Kalau anda perasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pengguna jalan raya terutamanya kenderaan empat roda memasang kamera atau dash cam.
Sebab itulah juga semakin hari semakin banyak rakaman peribadi dari dash cam yang memaparkan pelbagai kes kemalangan dan jenayah dikongsi di laman media sosial.
Malah dalam kes tragedi kemalangan kenderaan SUV yang terjunam jatuh ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang pemuda juga dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya menggunakan dash cam.
Fungsi dash cam bukan sahaja merakamkan kemalangan saja ya. Sebenarnya ia juga boleh melindungi anda daripada tuduhan palsu melibatkan kemalangan. Dengan bukti visual menerusi dash cam juga ia menjadi bukti kukuh untuk anda mempertahankan diri jika berdepan dakwaan palsu.
Dan jika anda terlibat dalam kemalangan yang bukan disebabkan oleh kesalahan anda, ia juga boleh membantu anda membuat tuntutan insurans. Rakaman tersebut boleh digunakan sebagai bukti kukuh bagi membantu anda dalam siasatan.
Malah dalam banyak kes yang berlaku di luar negara, dash cam telah menjadi penyelamat kepada pemandu yang berdepan dengan individu yang sengaja mencampakkan diri mereka di depan kereta kerana ingin membuat tuntutan palsu.
Anda sudah memiliki dash cam? Jika belum ini antara dash cam terbaik yang boleh anda pertimbangkan.
Garmin Dash Cam 55
Ads
Kelebihan: Rakaman berkualiti, size kompak
Kekurangan: Bateri kecil
Mio MiVue 766
Kelebihan: Rakaman video yang baik, reka bentuk cantik
Kelemahan: Bukan opsyen termurah, SD Card dijual berasingan
Tidak kisahlah lelaki mahupun perempuan, tua atau muda jika jika berlaku kecemasan semua akan menjadi panik. Hal ini terjadi kerana kebanyakan dari kita tidak tahu atau mengerti apakah maksud simbol yang muncul di sebalik dash borad kereta.
Pekara ini tidak terjadi dikalangan wanita sahaja, ia juga boleh terjadi dikalangan lelaki. Ada juga lelaki yang masih tidak faham dan tahu tentang pekara-pekara basic kenderaan.
Di sini MAKSULIN beri sedikit ajaran untuk anda fahami maksud disebalik simbol yang muncul di dash board kereta anda.
1) Bateri
Jika timbul simbol sebegini itu tandanya bateri kereta anda semakin lemah. Walaupun kenderaan anda masih boleh di hidupkan tetapi lebih baik jika anda terus ke bengkel dan tukar bateri yang baru.
2) Airbag Sistem
Memang nampak seperti tidak serious, tetapi jangan diusik atau dibega dengan sendiri. Sistem airbag hanya boleh dibetulkan oleh individu yang mempunya kepakaran dalam teknologi ini.
3) Engine Management System
Ini adalah tanda enjin anda bermasalah, mungkin masala sensor kenderaan, sistem pendawaian atau sesuatu yang lebih serious berlaku. Segera bawa ke bengkel dan tukar apa yang patut. Jika anda ambil sambil lewa, nanti terpaksa overhaul enjin pula.
4) Suhu Enjin
Jika simbol seperti ini mucul, matikan kenderaan anda serta-merta dan periksa takat air dalam enjin, isi air dan biarkan untuk seketika, biarkan kenderaan anda sejuk. Segera ke bengkel kerana mungkin ada kebocoran pada radiator.
5) Minyak Enjin / Hitam
Lampu minyak enjin menyala itu tandanya minyak semakin berkurangan. Sila bawa kenderaan anda ke bengkel kerana mungkin ada kebocoran yang berlaku.
6) ABS (Advanced Braking System)
ABS direka untuk menghalang roda kereta daripada terkunci ketika membrek secara mengejut.Jika kenderaan anda dilengkapi dengan sistem ABS dan ia menyala ketika anda memandu bawa kereta anda ke bengkel dengan kadar segera.
7) Lampu Cecair Penyejuk
Ianya bermaksud ceciar penyejuk coolant di dalam radiator anda berada di tahap rendah, segera ke bengkel untuk tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kereta.
8) Lampu Amaran Minyak Break
Minyak break seharusnya perlu berada diantara min dan maksimum, jika minyak break sudah berkurangan segera pergi ke bengkel dan isi minyak break seperti apa yang di minta. Pastikan ia tidak melimpah sehingga ke ‘body’ kereta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suatu ketika dahulu motosikal berenjin kapasiti rendah atau ‘kapcai’ dianggap sebagai antara kenderaan mampu milik. Motosikal dalam kategori ini sangat popular terutamanya di beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan negara-negara sekitar rantau.
Kebanyakan motosikal yang paling popular di kalangan peminatnya adalah model-model yang muncul kira-kira 20 tahun lalu. Dan salah satunya ialah Yamaha 125ZR.
Di negara kita sendiri model motosikal ini sangat popular oleh kerana reka bentuknya, kuasa enjin serta keunikan nilai sentimental itu sendiri kepada peminatnya.
Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja besar untuk memiliki motosikal ini, apatah lagi jika ia hadir dalam kondisi yang baru atau dalam istilah peminatnya, New Old Stock (NOS).
Bagi anda yang mungkin tidak berapa arif, NOS bermaksud barang baharu dari stok yang lama dan belum pernah digunakan atau dibuka plastik bungkusannya. Ia hanya disimpan sebagai koleksi malahan petrol pun belum pernah terisi ke dalam tangki minyaknya.
HARGA TINGGI
Baru-baru ini seorang peminat dan pengumpul motosikal di Vietnam telah menawarkan sebuah Yamaha 125ZR miliknya pada harga hampur RM90,000.
Memetik laporan MotoSaigon, jentera ini dikeluarkan pada tahun 2013 dan sejak itu tidak pernah digunakan lagi. Ini dibuktikan lagi dengan gambar-gambar yang dimuatnaik memaparkan tempat duduk, ekzos, cermin sisi masih lagi berbalut dengan plastik cuma berhabuk sedikit.
Di negara Vietnam komuniti peminat motosikal kapcai mempunyai jumlah yang sagat ramai. Kebanyakan mereka tidak segan untuk berbelanja besar demi memiliki motosikal idaman.
Pemilik jentera 125ZR itu dikenali sebagai Nguyen Cuong, yang merupakan pengumpul motosikal dua lejang di Vietnam, dan antara model 125ZR yang disimpan adalah 125ZR GO, model 2004 dan MoviStar edisi terhad!
Buat anda yang masih memiliki motosikal model ini, jagalah dengan baik-baik. Siapa tahu nilai harga secondhand pun akan melonjak naik pada masa akan datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita tidak tahu bila dan di mana masalah kerosakan kereta boleh berlaku. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan apa jua jenis kenderaan yang anda bawa.
Apabila berlaku kerosakan kita haruslah ambil langkah sebaiknya untuk bersedia hadapi kemungkinan tersebut. Disebabkan itulah beberapa item dan peralatan perlu anda sentiasa sediakan dan bawa sepanjang masa.
Dengan adanya kit kecemasan anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan ini dengan baik. Tahukah anda bahawa kebanyakan kereta yang tersadai di tepi jalan akibat kerosakan yang remeh dan biasa seperti bateri tidak berfungsi atau berlakunya kebocoran pada tayar?
Jika anda sentiasa bersedia masalah ini boleh diatasi dengan baik dan cepat. Jadi apakah kit kecemasan serta perlatan yang selalu perlu kita bawa sepanjang masa di dalam kereta?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
1. Pengecas Telefon Pintar Kereta
Nampak macam tak berapa penting. Tapi bayangkan telefon pintar anda sudah hampir habis bateri. Kereta pula tersadai sebab tayar bocor atau kerosakan lain. Jadi di sinilah pentingnya pengecas telefon pintar dalam kereta!
2. Kit Pertolongan Cemas
Bila berlaku kemalangan kecil yang boleh menyebabkan kecederaan anda boleh melakukan rawatan awal sebelum ketibaan bantuan atau ambulans. Antara item penting dalam kit pertolongan cemas adalah pita pelekat, aspirin, kain lap antiseptik, krim antiseptik dan pelbagai bantuan perubatan lain.
3. Alat Pemadam Api
Antara yang paling ditakuti ialah kereta terlibat dengan kebakaran. Jadi anda perlu bersedia hadapi segala kemungkinan. Pastikan anda pilih alat pemadam api yang sesuai untuk kenderaan komersial sahaja.
4. Tiga Segi Amaran Reflektif
Kebiasannya apabila anda membeli kereta baru, tiga segi amaran reflektif ini akan disediakan. Namun jika tiada anda boleh membelinya di pasaran. Penggunaannya sangat penting terutramanya apabila kereta tersadai di tepi jalan bagi memberitahu pengguna jalan raya lain.
5. Kabel Jumper
Sediakan wayar jumper yang berukuran kira-kira 10 kaki dan disalut dengan getah mampat. Jumper ini penting jika bateri kereta anda bermasalah.
6. Lampu Suluh
Pelbagao kegunaan yang boleh anda guna terutamanya pada waktu malam.
7. Sarung Tangan
Bagi memudahkan dan elak tangan melecur semasa anda melakukan pemeriksaan di bahagian enjin kereta.
8. Alat Utiliti Serba Guna
‘Pisau Swiss Army’ yang ada banyak pelbagai pilihan kegunaan.
9. Baju Hujan
Persediaan jika kereta rosak pada cuaca hujan.
10. Car Jack Kit
Tanpa kit ini anda tidak boleh menukar tayar spare kepada tayar yang bocor.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa follow IG MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.