Anda pernah lihat tali pinggang yang dipakai oleh badut?
Ya, warnanya penuh ceria. Berwarna-warni meriah bagaikan pesta sukan sekolah rendah. Pastinya anda tak mahu kelihatan seperti badut yang membuat persembahan di parti budak-budak.
Oleh itu anda sebagai lelaki perlulah bijak dalam memilih tali pinggang yang sesuai. Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga manjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
SAIZ & KESESUAIAN
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
Ads
PILIH YANG SESUAI
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahupun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahupun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
UKURAN DI PASARAN
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
Ads
UNTUK FORMAL
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
PADANAN WARNA KASUT
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
Ads
JUMLAH LUBANG
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
GANCU SESUAI
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
BAHAN TALI
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
RUJUK TREND
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rado, jenama yang diiktiraf di peringkat global terkenal dengan rekaan inovatif dan penggunaan bahan bermutu tinggi dalam penghasilan jam tangan yang paling tahan lama di dunia. 17 Ogos lalu, Jam tangan terkemuka Swiss Rado telah meraikan pembukaan butik terbaharu dan terbesar di Malaysia dalam sebuah acara ekslusif di Suria KLCC.
Sebuah pertunjukan fesyen yang memberi fokus kepada tema Rado bagi tahun 2018 iaitu ‘The Elements of Time’ mempersembahkan beberapa rekaan terbaharu daripada koleksi HyperChrome, DiaMaster dan True, selain pelancaran koleksi eksklusif Rado di Malaysia iaitu koleksi True Thinline Nature.
Konsep Terbaharu ‘Master of Materials’
Rekabentuk butik Rado turut diberikan nafas baharu seiring dengan konsep terkini yang ingin ditampilkan melalui ciri-ciri asli dan elemen terbaharunya. Butik ini mengetengahkan rekabentuk kontras antara minimal dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi.
Walaupun butik terbaru Rado ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 4 Julai yang lalu, tetamu yang hadir pada acara ekslusif ini berpeluang melihat koleksi terkini Rado dengan lebih dekat. Kepada anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, boleh segera ke butik berdekatan ataupun ke KLCC sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
WARDROBE, jenama eksklusif tempatan yang terkenal dengan penghasilan pakaian bespoke lelaki pada baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaru mereka yang cukup hebat.
Koleksi yang dikenali sebagai Capsule Collection 2019 itu telah dilancarkan dengan menampiljan 10 gaya terkini yang merangkumi 5 koleksi daripada lounge suit untuk lelaki. Gaya koleksi menampilkan lounge suit pelbagai fungsi sesuai untuk untuk urusan formal hingglah jaket sporty bagi penampilkan kasual kemas.
Lim Fong Heng, Ketua Pegawai Eksekutif WARDROBE Malaysia.
“Ini merupakan koleksi gaya yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki untuk penampilan yang bergaya. Penampilan kasual kemas ada ketikanya sesuai digayakan tetapi bila bercakap tentang gaya foolproof ia adalah satu gaya sesuai sepanjang zaman dengan perincian jahitan amat penting sekali,” jelas Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif WARDROBE.
WARDORBE Capsule Collection merupakan rujukan penampilan yang dikategorikan kepada 5 gaya berbeza yang diperlukan oleh setiap lelaki.
Pada pelancarannya, Lounge Suit diperkenalkan dahulu dengan menampilkan sisi ahli perniagaan dengan suntikan elegan. Ia menampilkan jaket dan seluar yang mempunyai warna sama serta fabrik bercorak sama.
Digayakan bersama kemeja dan tali keher, lounge suit ini biasanya digayakan oleh eksekutif, ahli perniagaan untuk majlis formal.
Koleksi lounge suit turut menawarkan waistcoat atau vest yang dipadankan dengan sut tersebut. Antara variasi lain lounge suit ialah double-breated suit.
Selain itu WARDROBE turut menampilkan Day Suit, The Blazer, Sports Jacket, Tuxedo dan Dinner Jacket menerusi koleksi yang cukup bervariasi.
Dengan 10 jenis looks berbeza, koleksi terbaru WARDROBE ini semestinya menjadi pilihan buat lelaki gentlemen yang inginkan gaya eksklusif, mewah, sofitikated dan sesuai untuk pelbagai jenis majlis atau acara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jam tangan merupakan aksesori tangan yang menjadi tumpuan lelaki hari ini. Selain daripada ia menentukan sama ada seseorang itu tepati masa, jam tangan juga menjadi boleh menunjukkan personaliti lelaki tidak kira jenama apa yang dipakai olehnya.
The ICE steel merupakan antara koleksi Ice Watch untuk para lelaki Maskulin yang menggemarkan jam tangan besar yang 100% diperbuat daripada besi. Koleksi khas buat para lelaki ini mempunyai pelbagai saiz antaranya M (43mm) ataupun L (48mm). Jam ini dibuat dalam keluli yang paling terang dan paling tahan lama – 316 L-, dan ia juga mempunyai estetika yang kemas sehingga ke butiran paling kecil. Besi tahan karat yang turut melingkari pergelangan tangan anda turut menjadikan koleksi kali ini berkualiti tinggi.
Anda boleh dapatkan koleksi ini dengan variasi warna mengikut personaliti anda. Ia didatangkan dengan warna hitam, navy biru, kelabu dan hijau daun.
Disamping itu, Ice Watch sekali lagi menganjurkan ICE-WATCH’S LIGHT UP THE NIGHT RUN 2018 pada 1 Disember 2018 yang akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya. Larian yang dibuka termasuk 5KM dan 10KM mengelilingi IOI City Mall Putrajaya. Sebarang maklumat lanjut boleh layari website RacexAsia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.