Ads

ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

asics

Menjelang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026, ASICS Malaysia memperkenalkan koleksi kapsul tempatan yang menggabungkan dunia larian, fesyen dan identiti Malaysia dalam satu pendekatan yang lebih segar.

Koleksi edisi terhad itu tidak sekadar menampilkan kasut dan pakaian prestasi, tetapi cuba membawa cerita yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia, daripada warna Jalur Gemilang dan suasana kota Kuala Lumpur sehinggalah ritual menikmati teh tarik selepas berlari.

Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, berkata koleksi tersebut dibangunkan untuk menghubungkan pergerakan dengan budaya dan komuniti.

“Melalui inovasi reka bentuk dan kisah komuniti kami, kami mahu menyatukan orang ramai serta menjadikan aktiviti bergerak terasa lebih mudah didekati, bergaya dan mempunyai hubungan yang mendalam dengan budaya tempatan.

“Melalui koleksi eksklusif ini, kami bukan sahaja meraikan sejauh mana budaya Malaysia telah berkembang, tetapi juga semangat kebersamaan yang membawa kita terus ke hadapan,” katanya.

ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

NOVABLAST 6 ‘Unity in Motion’ Jadi Fokus Utama

Antara nadi utama koleksi ini ialah ASICS NOVABLAST 6 “Unity in Motion”, kasut larian edisi khas yang direka bersama artis Sabah, Wilson Ng.

Rekaannya mengambil inspirasi daripada kepelbagaian masyarakat Malaysia serta semangat bergerak bersama sebagai sebuah komuniti.

ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

Palet warnanya merujuk kepada Jalur Gemilang dengan merah membawa simbol keberanian dan kekuatan, biru untuk perpaduan dan keamanan, kuning sebagai lambang kemakmuran serta semangat kemerdekaan, manakala putih mewakili integriti dan kesucian.

Ads

Asas kasut pula menggunakan rona putih pudar sebagai gambaran ruang bersama untuk rakyat Malaysia. Pendekatan itu memberikan keseimbangan visual kepada aksen warna lebih terang sambil mengekalkan karakter yang mudah digayakan.

Sentuhan Kuala Lumpur diteruskan pada bahagian sock liner menerusi tipografi khas “KL” yang dibina daripada bentuk geometri abstrak berinspirasikan warna kebangsaan.

ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

Bila Budaya Larian Bertemu Cerita Kota

Identiti tempatan tidak terhenti pada kasut. Koleksi itu turut diperluaskan menerusi rangkaian pakaian RUNKL, yang membawa tema “Where the City Meets the Stride”.

Idea di sebaliknya cukup mudah: menterjemahkan perkara yang biasa dilihat dan dirasai rakyat Malaysia kepada grafik berinspirasikan sukan.

ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

Ads

Salah satu rekaannya, “Marathon Journey”, menghimpunkan visual pingat penamat rasmi KLSCM sebagai simbol ketahanan, usaha serta pencapaian bersama komuniti pelari Malaysia sepanjang tahun.

Satu lagi rekaan, “Run in Kuala Lumpur”, mengambil sesuatu yang jauh lebih santai tetapi sangat tempatan iaitu teh tarik.

Minuman itu digambarkan sebagai sebahagian daripada ritual selepas berlari, satu momen apabila pelari berkumpul semula untuk berehat, berbual dan meraikan perjalanan yang baru diselesaikan.

ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

Pendekatan ini menjadikan koleksi tersebut terasa lebih dekat kerana ia tidak sekadar menggunakan simbol Malaysia sebagai hiasan, tetapi cuba membawa pengalaman sebenar yang boleh dikenali komuniti larian tempatan.

Lebih Daripada Sekadar ‘Running Gear’

Kehadiran koleksi ini juga hadir ketika budaya larian di Malaysia semakin berkembang daripada aktiviti individu kepada gaya hidup berkomuniti.

Ads

Kasut, jersi dan pakaian larian hari ini bukan hanya dipilih berdasarkan fungsi. Ia turut menjadi cara seseorang membawa identiti kelab, bandar dan komuniti yang mereka wakili.

Dalam konteks itu, koleksi ASICS kali ini cuba menyatukan prestasi dan fungsi dengan rujukan budaya yang lebih peribadi kepada rakyat Malaysia.

Menurut ASICS, koleksi tersebut menggambarkan kepercayaan bahawa pergerakan boleh menjadi satu bentuk ekspresi identiti bersama, menghubungkan manusia, tempat dan budaya dalam satu pengalaman.

Bila Boleh Dapatkan Koleksi Ini?

ASICS NOVABLAST 6 dan koleksi RUNKL kini tersedia di kedai ASICS di seluruh negara. Bagaimanapun, dua rekaan kemeja-T grafik khas hanya akan dijual secara eksklusif di KLSCM Active Lifestyle Expo, yang berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

BACA: Jungkook BTS Dilapor Derma RM3.03 Juta, Bantu Rawatan Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan

Menjelang KLSCM 2026, koleksi ini membawa satu gambaran menarik tentang bagaimana budaya larian tempatan sedang berkembang.

Ia masih tentang kasut yang dipakai dan kilometer yang ditempuh, tetapi pada masa sama turut membawa cerita tentang bandar, komuniti dan perkara kecil yang membuatkan pengalaman berlari di Malaysia mempunyai identitinya sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads