai aqua training ia kini mula menjadi kegilaan ramai penggemar aktviti senaman. Terdapat banyak kajian telah dilakukan tentang kelebihannya.
Ads
Antara kelebihan aqua training:
Meningkatkan kestabilan teras badan
Memperbaiki keseimbangan badan
Mengurangkan kecederaan otot semasa senaman
Pergerakan lebih baik di bahagian pinggul, tulang belakang dan bahu
Merangsang kekuatan otot serta stamina
Baiki postur badan dengan baik
Berikut merupakan jenis-jenis senaman yang boleh di lakukan di dalam kolam renang:
PUSH PLATE CHEST PRESS
Ads
Pegang push plate di selarakan di bahagian dada. Begkokkan lutut dan lakukan pressing dari bawah ke dada dengan pergerakan laju dan pantas. Ini dapat meningkatkan kekuatan atas badan.
JUMP SQUATS
Ads
Dengan menggunakan push plate letakkan di bahagian hadapan badan. Tarik nafas kemudian tenggelamkan badan dengan kepala berada di atas paras air. Lakukan squats sebanyak beberapa kali. Senaman ini dapat menguatkan kaki dan bahagian bawah badan.
KETTLEBELL SWING
Usah risau, kettlebell selamat digunakan di dalam kolam renang. Berdiri tegak dengan labarkan kedudukan kaki. Lakukan kettlebell swing tradisional dengan menghayunkannya ke bawah kaki. Senaman ini dapat menguatkan teras badan dan menghasilkan postur lebih baik.
PUSH PLATE ROTATION
Ada dua cara senaman ini boleh dilakukan. Untuk gerakan lebih senang, pegang push plate ke bahagian hadapan dan pusing bahagian pinggang. Tenggelamkan plate ke dalam air dan ulang sebanyak beberapa kali.
Sumber: Mens Journal
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ia merupakan kondisi di mana badan mengalami kadar gula atau glukosa abnormal iaitu sangat rendah dalam darah. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi ia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan.
Otak dan badan kita menggunakan banyak tenaga dan memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik. Jadi apabila kadar gula rendah badan akan menjadi menggeletar, jantung lebih kencang, loya dan juga berpeluh.
Akan tetapi dalam penemuan terbaru menafikan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Jika hormon dalam badan anda ‘terlebih alert’, anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda.
Tapi ada cara untuk membuatkan badan anda lebih okay dan mood juga cemerlang!
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berprotein dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.
Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.
Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.
Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
(a) menderita perasaan takut
(b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif. Senaman jumping jack antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman jumping jack ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. berikut disertakan 8 kelebihan senaman jumping jack.
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisyen dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan kosisten.
Jumping Jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak lansung.
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya orang akan pilih oat sebagai makanan untuk kurus. Selain membantu menurunkan berat badan, oat juga dianggap makanan sihat dimakan sepanjang diet.
Namun sejauh mana anda mengenali oat yang dijual di pasaran? Semuanya nampak sama tapi rupanya setiap satu oat itu ada jenis dan kesannya yang berbeza.
Pejuang kesihatan, Doktor Hafiz Sulaiman menerangkan jenis-jenis oat yang perlu anda tahu menerusi entri di Facebooknya. Sebelum anda nak pilih oat sebagai salah satu makanan kesihatan, pastinya anda kenali jenisnya dahulu.
Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.
Quaker Oats ada beberapa jenis yang popular. Instant, Quick dan flavoured bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.
Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat beberapa bulan yang lepas si ruangan komen artikel saya. Pengambilan “instant oats” dan “quick oats” dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.
Jika dilihat kandungan Quaker oats, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%
Tiada beza langsung.
Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?
Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Syarikat makanan ternama seperti Quaker Malaysia tak mungkin ambil langkah sedemikian.
Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini?
Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa.
Lupakan jenama. Saya cerita secara amnya ya. Nanti ramai pula pm saya tanya macam-macam brand okay atau tidak. ?? haru biru saya.
Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah PEMPROSESANNYA.
Merupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!
Oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak seminit dua.
Oat yang sudah digelek namun belum dimasak. Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit. Ia juga dipanggil oat “peseng lama” oleh orang teganu ? beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek..lepas tu masak atas dapur ?
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis “steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.
Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia. Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama.
Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah
Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.
Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah.
Rolled oats lebih mudah diserap.
Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.
Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta ??? berdesup gula darah naik mencanak!
Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.
Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN. Sakit sendiri, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.
Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.
Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan. Selagi itulah maknanya gula/karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan.
Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk. Walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.
Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.
Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!
Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts. Kalau sanggup boleh makan oat groat ? itu boleh jadi lebih baik. Mungkin tidak hehe. Saya akan ceritakan lagi mengenai oats sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.
Update: Cadangan pakar diet Tuan Hafiz Rosli yang sangat bernas. Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oat instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat Insha Allah lebih kenyang dan gula lebih cantik. Terima kasih atas cadangan bernas tuan ???
Untuk pengetahuan tuan puan, pengambilan lauk lemak haiwan dan serat dalam sayuran juga mengurangkan penyerapan nasi putih sebagai gula dalam darah ?.
Update: Bagi yang ada masalah angin/GERD/alahan dan alergi/kembung dan dapat reaksi lepas makan oats, rolled oats mungkin beri reaksi lebih teruk. Pulihkan dulu perut. Kaedah pemakanan pemulihan di sini.
Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak. Nantikan fakta-fakta lebih pedas BAHAGIAN 2 daripada anak murid nenek moyang di sini ? Insha Allah.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang