Akibat kecuaian sendiri tak fasal-fasal kena tanggung kerugian ribuan ringgit. Malah lebih menakutkan ia juga boleh mengancam keselamatan nyawa anda sendiri!
Itulah risikonya apabila tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu seperti berada di lokasi blind spot kenderaan berat seperti lori atau bas.
Dalam dua, tiga hari lalu telah tular sebuah video yang merakamkan kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta bersaiz kompak di langgar pada bahagian tepi oleh sebuah lori tangki.
Kejadian malang itu berlaku kerana salah pemandu kereta tersebut yang secara tiba-tiba memandu dan berada di sebelah lori dalam keadaan yang tidak sepatutnya apabila di sebuah simpang jalan.
Akibatnya pemandu lori tidak perasan dan nampak kereta tersebut lalu terjadilah perlanggaran pada bahagian sisi. Walaupun kemalangan itu dilihat kecil namun kerosakan yang dialami kereta itu agak besar juga.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda, MASKULIN kongsikan beberapa tip bagaimana untuk memandu dengan selamat apabila berhadapan dengan kenderaan berat.
SENTIASA BERJAGA-JAGA!
1. Elakkan berada di sebelah lori
Semakin besar lori makan semakin besar blind spot mereka. Jadi amat penting untuk anda tahu di manakah kedudukannya ketika memandu. Sebahagian besar seksyen lorong pemanduan sebenarnya blind spot kepada pemandu lori. Kalau nak memotong, lakukan secepat mungkin dan elak berada terlalu lama di sisi lori.
2. Nampak pemandu menerusi cermin sisi
Ingat begini ya. Kalau anda tak nampak pemandu lori pada bahagian sisi itu besar kemungkinan mereka juga tidak nampak anda. Jika tak nampak pemandu lori itu menandakan anda berada dalam zon blind spot mereka.
3. Perhatikan lampu signal
Apabila memandu di belakang lori atau trak pemandanagan hadapan akan terhalang. Jadi anda perlu bergantung kepada pemandu lori. Sentiasa peka dengan sebarang perubahan lampu signal atau brek pada lori.
4. Kena sabar
Kenderaan berat tidak akan dipandau laju seperti kereta biasa. Kebanyakan kemalangan jiwa berlaku salah satu faktornya adalah disebabkan sifat tidak sabar nak memotong lori. Sentiasa berhati-hati apabila ingin memotong kenderaan berat seperti ini.
MEMANDU DI BELAKANG & HADAPAN LORI
1. Jarakkan kenderaan
Semasa memandu sama ada di hadapan atau di belakang lori pastikan ada jarak yang secukupnya. Perkara ini sebenarnya sudah diajar ketika kelas memandu dahulu namun ramai yang lupa. Usah tunjuk hero nak ‘cucuk’ lori jika mereka perlahan di hadapan anda. Jarakkan kenderaan anda kerana kita tidak tahu jika berlakunya situasi brek mengejut.
2. Berikan ruang kepada lori
Lori atau trak biasanya akan memerlukan lebih banyak ruang untuk membelok. Jadi kebiasannya mereka akan mengambil lajak di sebelah kanan jika ingin membelok ke kiri dan begitu juga sebaliknya. Jangan pula ketika mereka mengambil lajak itu anda pergi memandu semakin hampir kepada mereka!
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda memandu dengan lebih berhemah dan baik di jalan raya. Walau sebenar mana pun kenderaan anda apa yang penting ialah menjadi pemandu yang sentiasa peka dan tenang di atas jalan raya!
https://www.youtube.com/watch?v=Vn1YMsBxUrg&t=444s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI