Menjadi seorang Bapa, Ayah, Papa dan sebagainya adalah kenangan terindah seorang lelaki. Walaupun sebelum mempunyai anak bentuk badannya sasa dan berketak, selepas menimang cahaya mata perut sudah mula kedepan itu perkara biasa.
Ini disebabkan tidak mempunyai banyak waktu untuk mengekalkan bentuk badan sebelum mempunyai anak kerana segala masa sudah difokuskan kepada menjaga anak tersayang.
Namun, itu tidak bermakna bila keluar berjalan bersama anak, anda tidak boleh tampil stailo di khalayak ramai. Orang kata masa inilah kita jadi ‘Cool Dad’.
MASKULIN tampilkan bagaimana mahu menjadi Cool Dad sepertimana selebriti lain.
Bila jadi ayah, peningkatan berat badan pasti ketara dan kadangkala ia tidak terkawal. Tahu-tahu sahaja seluar dari saiz 34, sekarang sudah naik ke 38 sebab perut ‘membuyung’. Walaupun begitu, anda masih boleh tampil bergaya bersama anak asalkan pemilihan baju kena dengan saiz badan terkini anda. Pilih pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat dan longgar. Just nice orang kata.
Ads
2. Bersederhana ketika berfesyen
Elakkan daripada over-dressed, bukannya anda mahu bertanding gelaran ‘Bapa paling stailo’. Penampilan biasa seperti seluar jeans, kemeja cotton sudah mencukupi. Rambut juga memainkan peranan, pastikan gayakan dengan betul mengikut kesesuaian.
3. Pemilihan aksesori
Perasan tak, aset utama dalam bergaya bersama anak adalah anak anda sendiri. Pastikan aksesori anda tidak melebihi gaya anak anda. Contoh paling mudah adalah David Beckham, hanya pakai jam tangan, topi baseball dan hoodie yang diikat elok pada pinggang.
Ads
4. Gaya sama dengan anak
Ini tip paling agung untuk tampil bergaya bersama anak. Apa yang anda pakai, pastikan ia sama dengan anak. Barulah nampak comel bapa dan anak. Kami yakin, pemakaian anda pasti mencuri mata ramai orang. Tip ini anda boleh buat ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan atau majlis lain yang tertentu.
5. Tidak perlu fikir jenama
Usah sakitkan kepala hari ini nak sarung jenama apa badan anda dan anak. Tampil sederhana sudah mencukupi. Kalau anda terlalu memikirkan pakaian anda, pasti keperluan anak akan terabai. Silap-silap orang gelar anda ‘Bapa yang terlalu mencuba’. Jadi, kekalkan apa yang ada.
Ads
6. Sentiasa bersedia
Perangai anak memang kita tidak boleh jangka. Waktu makan atau anda tengah menyuap makanan, dia boleh muntah ke baju anda atau susu tertumpah terkena seluar dan sebagainya. Sebagai bapa yang cool, selain sediakan pakaian ganti untuk anak, anda juga perlu sediakan baju dan seluar kecemasan. Bapa yang hebat sentiasa bersedia.
7. Ikut stail yang ditampilkan selebriti lelaki yang anda kenali
Masih lagi tidak pasti bagaimana nak bergaya bersama anak, Usha sahaja ikon stail seperti Ryan Gosling, Ryan Reynolds, Shuib, Aeril Zafril dan sebagainya. Mereka ini sentiasa nampak bersedia serta kekal segak walaupun tengah serabut uruskan anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan hanya memilih jenama dan harga semata-mata, ciri-ciri penting lain juga anda perlu titikberatkan sebelum merancang membeli kasut sukan.
Pemilihan kasut yang menepati saiz dan bentuk kaki amatlah penting agar anda kaki rasa lebih selesa saat melakukan senaman.
Malah ia juga dapat mengelakkan kaki mudah cedera atau terjatuh ketika sedang beraktiviti.
Oleh itu sebelum anda ingin membelinya, perhatikan dahulu ciri-ciri ini agar anda dapat membelinya sebuah kasut yang berkualiti dan menepati cita rasa.
1. Tentukan bentuk tapak kaki
Untuk menentukan bentuk tapak kaki anda sebenarnya ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu dengan melakukan ‘wet test’. Caranya, basahkan kedua-dua belah tapak kaki dan berdiri di atas kertas kosong selama 10 saat. Kemudian, alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut. Dari sini anda boleh menentukan tapak kaki anda daripada jenis Flat, Normal, High atau Very High.
2. Pilih kasut ikut saiz yang betul
Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai kasut sukan yang ketat. Berkualiti macam mana pun kasut sukan anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda membelinya. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi, berhati-hatilah apabila memilih kasut sukan ye!
3. Fahami aktiviti yang anda lakukan
Anda sendiri tahu bagaimana dan di mana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut sukan mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, carilah kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilihlah kasut sukan yang bersesuaian untuk aktiviti yang anda lakukan di dalam bangunan.
4. Cuba kedua-dua belah kasut
Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza? Jangan pernah memakai sebelah kaki saja dan terus membeli kasut sukan tersebut. Takut nanti anda akan menyesal apabila balik ke rumah.
5. Mencuba kasut baharu bersama stoking
Ketika mencuba kasut baharu, pastikan anda mencubanya dengan stoking yang anda anda pakai sepanjang melakukan aktiviti. Tidak dinafikan stoking ada pelbagai jenis sama ada tebal atau nipis. Jika anda akan memakai stoking tebal bersama kasut tadi, maka carilah kasut yang sedikit lebar untuk memberi ruang pada kaki anda bernafas dengan sempurna.
6. Ikat tali kasut dengan sempurna
Ada yang mencuba kasut tanpa mengikat talinya. Perbuatan ini salah kerana tanpa ikatan tali kasut baharu itu mungkin tidak sepadan ketika anda mencubanya. Jadi jangan malas untuk mengikat tali pada kedua-dua belah kasut saat anda mencubanya.
7. Sediakan sedikit ruang
Ketika mencuba kasut baharu, pastikan terdapat ruang sebanyak setengah inci di antara ibu jari dengan hujung kasut. Perhatikan juga ruang di bahagian tumit anda tidak ketat atau terlalu longgar agar kaki selesa untuk bergerak.
8. Baca review orang lain
Sebelum anda ingin membeli kasut sukan, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas daripada pembeli lain. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut sukan itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall sudahnya tak kena cita rasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.
Kepada peminat filem berunsurkan seram pasti mengikuti siri The Conjuring kan? Daripada filem pertama The Conjuring membawa kepada siri Annabelle, pastinya peminat filem seram tidak akan melepaskan peluang berasa takut di hadapan skrin besar.
Minggu lepas, official trailer filem The Nun telah pun dilepaskan untuk anda yang tidak sabar menunggu apa yang akan terjadi dalam siri kali ini. Kepada anda yang baru dengan filem ini, kisah Valak ini sebenarnya telah pun diperkenalkan sejak The Conjuring 2. Namun pengenalan hantu biarawati sedikit tergantung kerana kisah selanjutnya akan difilemkan.
Menurut filem The Conjuring 2, Valak merupakan syaitan yang ingin mendekati pasangan Warren. Tapi, benarkah ia syaitan? Mengapa ia menyerupai biarawati?
Trailer filem The Nun
Kepada mereka yang telah menonton Annabelle: Creation, anda pasti dapat melihat Valak membuat kemunculan dalam filem tersebut. Walaupun kisahnya hanya diceritakan tidak secara keseluruhan, namun cukup untuk buat anda rasa teruja untuk menonton filem ini.
Jadi sebelum anda menonton filem The Nun, apa kata kalau anda recap balik siri Conjuring supaya anda tidak tanya kawan sebelah sewaktu menonton filem ini. dijangkakan filem ini akan berada di pawagam Malaysia pada 6 September 2018.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluar jean merupakan sejenis pakaian yang bolehlah dianggap sebagai wajib ada dalam koleksi lelaki. Paling tidak seorang lelaki harus ada dalam dua pasang seluar jean dalam almari mereka.
Versataliti serta faktor tahan lasak menjadikan seluar jeans sebagai antara pilihan utama setiap kali lelaki ingin tampil bergaya. Namun dalam pemilihan seluar jean haruslah dilakukan agar sesuai untuk anda. Maksud MASKULIN, biarlah ia sesuai dengan jenis bentuk badan anda. Barulah dapat menyerlahkan gaya dan tidak nampak janggal bole memakainya.
Berikut tiga karakter perlu anda tahu!
BUAT LELAKI KURUS DAN SLIM
Lelaki yang langsing dari atas ke bawah disebut sebagai ectomorphic. Badan seperti ini sukar untuk mencari pakaian kerana ia mempunyai dada rata, bahu kecil dan otot-otot tanpa lemak. Jenis badan ini mempunyai metabolisme yang cepat dan berat badan sukar naik.
Orang seperti ini harus memakai jeans yang rendah bahagian pinggang agar dapat memenuhi ruang pada pinggang anda. Elakkan jeans yang terlalu longgar dan besar. Jangan memakai skinny jeans kerana akan menampakkan anda seperti lidi, sebaiknya straight cut sesuai dengan anda kerana ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
BUAT LELAKI YANG LEBIH ‘SADO’ & BEROTOT
Anda yang gemar ke gim pasti mempunyai otot yang besar di bahagian paha dan betis. Memakai straight cut jeans menjadikan jeans anda seperti skinny jeans. Badan berotot seperti anda sesuai memakai jeans regular fit agar badan yang telah anda usahakan itu nampak menarik. Elakkan jenis boot cut yang akan menjadikan badan anda nampak besar dan buruk.
BUAT LELAKI BERBADAN BESAR
Jika anda mempunyai bentuk badan yang besar terutama di bahagian perut, paha dan betis, kenakan jenis high rise yang lebar pada bahagian betis. Ia lebih selesa dan tampak menarik apabila anda berjalan. Loose fitting jeans adalah jeans paling terbaik untuk anda. Elak mengenakan skinny jeans kerana ia akan tampak buruk dan besar.
Berikut merupakan ‘fun fact’ tentang seluar jean!
Benang oren yang digunakan jenama terkenal Levi Strauss & co. bagi jahitan seluar jeans adalah ‘trademarked’ istimewa mereka. Ia digunakan sebagai satu ciri wujudnya dan sepadan dengan warna tembaga rivet.
Nama asal panggilan seluar jeans/denim adalah ‘waist overalls’.
Denim dicipta untuk pakaian si pelombong emas pada kurun ke 18 tetapi telah menjadi trend sehingga ke hari ini.
Kegunaan poket kecil yang terdapat pada jeans/denim adalah untuk si pelombong menyimpan emas-emas yang dijumpai sewaktu melombong.
Jeans biru terhasil secara rasmi pada 20 May 1873 apabila Jacob Davis dan Levi Strauss and co. mencipta paten celana tersebut.
Denim jua diperbuat dari kapas dan pakar mendapati kapas paling awal ditemui 5000 tahun dahulu di daerah Pakistan Barat.