PERASAN RAMAI YANG CUBA MENGELAK UNTUK BERCAKAP DENGAN ANDA. JIKA ADA SEKALI PUN, MEREKA SEPERTI MENJAUHKAN MUKA. APA YANG TIDAK KENA DENGAN ANDA?
CUBA TEKUP TANGAN DI DEPAN MULUT DAN HEMBUS. SEDARKAH ANDA DENGAN BAU NAFAS YANG KURANG MENYENANGKAN? ATAU MUNGKIN ANDA BOLEH MENCUBA BERTANYA INSAN PALING RAPAT SAMA ADA NAFAS ANDA BERBAU UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN YANG JUJUR.
SEMEMANGNYA MASALAH NAFAS BERBAU SUKAR DITEPIS KETIKA BERPUASA. PASTI RAMAI YANG INGIN TAHU MENGAPA IA BERLAKU SEDANGKAN KITA TIDAK MAKAN DAN SUDAH MEMBERUS GIGI SEJURUS SELEPAS BERSAHUR PAGI TADI.
Ini cara menghilangkan bau mulut yang tidak enak atau menghilangkan bau mulut tak sedap saat puasa, berikut beberapa tip yang boleh anda praktikkan.
1.MINUM AIR PUTIH 8-10 GELAS SEHARI
Minum air putih 8-10 gelas ketika sahur dan berbuka puasa. Air putih yang kalian konsumsi akan meningkatkan produksi saliva (air liur), sehingga mulut kalian terjaga kebersihannya dan terhindar dari bau tidak sedap
Ads
2.BERUS GIGI DENGAN BETUL
Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas berbau plaing ideal. Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia bersih atau tidak. Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.
2.ELAK MENGAMBIL MAKANAN BERBAU
Ads
Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan sebagainya.
3.KURANG BERCAKAP
Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik. Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau. Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.
4.MINUM TEH HIJAU
Meminum teh hijau tanpa gula saat sahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandung zat polyphenol yang berguna untuk membersihkan bakteria pada mulut dan saluran pernafasan, sehingga akan menghindarkan mulutmu dari bau tidak sedap.
JANGAN AMBIL MAKANAN SUKAR DIKUNYAH
Tidak mengambil makanan yang susah kunyah, seperti biskut, kuih basah, coklat, dan lainnya. Hal ini kerana makanan sejenis ini lebih sulit untuk dibersihkan dan akan menempel pada gigi dalam waktu yang lama, sehingga menimbulkan bau mulut.
GUNA UBAT KUMUR SELEPAS BERSAHUR
Gunakan ubat kumur setelah sahur dan sikat gigi agar kegiatan membersihkan mulutmu semakin maksimal di bulan puasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda kerap melangkau makanan atau menggandakan latihan tanpa mengubah cara pemakanan anda, berhati-hatilah, badan anda akan mula dahagakan untuk anda makan dengan lebih banyak. Makan atau minum yang kurang sebelum latihan akan membuahkan hasil sia-sia. Ia juga boleh membahayakan kesihatan anda, dan anda berpeluang untuk tercedera dengan lebih serious.
Makanan apa yang sesuai untuk anda? Berapa banyak yang anda perlu makan?
Menurut Men’s Health, Secara zahirnya lelaki tidak perlu menumpukan sepenuh perhatian pada jumlah kecil kalori harian kecuali mereka mendapati penurunan yang sangat ketara pada berat badan mereka. Anda boleh peroleh idea daripada penurunan dan peningkatan kalori dan makronutrien berdasarkan aktiviti harian anda.
Untuk mengelakkan dari diri anda keletihan, lemah ketika anda sedang bersenam, mungkin anda boleh ikut beberapa langkah di bawah sebelum dan selepas anda bersenam.
Jika anda seorang yang hanya ingin menurunkan berat badan, anda harus makan makanan yang berkhasiat mengikut jumlah kalori keperluan seseorang. Jika anda seorang yang ingin menambah muscle, anda perlu lebihkan protein. Jangan terlali taksub sehingga anda tidak mengambil makanan sebelum anda memulakan senaman. Sekurang-kurangnya ambil snek ringan bergantung kepada jenis senam yang anda nak lakukan.
Untuk menambahkan stamina ketika bersenam, dinasihatkan supaya anda ambil makan berat 2-3 jam sebelum anda bersenam. Ini termasuk dalam makan utama anda seperti, jika anda ingin bersenam di waktu pagi, apa kata anda breakfast dahulu, baru bersenam.
Bagi seseorang yang ingin membina otot banyakkan diet protein, seperti daging tanpa lemak, ayam belanda, ayam, ikan, dan sumber protein lain, seperti telur dan kekacang.
Jika anda masih kurang pasti dengan jumlah kalori harian anda, cuba anda download app MyfirnessPal dan masukkan makanan harian anda. Dari situ app tersebut akan mengira jumlah pengambilan kalori anda. Jadi tak lah tersasar jauh dan anda boleh adjust mengikut kehendak anda setiap hari. Mudah kan?
Baiklah, mungkin ada segelintir anda berasa makan sebelum senam akan membuatkan anda rasa nak muntah. Kajian mendapati lelaki biasanya tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman sebelum bersenam dengan beralasankan, badan mereka akan rasa sakit terutamanya di bahagaian perut. Namun untuk mengelakkan badan anda akan lebih teruk, apa kata kalau anda cuba minum air anggur tanpa apa-apa campuran. 100% jus anggur! Mengapa anggur? Ia mengandungi nutrien buah-buahan (seperti polyphenols), serta gula semulajadi untuk memperkuatkan senaman anda. Selain itu, penyelidikan awal mengatakan 100% jus anggur boleh membantu meningkatkan prestasi senaman.
Mengapa perlu fokus dalam tandas? Ini kerana kami mahu anda lihat warna air kencing anda. Untuk hidrasi yang berpanjangan, warna air kencing anda haruslah jernih. Jika kekuningan pudar dan gelap, tubuh anda sedang bagi amaran kepada anda bahawa anda perlu minum air dengan lebih banyak. Jadi tak adalah murung ketika bersenam kalau badan anda terhidrasi.
Walaupun anda dah jemu dengan list kami yang tak habis-habis mengutamakan pisang, namun percayalah. Pisang yang mempunyai potassium dan gula semula jadi membantu anda untuk rasa kenyang jika anda malas sangat nak makan berat. Dalam masa yang sama, pisang membantu untuk menaikkan stamina anda untuk bersenam dengan lebih lama.
Tapi ingat, jangan makan pisang je, nampak kan perkataan ‘membantu’? tanpa pemakanan yang cantik dan minuman yang tepat tidak akan menjanjikan tubuh badan yang cantik dan menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai antara kita anggap minum air kosong waktu pagi tu sekadar tabiat biasa tapi sebenarnya ia satu rutin kesihatan yang sangat powerful.
Cuba bayangkan, hanya dengan satu tindakan mudah, kita boleh bantu sistem badan berfungsi lebih baik, otak lebih fokus, malah kulit pun jadi lebih glowing!
Kalau kau jenis bangun tidur terus capai telefon, maybe lepas baca ni kau akan mula capai segelas air dulu.
Waktu kita tidur, badan kita tak tidur sama. Organ penting macam hati dan buah pinggang kerja keras untuk tapis dan singkirkan toksin.
Jadi bila kita minum air sebaik bangun, kita bantu proses ni supaya toksin tu boleh keluar dengan lebih cepat melalui air kencing.
Kiranya kita ‘reset’ sistem badan setiap pagi.
Minum air awal pagi juga ‘kejutkan’ sistem penghadaman kita.
Ia bantu rangsang pergerakan usus dan lancarkan proses pembuangan.
Ini sangat berguna untuk orang yang selalu hadapi masalah sembelit, perut sebu atau rasa ‘berat’ waktu pagi.
Air kosong boleh tingkatkan kadar metabolisme sehingga 30% dalam masa setengah jam selepas diminum.
Bila metabolisme tinggi, badan lebih efisien membakar kalori. Ini antara rahsia orang yang maintain berat badan walaupun makan banyak mereka cukupkan air!
Dehidrasi walaupun sedikit boleh jejaskan mood dan daya tumpuan.
Bila kita cukup air, otak lebih aktif, kita boleh fokus lebih lama dan tak mudah rasa serabut.
Ini penting terutamanya kalau kau ada kerja awal pagi atau kelas yang perlukan konsentrasi tinggi.
Tanpa kita sedar, waktu tidur badan hilang banyak cecair melalui peluh, pernafasan dan kadang-kadang air liur.
Sebab tu penting kita ‘top up’ semula sebaik bangun supaya badan tak jadi lemau dan lesu.
Air bantu bawa nutrien ke sel kulit dan singkirkan toksin yang buat kulit nampak kusam.
Nak kulit cantik bukan bergantung pada skincare semata tapi juga dari apa yang kita minum dan makan.
Minum air kosong selepas bangun tidur adalah satu pelaburan kecil dengan pulangan besar.
Ia mudah, murah dan tak ambil masa pun. Cuma segelas dua setiap pagi, dan kau akan rasa perubahan pada tenaga, fokus dan kesihatan kulit dalam jangka panjang.
Try dulu seminggu dan rasai beza dia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aq nk g spital. Lmbt ckit msk ofs. (Aku nak pergi hospital. Lambat sikit masuk pejabat.)
Demikianlah sebahagian bahasa basahan yang sering digunakan ketika berkomunikasi melalui pesanan ringkas atau laman sosial. Selain orang dewasa, langgam bahasa ini juga jadi kegemaran anak muda dan remaja. Alasan paling mudah yang mewajarkan mereka menggunakan bahasa sebegini, kerana “mahu cepat” dan “ruang terbatas di layar telefon”.
Apa pun, alasan “mahu cepat” dan “ruang terbatas” sangat tidak tepat. Sebenarnya, golongan yang menggunakan alasan ini sudah terbiasa (buat salah) dan sangat selesa dengan kesalahan itu sehingga tidak rasa bersalah apa-apa lagi apabila mengulangi kesalahan berulang kali.
Satu lagi aspek kesantunan yang semakin terabai hari ini adalah komunikasi bersemuka apabila ada kalangan kita tidak lagi pandai menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan dengan individu yang jadi lawan bercakap. Kata “tolong” (apabila kita memohon bantuan orang lain) tidak lagi jadi kebiasaan di mulut. Begitu juga perkataan “terima kasih” (sebagai menghargai bantuan orang lain) tidak lagi jadi amalan.
Adab sopan merangkumi banyak perkara, daripada pakaian yang membalut tubuh sehinggalah bahasa pertuturan. Sopan santun kita sebagai manusia banyak juga ditentukan oleh bahasa yang kita gunakan. Ini termasuklah bagaimana kita menggunakan bahasa dan bagaimana kita berbahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling, sama ada komunikasi secara bersemuka atau berperantaraan.
Sekarang ini, kita tidak sahaja berdepan masalah dalam komunikasi bersemuka tetapi juga komunikasi berperantaraan juga sering kali tidak menyenangkan. Anak-anak remaja kadangkala sesuka hati memanggil kawan-kawannya “beruk”, “babi” atau gelaran yang lebih jelek. Dalam laman sosial, kita memaki bagi melampiaskan rasa tidak puas hati. Kita rasa sakit hati kita terubat apabila memaki hamun orang lain. Kadangkala kita menggunakan bahasa dan ejaan yang salah, walaupun dengan orang yang tidak sepatutnya kerana sudah terbiasa dengan cara salah begitu.
Untuk mengubah manusia supaya menjadi lebih berbahasa dan bersopan, bukan kerja sehari dua. Selain kesedaran individu untuk berubah, adab kesopanan harus dijadikan cara hidup dan amalan seharian. Berikut beberapa perkara berkaitan etiket dan kesantunan yang perlu kita ketahui.
Bermula di rumah sendiri, biasakan dengan kalimah seperti “minta tolong” dan “terima kasih” dengan anggota keluarga terutamanya dengan pasangan, adik, anak atau anak saudara. Apabila mahu anak-anak kecil membantu, kita patut biasakan mulut dengan perkataan “tolong” dan akhiri dengan “terima kasih”.
Apabila menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, semolek-moleknya elakkan daripada marah. Memang kadangkala kita gagal menahan marah, terutamanya jika melihat kesalahan yang dilakukan berulang-ulang. Namun jika mengikut emosi dengan melampiaskan marah, biasanya akan menyebabkan bahaya yang lain pula. Apabila marah, macam-macam kata yang jelek seperti “bodoh” dan “bangang” boleh keluar, yang mungkin akan mencederakan perasaan orang lain.
Oleh itu, apabila hati rasa marah, kita patut bertenang dahulu. Apabila marah sudah reda, pilihlah masa yang sesuai untuk menegur. Teguran dengan nada yang lemah-lembut, tenang dan terkawal, biasanya akan lebih menusuk ke hati orang yang mendengar.
Santun dan beradab dalam berbahasa harus dipraktikkan. Biasakan menulis dengan bahasa yang betul dan ejaan yang betul hatta dalam pesanan ringkas atau mengemas kini status di laman sosial. Tidak perlu malu apabila menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul kerana itu tandanya kita menghormati dan menghargai bahasa sendiri. Patutnya kita rasa malu kalau tidak berbahasa dengan betul kerana itu menunjukkan kita orang yang tidak ambil peduli dan cuai dalam hal yang sangat asas begitu.
Kadangkala orang dewasa sendiri tidak berbahasa dengan betul dan mengabaikan penggunaan ejaan yang betul. Malah ada segelintir guru yang Whatsapp menggunakan ejaan yang kucar-kacir. Jika orang dewasa dan golongan pendidik sendiri tidak pernah membetulkan apa yang salah, terlalu terbiasa dengan segala yang salah, maka adakah kita berharap golongan yang lebih muda dapat membetulkan kesalahan mereka?
Bagi anak-anak muda yang sering mengeja dan berbahasa sesuka hati ini sebenarnya tidak sukar untuk membetulkan mereka. Syaratnya, kita yang berkesedaran perlu terlebih dahulu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan mereka, maka secara perlahan-lahan mereka akan mengikut cara kita. Yang lebih penting juga, pastikan mereka mengikut cara kita, bukan kita terpengaruh dengan cara mereka!
4.Etika & adab komunikasi berperantaraan
Komunikasi berperantaraan (menggunakan mesej, e-mel atau media sosial) memerlukan etika dan adab tersendiri. Apatah lagi jika kita berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya, lebih tua usianya, lebih berpangkat atau kita memerlukan sesuatu pertolongan daripada orang yang kita hubungi. Oleh itu, cara kita berbahasa haruslah santun dan sesuai.
Selalunya dalam komunikasi berperantaraan sering berlaku salah faham kerana bahasa yang digunakan sering tersilap. Bahasa adalah satu-satunya medium perantaraan dalam komunikasi melalui SMS, e-mel atau media sosial. Pemilihan kata yang tidak tepat boleh mendatangkan salah faham. Penggunaan ayat yang kucar-kacir boleh memberikan salah maklumat kepada penerima. Ejaan yang salah memberikan tanggapan bahawa kita orang yang tidak serius ketika melakukan kerja dan boleh menjadi suatu bentuk penghinaan kepada orang yang kita hubungi.
Cubalah kita hayati al-Quran, mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad. Bahasa yang terkandung dalam al-Quran adalah bahasa Arab tinggi yang indah, penuh seni dan sangat memberi kesan kepada orang yang membaca dan faham apa yang dibaca. Malah indah dan seninya bahasa yang digunakan dalam al-Quran pernah cuba dibuat oleh orang Arab jahiliah untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu menulis sebaik itu, tetapi yang pasti mereka gagal.
Pendek kata, banyak yang dapat diketahui oleh orang lain melalui gaya bahasa yang kita gunakan. Daripada gaya kita menulis, orang dapat menilai keperibadian kita, gaya hidup kita dan sikap kita terhadap kerja kita. Oleh itu, mulai sekarang eloklah kita belajar membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.