Kembung perut merupakan reaksi terhadap angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan makanan yang ditelan bersama air liur. Kembung perut adalah masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan doktor untuk rawatan segera. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh membawa kepada gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan).
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
Dari segi perubatan, keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
irritable bowel syndrome (IBS) “gastroenteritis”
diverticulosis atau diverticulitis
penyakit seliak (coeliac disease)
ketidakhadaman
Tanda-tanda kembung perut
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
Ads
Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
Ads
Kesan kembung perut
Malu untuk bersosial
Terlalu merendah diri
Rawatan untuk kembung perut
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga juga membantu.
Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat seperti di bawah dapat membantu.
Suplemen Laktosa: sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.
Ads
Langkah pencegahan kembung perut
Ukuran Pemakanan
Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
Cuba kenalpasti dan galakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.
Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.
Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.
Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.
Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.
Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.
Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.
Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.
ANTARA MAKANAN BERASID YANG ELOK DIKURANGKAN TERMASUK:
* Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.
-Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.
-Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.
-Roti putih, biskut dan produk bakeri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak. Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup tidak sihat. Kalori berlebihan ini banyak terdapat dalam makanan kurang serat atau pun tinggi lemak tepu. Makanan diproses seperti daging, beberapa jenis marjerin, makanan bergoreng terutama yang menggunakan minyak goreng yang digunakan berulangkali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara sumber penyumbang utama.
Usia
Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut. Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.
Keturunan
Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar. Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.
Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi peha dan pinggul. Selepas menopaus, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.
Alkohol
Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisien dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.
Hormon
Peningkatan stres dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Syarikat pengeluar makanan popular di Malaysia, Adabi ada mengeluarkan satu posting menerusi Facebook Adabi Consumer berkenaan seekor gajah di Zoo Negara telah disapu kunyit ke seluruh tubuhnya bagi tujuan rawatan kesihatan.
Menurut posting berkenaan, sebanyak 7 kg serbuk kunyit diperlukan bagi seekor bagi proses melumur tersebut dan khasiatnya akan dibiarkan menyerap ke dalam kulit.
Gajah Zoo Negara ‘dikunyitkan’ Adabi
Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menganggap tindakan ini sesuatu yang luar biasa kerana tidak ramai yang pernah melihat seekor gajah dikunyitkan bagi tujuan kesihatan.
Namun Adabi Consumer memaklumkan, langkah ini sebenarnya telah lama dipraktikkan di setiap zoo dalam negara.
Berkongsi cerita yang sama, beberapa netizen juga dilihat berkongsi beberapa khasiat tentang kunyit yang mampu memberi kesan baik kepada tubuh manusia :
Pengganti ubat batuk & merawat masalah kulit
Penghalang kanser
Berfungsi hilangkan parut dan jerawat
Merawat kudis buta
Membaca komen-komen yang ditulis netizen ke atas diri sendiri, pastinya ia menjadi satu testimoni yang sangat menyakinkan bahawa memang banyak khasiat kunyit yang orang zaman ini kurang mengetahuinya.
Memandangkan zaman sekarang wujud pelbagai penyakit, tak salah cuba amalkan pengambilan kunyit menerusi minuman atau makanan. Moga-moga ia memberi kesihatan yang baik untuk kita semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.