Masalah kesihatan lelaki terutamanya berkaitan dengan stamina ketika di ranjang bukan lagi satu isu yang asing.

Ramai lelaki mula mencari alternatif rawatan yang selamat dan berkesan dan salah satu rawatan yang kini semakin mendapat perhatian ialah P-Shot, atau nama penuhnya Priapus Shot.

@maskulinmy Rawatan P-Shot kini menjadi alternatif baharu buat lelaki yang berdepan masalah ‘stamina kelelakian’ di kamar. Apa itu ‘P-Shot’? Ikuti penjelasan dari Dr Che Hafiz. @regalionclinicdamansara #maskulin #majalahmaskulin #menshealth #pshot #fyp #drchehafiz #maskulinkesihatan #CapCut ♬ original sound – Maskulin

Apa Itu Rawatan P-Shot?

P-Shot merupakan satu kaedah rawatan menggunakan Platelet-Rich Plasma (PRP) yang diambil daripada darah pesakit sendiri.

Prosesnya melibatkan pengambilan darah, memprosesnya melalui mesin khas untuk mengekstrak komponen kaya platelet, dan kemudian menyuntiknya semula ke bahagian otot atau kawasan tertentu di zakar.

Menurut pakar, teknik ini tidak melibatkan sebarang bahan kimia berbahaya seperti steroid, sekaligus menjadikan ia selamat dan semulajadi.

Rawatan P-Shot Mampu Kembalikan Stamina Lelaki? Ini Penjelasan Ringkas Dari Doktor
Foto : Halodoc

Bagaimana Ia Berfungsi?

Konsep rawatan ini hampir sama seperti kita pergi ke gim untuk membina otot.

Ads

Bila angkat dumbbell dan buat senaman bicep, hasilnya mungkin nampak serta-merta, tetapi hanya sementara.

Untuk kesan jangka panjang, senaman mesti konsisten dan berterusan.

Begitu juga dengan rawatan P-Shot. Suntikan PRP membantu merangsang pertumbuhan tisu baru, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sensitiviti kawasan berkenaan yang akhirnya boleh membawa kepada peningkatan fungsi seksual dan stamina lelaki.

Rawatan P-Shot Mampu Kembalikan Stamina Lelaki? Ini Penjelasan Ringkas Dari Doktor
Foto : Andrologo Milano

Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba?

Menurut doktor yang pernah menjalankan prosedur ini, kebanyakan pesakit memberikan maklum balas positif selepas rawatan.

Ads

Ada yang menyatakan peningkatan dari segi kekerapan hubungan intim, ada juga yang merasa lebih yakin dan bertenaga berbanding sebelumnya.

“Kebiasaannya mereka yang sebelum ini hanya mampu ‘beraksi’ sekali, kini boleh sampai lima kali,” kata doktor tersebut sambil menekankan bahawa tiada kesan sampingan serius dilaporkan setakat ini.

BACA LAGI : Air Kosong Sihat, Tapi Bukan Penyelamat Makanan Manis Anda

Hati-Hati Dengan ‘Injection Peeler’

Walaupun P-Shot dianggap selamat, doktor turut memberi amaran agar lelaki tidak terpedaya dengan suntikan sembarangan seperti ‘injection peeler’ yang kononnya mampu membesarkan saiz zakar.

Ads

Rawatan P-Shot Mampu Kembalikan Stamina Lelaki? Ini Penjelasan Ringkas Dari Doktor

Suntikan jenis ini, katanya, berisiko tinggi kerana boleh memasuki saluran darah dan menyebabkan kecacatan kekal.

Rawatan P-Shot menawarkan harapan baharu kepada lelaki yang ingin mengembalikan prestasi dan keyakinan diri mereka tanpa perlu bergantung kepada ubat atau bahan kimia luar.

Namun, seperti juga senaman fizikal, kesan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi dan pemantauan pakar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI