Ads

Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga

STARGAZER

Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi melancarkan Hyundai STARGAZER baharu untuk pasaran tempatan, membawa pendekatan sebuah MPV keluarga yang bukan sekadar menawarkan banyak tempat duduk, tetapi direka berdasarkan rutin sebenar kehidupan keluarga moden.

Diperkenalkan dengan konsep “The WEhicle”, STARGAZER hadir dalam tiga varian iaitu Style, Prime dan X, dengan harga bermula RM99,800. Dua varian pertama menawarkan konfigurasi tujuh tempat duduk, manakala STARGAZER X tampil dengan susunan enam tempat duduk bersama captain chair.

Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga

Menurut Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, idea di sebalik model ini adalah untuk membangunkan sebuah kenderaan yang lebih dekat dengan cara keluarga menggunakan kereta setiap hari.

“STARGAZER baharu bukan sekadar sebuah lagi MPV yang memasuki pasaran. Kami memanggilnya ‘WEhicle’. Ia dibangunkan berdasarkan perkara yang paling dihargai keluarga moden iaitu ruang pintar, keselesaan premium yang mudah dinikmati dan keselamatan tanpa kompromi.

“STARGAZER direka dengan teliti untuk memastikan penumpang selesa dan sentiasa terhubung, dalam masa sama menjadikan pemanduan harian lebih mudah untuk individu di belakang stereng,” katanya.

Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga

Sebuah MPV Untuk Kehidupan Keluarga Sebenar

Hyundai melihat fungsi sebuah kereta keluarga lebih luas daripada sekadar membawa penumpang dari satu lokasi ke lokasi lain.

Ia mungkin digunakan untuk menghantar anak ke sekolah pada waktu pagi, mengambil ahli keluarga selepas seharian bekerja atau perjalanan balik kampung yang memerlukan ruang dan keselesaan untuk beberapa jam.

Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga

Atas sebab itu, kabin STARGAZER diberikan beberapa penyelesaian praktikal termasuk ruang simpanan lantai kargo dengan penutup, meja pada belakang kerusi dan beberapa port USB. STARGAZER X pula mendapat konsol tengah terapung bersama dulang boleh tanggal.

Ads

Dalam ucapan pelancarannya, Jahabarnisa turut menyifatkan konsep “WEhicle” sebagai sesuatu yang bergerak bersama keluarga, menghubungkan generasi dan menjadikan perjalanan harian sebahagian daripada pengalaman bersama.

Hyundai SmartSense & ADAS 2.0

Aspek keselamatan menjadi antara fokus utama STARGAZER baharu menerusi Hyundai SmartSense.

Bergantung kepada varian, teknologi ADAS 2.0 yang ditawarkan termasuk:

  • Forward Collision-Avoidance Assist
  • Smart Cruise Control dengan Stop & Go
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist
  • Lane Following Assist
Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga
Forward Collision-Avoidance Assist

STARGAZER Prime turut dilengkapi enam beg udara, manakala ciri keselesaan termasuk pendingin hawa belakang yang dipasang pada bumbung, pengecas tanpa wayar serta Electronic Parking Brake dengan Auto Hold pada varian terpilih.

“Paling utama, melindungi mereka yang berada di dalam kenderaan merupakan keutamaan kami.

“STARGAZER baharu dilengkapi Hyundai SmartSense yang sentiasa membantu menjaga keluarga anda, sama ada ketika menguruskan rutin menghantar anak ke sekolah ataupun ketika memandu di lebuh raya,” kata Jahabarnisa.

Ads

Tiga Varian Untuk Keperluan Berbeza

STARGAZER Style menjadi model permulaan pada harga RM99,800. Ia hadir dengan konfigurasi tujuh tempat duduk 2+3+2, lampu LED bersama lampu nyalaan siang beridentiti H, pemain multimedia lapan inci, meter TFT LCD berwarna 4.2 inci dan rim aloi 16 inci.

Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga

STARGAZER Prime pula berharga RM109,800, menambah dua skrin 10.25 inci, Hyundai SmartSense ADAS 2.0 serta enam beg udara.

Untuk mereka yang mahukan karakter lebih menonjol, STARGAZER X berharga RM121,800 dengan rekaan diinspirasikan SUV, susunan tempat duduk 2+2+2 bersama captain chair, tempat duduk kulit sintetik serta kawalan transmisi Shift-By-Wire.

Rekaan X turut dibezakan menerusi bampar hadapan dan belakang lebih sporty, spoiler belakang, emblem Hyundai hitam serta rim aloi hitam berkilat.

Hyundai STARGAZER Bawa Konsep ‘WEhicle’, Fokus Ruang, Keselesaan & Keselamatan Keluarga

Ads

Waranti 8 Tahun & Perlindungan Nilai Jualan Semula

Hyundai turut memperkenalkan beberapa pakej pemilikan bersama STARGAZER.

Pembeli boleh mendapatkan Early Bird Value Package bernilai RM4,600, yang termasuk yuran tempahan RM88 dan lapan kali atau empat tahun servis selepas jualan percuma. Pemilik Hyundai sedia ada turut layak menerima rebat tambahan RM1,000 menerusi program All-Star Reward.

Pemilik baharu pula disokong program waranti myHyundaiCare selama lapan tahun atau 160,000km.

BACA: Jungkook BTS Dilapor Derma RM3.03 Juta, Bantu Rawatan Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan

Menariknya, Hyundai turut memperkenalkan Resale Value Protection Programme, yang menetapkan nilai jualan semula apabila pelanggan menaik taraf kepada Hyundai baharu:

  • Tahun ketiga: 70 peratus, sehingga 60,000km
  • Tahun keempat: 60 peratus, sehingga 80,000km
  • Tahun kelima: 50 peratus, sehingga 100,000km

Semua tawaran tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan tiga tahap spesifikasi dan harga yang bermula di bawah RM100,000, STARGAZER jelas menyasarkan keluarga yang mahukan fleksibiliti sebuah MPV tetapi masih mementingkan teknologi, keselamatan dan pengalaman pemilikan jangka panjang.

Bagi Hyundai, idea “WEhicle” mungkin kedengaran seperti permainan perkataan. Namun pada STARGAZER, ia cuba diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih praktikal: sebuah kereta yang perlu berfungsi bukan untuk seorang pemandu sahaja, tetapi untuk seluruh keluarga.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads