5 sebab ni pasti ramai yang buat, sebab tu tak sampai hujung bulan baki gaji dalam bank dah lesap.
Berdasarkan tinjauan kami, ini sebab utama mengapa ramai di antara anak muda yang kering duit setiap hujung bulan.
1. Asyik Melepak Di Mamak
Nak salahkan mamak pun tak boleh juga, kita tu yang suka sangat melepak. Mentang-mentang banyak kedai mamak beroperasi 24 jam, kalau boleh nak lepak lama-lama dekat kedai mamak. Patutlah asyik penuh je restoran mamak kan? Harga takdelah murah mana.
Roti canai – RM1.20
Mee goreng mamak – RM5.00
Teh tarik – RM1.80
Ais kosong – RM0.40
Nak lepak dengan kawan-kawan seminggu sekali di kedai mamak tu logik lagi, tapi kalau hari-hari nak lepak sini, berjam-jam pula tu, air pun minum 3-4 round, memang cari nahas namanya.
2. Gila Gajet
Dahlah gaji kecik, tiap kali ada model telefon baru keluar; mulalah rasa gelisah. Gaji bulanan baru RM2,500, model iPhone terbaru RM3,500 – sanggup tu nak swipe kad kredit semata-mata nakkan gajet yang terbaru. Bulan-bulan sedap je bayar minima 5%, memang sekejap lah cecah kredit limit tu.
Inilah yang orang sebut sebagai biar papa, asal bergaya. Sanggup makan Maggi hari-hari, asalkan gajet terkini ada untuk ditayang. Yang paling tak tahan, telefon mahal berharga ribuan ringgit, tapi kredit pun takde!
3. Lepak Tempat Mewah
Ads
Lagi satu masalah kebanyakan orang kita adalah suka melepak tempat mahal, seolah-oleh bergaji 5 angka setiap bulan. Kalau melepak sambil bincang bisnes tu ok lagi, ini sembang kosong je.
Harga kopi ice blended – RM14.
Tak salah kalau kita hadkan minum kopi mahal sebulan sekali, tapi kalau seminggu sampai 3-4 kali, apa kes?
4. Keahlian Gymnasium
Selepas sibuk bekerja, maka gymnasium adalah di antara tempat popular selepas waktu pejabat. Dengan berimpikan badan yang fit dan sado, senanglah nanti nak jadi model atau artis. Ops, jangan marah, gurau je.
Yuran keahlian – RM150 sebulan.
Ads
Dengan yuran keahlian menelan belanja beratus ringgit setiap bulan, last-last perginya seminggu sekali je. Tapi tahukah anda, keahlian gym ni biasanya paling laris bila hujung tahun. Time tu lah ramai orang berazam nak kurus, jadi terpaksalah jadi ahli gym sebab nak kurus sebagai azam tahun baru.
Padahal, boleh sahaja workout di rumah, lebih jimat.
5. Beli Belah Secara Online
Laman e-commerce seperti Lazada semakin mencuri perhatian (dan juga wang) orang ramai. Maklumlah iklan mereka berada di merata-rata. Nak pula dengan strategi mereka yang suka beri baucar diskaun, ditambah pula dengan kemudahan penghantaran percuma ke pejabat atau pun ke rumah, memang begitu mudah dan menjimatkan petrol dan masa daripada kita bersesak ke pusat membeli-belah.
Memang tak dinafikan harga yang ditawarkan di laman e-commerce kebiasaannya lebih murah jika dibandingkan di kedai-kedai biasa dan juga pasaraya besar.
Ads
Kalau untuk penjimatan takpelah juga, tetapi kalau dah setiap minggu klik button “ADD TO CART” boleh menjadi ketagihan yang berbahaya kepada dompet. Mana taknya, dengan beberapa klik boleh terus buat pembayaran, dan pesanan telah disahkan…Tahu-tahu je barang sampai.
Sedar tak sedar, banyak duit habis telah habis di sini.
Kurangkan Perbelanjaan ATAU Tambahkan Simpanan
Kenalpasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dan terus tinggalkannya. Duit lebih tu eloklah dibuat simpanan sebagai modal untuk melabur. Tak salah nak reward diri sendiri sebulan sekali, itu pun kalau berjaya kurangkan perbelanjaan dan ada duit lebih sikit untuk dibelanjakan.
Sumber: Majalah Libur
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapa yang pernah berjumpa dengan pelakon popular Fattah Amin mesti tertanya-tanya apa agaknya rutin perapian wajah yang sering dia amalkan. Tak kan nak biarkan kulit anda kusam, cuba amalkan 5 rutini ini mana tahu kulit wajah anda bersih dan berseri macam Fattah!
1.Bersihkan muka
Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.
2.’Scrub’
Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja
3: ‘Moisturise’. Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan anda kerap terdedah dengan cahaya matahari.
4. Jangan picit jerawat. Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-lebih lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat.
5. Trim. Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim kemas atau disisir jika perlu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah.
Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.
Kesan Kekurangan Air Dalam Badan
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
Tekanan darah menurun.
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
Lesu pada waktu siang.
Sakit belakang.
Dehidrasi.
Sakit kepala.
Memperlahankan kadar metabolisma badan.
Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
Meningkatkan keinginan untuk makan.
Darah menjadi lebih pekat .
Mudah keliru.
Degupan jantung semakin meningkat.
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suatu ketika dahulu ramai lelaki yang memandang sini akan apa jua bentuk hiburan dari Korea. Mungkin kerana populariti drama-drama cinta Korea menyebabkan ramai yang berfikiran begitu.
Namun kini segalanya sudah berubah. Lihat sahaja seleksi filem, drama, program aneka ragam serta muzik K-pop yang kini diterima ramai tanpa mengira umur dan jantina.
Malah filem Korea juga kini dipandang sangat tinggi bukan sahaja oleh peminat tapi penggiat filemnya juga. Nila berbicara tentang pelakon Korea pula ramai menganggap mereka semua menjalani pembedahan plastik.
Sebenarnya ada sahaja pelakon Korea terutamanya wanita yang semula jadi cantik sejak dari zaman remaja lagi. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari allkpop yang menyenaraikan aktres Korea dengan foto graduasi mereka.
Aktres seperti Lee Yeon Hee, Moon Chae Won, Han Hyo Joo, Park Bo Young, Park So Dam, Kim Tae Ri, Go Ara, Kim Go Eun, Jung Yoo Mi dan ramai lagi turut tersenarai.
Favourite MASKULIN sendiri pastinya Sing Ji Hyo!
Jom lihat foto mereka dahulu dan bandingkan dengan wajah mereka.
LEE YEON HEE
DULUSEKARANG
MOON CHAE WOON
DULUSEKARANG
SONG JI HYO
DULUSEKARANG
JUNG YO MI
DULUSEKARANG
MOON GEUN YOUNG
DULUSEKARANG
PARK SHIN HYE
DULUSEKARANG
HAN HYO JOO
DULUSEKARANG
KIM TAE HEE
DULUSEKARANG
PARK BO YOUNG
DULUSEKARANG
KIM DA MI
DULUSEKARANG
LEE YEON HEE
LEE YEON HEESEKARANG
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.