Ads

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

UTMB

Hutan hujan Taiping sekali lagi menjadi pentas pertemuan komuniti trail running dunia apabila Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 menghimpunkan lebih 3,000 peserta dari 63 negara, termasuk lebih 1,000 pelari antarabangsa.

Edisi kali ini bukan sahaja menyaksikan persaingan sengit daripada pelari elit antarabangsa, malah turut mencipta detik penting buat Malaysia apabila Michelle Ng muncul naib juara wanita MY50 sekali gus memperoleh kelayakan terus ke OCC pada UTMB World Series Finals 2027 di Perancis.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

Bagi Pengarah Perlumbaan, Ewegene Tan, pencapaian Michelle membawa makna cukup besar kepada perkembangan sukan ultra-trail tempatan.

“Ini seperti mimpi menjadi kenyataan. Akhirnya seorang rakyat Malaysia berjaya mendapatkan kelayakan terus ke World Finals. Michelle menamatkan perlumbaan 50km wanita di tempat kedua dan akan mendapat kelayakan secara langsung,” katanya.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals
Pengarah Perlumbaan, Ewegene Tan bersama salah seorang pemenang dari Jepun, Yutaro Yokouchi

Pelari Jepun Kuasai MY100

Dalam acara utama MY100, pelari Jepun Yutaro Yokouchi dan Mika Taniguchi muncul juara kategori lelaki dan wanita.

Yokouchi menamatkan perlumbaan sejauh 97.5km dalam masa 12 jam 18 minit 44 saat, jauh meninggalkan Duyakar Bahar Duu dari Myanmar dan rakan senegaranya, Hiroyuki Kawachi.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals
Yutaro Yokouchi

Kemenangan itu cukup bermakna buat Yokouchi selepas gagal menamatkan satu perlumbaan UTMB World Series di Thailand beberapa bulan sebelumnya.

“Saya gagal menamatkan perlumbaan UTMB World Series di Thailand pada Mei. Selepas itu, saya sukar mempercayai diri sendiri selama beberapa bulan. Akhirnya saya dapat menang semula. Ini juga kemenangan pertama saya dalam kategori 100K. Saya sangat gembira,” katanya.

Taniguchi pula menamatkan MY100 wanita dalam 15:37:54, mengatasi Angelie Cabalo dan Mia Revilla dari Filipina.

Pelari dari Sapporo itu mengakui cabaran berlumba dalam cuaca tropika memberikan pengalaman yang jauh berbeza daripada rutin latihannya di Hokkaido.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals
Mika Taniguchi

“Saya sukakan Malaysia, jadi saya sangat gembira dapat menang. Saya sukakan makanan, pemandangan dan orang di sini, semuanya begitu baik.

“Pemandangan tropika sangat berbeza daripada apa yang biasa saya lihat. Ada monyet, malah serangganya juga sedikit berbeza. Saya turut seronok bertukar kata-kata semangat dengan pelari Malaysia. Saya memang mahu datang semula. Saya cintakan Taiping!” katanya.

Ads

MY100 Bukan Laluan Yang Mudah

Kategori MY100 bermula seawal jam 3 pagi dengan jumlah pendakian terkumpul kira-kira 4,800 meter. Ia bukanlah satu perkara yang muda kerana mereka harus mengharungi pelbagai permukaan dan pendakian yang memerlukan perancangan strategik.

Peserta perlu melalui bahagian awal dalam kegelapan, selain mengurus tenaga merentasi pendakian curam dan penurunan panjang. Satu perkara yang jika tidak dirancang dengan baik pastinya menggagalkan usaha menamatkan larian dengan baik.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

Cabaran tahun ini turut merangkumi segmen Vertical King/Queen sepanjang 7.96km dari jambatan besi di Kuil Murugan ke AS1 Angkasa, dengan kira-kira 1,200 meter pendakian.

Dalam kalangan pelari tempatan, Ibrahim Karim menjadi pelari lelaki Malaysia terpantas dalam MY100 dengan catatan 15:50:38, manakala Yen Sim Yip mengetuai kategori wanita Malaysia dengan 23:42:59.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

Michelle Ng Cipta Detik Besar Buat Malaysia

Dalam MY50, China menguasai kedua-dua kategori utama apabila Erqing Wu dan Dayu Wang muncul juara lelaki serta wanita.

Namun sorakan paling kuat hadir apabila Michelle Ng melintasi garisan penamat di tempat kedua wanita dengan masa sekitar 7 jam 29 minit, walaupun terpaksa berlumba dalam keadaan buku lali yang cedera sejak seminggu sebelumnya.

Ads
Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals
Michelle Ng

“Saya tidak stabil ketika melalui bahagian menurun, jadi saya memperlahankan langkah dan cuba menekan lebih kuat di permukaan rata,” kata Michelle.

Kedudukan kedua itu turut menjadikannya antara cerita terbesar edisi kali ini kerana tiga pelari terbaik lelaki dan wanita MY50 mendapat tempat ke OCC 2027.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals
Erqing Wu
Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals
Dayu Wang

Lebih 90 Peratus Berjaya Tamatkan Perlumbaan

Menurut Ewegene, kadar penamat keseluruhan bagi semua kategori berada melebihi 90 peratus, walaupun angka muktamad masih menunggu beberapa peserta MY100 kembali ke garisan penamat ketika sesi temu bual berlangsung.

Hanya satu peserta dilaporkan perlu dimasukkan ke hospital akibat heat exhaustion. Kes lain yang direkodkan kebanyakannya melibatkan masalah kecil seperti kekejangan dan gangguan gastrointestinal.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

Ewegene turut menyifatkan edisi 2026 sebagai satu kejayaan selepas menerima maklum balas positif daripada peserta antarabangsa yang mempunyai pengalaman berlumba di pelbagai negara.

Menurutnya, cuaca yang baik, kerjasama pasukan serta sokongan pihak berkepentingan menjadi antara faktor penting dalam kelancaran acara.

Ads

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

Taiping Kekal Rumah MYUT

Malaysia Ultra-Trail bermula sebagai Malaysia Mountain Trail Festival pada 2018 sebelum memasuki UTMB World Series, dengan 2026 menjadi edisi ketiga di bawah jenama tersebut.

Ewegene mengesahkan acara itu akan kembali ke Taiping pada minggu pertama September 2027, yang juga bakal menjadi edisi ke-10 perlumbaan tersebut.

Penganjur turut sedang meneliti penambahbaikan laluan MY13 dan MY25, manakala kemungkinan kategori 100 batu masih belum diputuskan.

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Catat Lebih 90% Finisher, Michelle Ng Cipta Sejarah Ke World Finals

Lebih daripada sebuah perlumbaan, acara itu juga memberi kesan ekonomi kepada bandar berkenaan.

Berdasarkan pengalaman penganjur dari edisi-edisi terdahulu, Ewegene menganggarkan impak ekonomi langsung tahunan berada sekitar RM14 juta hingga RM18 juta, manakala apabila nilai pendedahan media turut diambil kira, angkanya boleh mencecah RM18 juta hingga RM28 juta.

Dengan penyertaan antarabangsa yang terus kukuh, pencapaian pelari Malaysia yang semakin kompetitif dan landskap hutan Taiping yang menjadi identiti tersendiri, Malaysia Ultra-Trail by UTMB kini semakin membina reputasi sebagai antara acara trail running penting di rantau ini.

BACA: ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

Dan bagi edisi 2026, kejayaan Michelle Ng membuktikan bahawa pelari Malaysia bukan lagi sekadar hadir untuk menyertai perlumbaan besar dunia, tetapi sudah mula membuka laluan untuk berdiri bersama nama-nama terbaik di pentas tersebut.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads