Bagi peminat sukan permotoran kelajuan merupakan faktor sangat penting buat mereka. Apatah lagi bila berbicara dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag. Kereta yang direka untuk berlumba dalam kategori ekstrem ini dikenali memiliki kelajuan sangat tinggi.
Terbaru, Toyota memperkenalkan kereta lumba drag rekaan terbaru untuk siri 2022 NHRA Funny Car Championship yang tampil dengan rekaan radikal. Untuk siri tahun hadapan Toyota telah mengubah penyertaannya dari kerangka model Camry kepada GR Supra.
Foto: Toyota
Pertandingan NHRA Funny Car merupakan perlumbaan drag jalan lurus sejauh 1/4 batu yang telah dimulakan pada tahun 1969. Berbeza dengan kebanyakan rekaan kereta drag biasa yang tampil runcing seperti jarum, kereta drag yang memasuki pertandingan Funny Car menampilkan bpdy karbon fiber yang menyerupai model konsional di pasaran atau dikenali sebagai production car.
Ads
Foto: ToyotaFoto: Toyota
Sejak tahun 2012, Toyota telah menyertai perlumbaan ini pada setiap tahun dengan dengan Camry Funny Car. Namun untuk edisi akan datang ia bakal tampil dengan GR Supra pada perlumbaan di Pomona, Calirfornia.
Ads
Selain Toyota beberapa jenama automotif terkenal yang turut mengambil bahagian ialah Ford bersama Mustang, Chevrolet dengan Camara dan Dodge dengan modelnya Charger.
Ads
Foto: Toyota
Walaupun mempunyai penampilan Supra dari segi estetika luarannya kereta ini sebenarnya dikuasakan dengan enjin BW enam silinder supercharged 8.2 liter V8. Ia mampu menjana sehingga lebih 11,000 kuasa kuda untuk pecutan tayar gergasinya di bahagian belakang.
Difahamkan GR Supra Funny Car ini mapmu memeceut sehingga 530 km/j dalam tempoh empat saat sahaja. Ia satu catatan yang sangat luar biasa. Buat anda peminat perlumbaan drag pastinya cukup teruja jika berpeluang melihat sendiri jentera hebat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Klac merupakan antara komponen kereta yang mungkin agak jarang diberikan perhatian oleh anda. Jadi mungkin sebab itulah ramai yang tidak perasan bahawa klac kereta mereka sudah hampir rosak.
Apabila sudah berlaku kerosakan mungkin agak terlambat dan ia melarat menjadi lebih serius. Pertama sekali kita harus faham sedikit sebanyak tentang bagaimanakah fungsi klac dalam sistem pemanduan anda.
Klac sebenarnya komponen yang menyambungkan kuasa daripada enjin kepada kota gear. Ia juga berfungsi untuk memudahkan pertukaran gear berlaku dengan lancar. Selain itu, klac juga membanrkan anda untuk meletakkan enjin dalam kedudukan neutral.
Jadi bagaimana untuk anda kenal pasti sama ada klac kereta hampir rosak atau bermasalah? MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari FB MaxPower Revolution (MP-R) yang merungkaikan beberapa petanda yang mungkin menunjukkan klac hampir rosak.
Jelas mereka, kerosakan klac boleh dikesan ketika sedang bergerak. Ingin tahu lanjut, ikuti perkongsian mereka di bawah.
——————————————————————–
Biasanya kerosakan klac boleh dikesan ketika kenderaan sedang bergerak, iaitu ketika kita menekan pedal minyak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih laju.
Keadaan itu lebih terasa ketika sedang mendaki bukit atau membawa muatan berat. Keadaan itu kemudian diiringi bau getah terbakar. Untuk mengesahkan lagi bahawa cekam rosak, kita perlu lakukan ujian berikut, berhentikan kereta dan tarik brek tangan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac dan masukkan gear satu atau dua.
Ketika pedal klac masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan menekan pedal minyak. Kemudian angkat pedal klac perlahan-lahan. Apabila didapati putaran enjin tidak berkurang atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka sah bahawa klac kereta kita mengalami kerosakan.
Selain itu, klac rosak juga akan menyebabkan enjin terasa tidak dapat menghasilkan kuasa penuh, petrol cepat habis, enjin cepat panas. Sebenarnya, klac rosak tidak mudah diketahui terutama ketika baru berlaku.
Klac rosak biasanya disebabkan jarak bebas pedal klac terlalu pendek, permukaan piring klac sudah haus atau terbakar, ada gris atau minyak di permukaan klac, pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah dan piring penekan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk.
Bagaimana memeriksa jarak bebas pedal klac? Tekan pedal klac untuk mengetahui sejauh mana daya yang diperlukan. Ia boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaki, tetapi lebih baik dengan tangan. Pedal klac dapat ditekan dengan mudah hingga pada suatu kedudukan tertentu, tempat klac mulai terlepas.
Selepas kedudukan itu daya yang diperlukan akan terasa bertambah besar. Maka jarak bebas pedal ke klac adalah jarak tekan yang harus dilepasi oleh pedal klac dari kedudukan tidak dipijak hingga pada kedudukan tempat klac mulai terlepas.
Jarak bebas itu biasanya antara 20-40 mm, bergantung kepada jenis kenderaan. Apabila jarak bebasnya terlalu pendek, besar kemungkinan klac akan rosak.
Apabila cekam rosak, proses pembaikan tidak dapat dilakukan dengan mudah dan apabila ini berlaku, nampaknya terpaksalah keluar duit lagi. Namun ketika membawa kenderaan ke bengkel patuhilah beberapa berikut, jangan lepaskan cekam dengan tiba-tiba atau memijak injak klac secara tiba-tiba.
Juga jangan meletak kaki anda di atas pedal klac apabila tidak diperlukan. Anda juga tidak digalakkan memandu laju, seboleh-bolehnya tidak lebih 60 kilometer sejam dan jangan membawa lebih penumpang dan naikkan tekanan angin tayar bagi mengurangkan geselan antara tayar dengan jalan.
————————————————————————–
Semoga perkongsian di atas boleh memberikan anda sedikit pencerahan dan juga manfaat tentang klac kereta. Jangan lupa untuk menonton program automotif terbaik Malaysia, RODA PANAS setiap Ahad, jam 6 petang di Astro Ria!
Segera berhentikan kereta jika lampu suhu panas menyala!
Ya, itulah sebaiknya anda lakukan apabila enjin menjadi terlalu panas. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.
Bagi anda yang tidak biasa berdepan masalah ini pastnya terpinga-pinga di tepi jalan sambil membuka bonet yang besar kemungkinan sudah berasap.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang