Pelbagai jenis kenderaan kini dilengkapi dengan teknologi dan fungsi yang canggih termasuk Tetingkap Kuasa atau dipanggil Auto Power Window.

Sistem ini membolehkan tingkap diturunkan atau dinaikkan hanya dengan sekali tekan. Pun begitu, kadangkala ia juga tidak berfungsi seperti kebiasaan khususnya kereta yang dah 4-5 tahun digunakan. Tingkap jadi berat nak tutup kemudian jammed.

Power Window Selalu Rosak, Getah Tingkap Kereta Kena Jaga. Guna Spray Ini Saja!

Salah satu punca masalah power window ini berlaku adalah kerana tidak melakukan penjagaan getah pada tingkap kereta atau dipanggil run channel. Demikian menurut perkongsian Altimate Auto Garage dalam satu video di laman TikTok.

Tak jaga getah run channel, punca power window rosak

“Korang tolonglah jaga getah tingkap kereta ini, kalau tak jaga itu yang buat rosak power window kereta,”pesannya.

Power Window Selalu Rosak, Getah Tingkap Kereta Kena Jaga. Guna Spray Ini Saja!

IKLAN

“Bila cuba naikkan tingkap tapi jadi berat cuba tengok getah atau dipanggil run channel.

“Sebab ia boleh buat tingkap jadi berat dan menyebabkan motor bergerak secara paksa. Bila ini motor bergerak secara paksa, ia akan jadi panas dan kemudian boleh buat motor jammed.

“Cara nak jaga getah ini senang saja, guna silikon spray (boleh cari dekat Mr DIY atau beli online). Ataupun guna minyak.

IKLAN

“Cara nak guna, spray saja dekat celah celah getah. Bila dah spray, cermin akan bergerak dengan lancar.

Power Window Selalu Rosak, Getah Tingkap Kereta Kena Jaga. Guna Spray Ini Saja!

“Jangan abaikan getah ini, spray ini murah saja. Elok elok modal kecil tak pasal pasal kena tukar power window,”pesannya lagi.

IKLAN
@altimatautogarage Getah tingkap tak jaga,motor power window jahanam,makan modal. #bengkel #bengkelkereta #bengkelaircondkereta #repair #repairkereta #keretarosak #repairaircond #repairaircondkereta #servicekereta #serviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkereta #aircondkeretabusuk #aircondkeretabocor #aircondkeretapanas #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretapilihan #baikikereta #automotive #repairkereta #bengkelbumiputera #mobil #viral #fyp #trending #trend #viralvideo #bengkeltiktok #pomen #mekanik #pomentiktok #mekaniktiktok #pomenmelayu #mekanikmelayu #pomenkampungmaintiktok🤣🤣🤣 #mekanikkampung #bengkelviral ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Sebagai pemilik kereta, penting kepada kita untuk mengetahui setiap sudut kenderaan agar dapat mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakan malah bagi mengelakkan kita membawa kenderaan kembali ke kedai untuk dibaiki bagi perkara yang tidak perlu.

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI