Untuk pengetahuan anda, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya seseorang itu mengalami masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Untuk lebih mudah, orang kita memanggil individu sebegini dengan panggilan ‘lembab’ kerana kesukaran mereka dalam melakukan sesuatu.
Apapun mungkin selepas ini kita harus lebih berhati-hati dalam menilai seseorang kerana kita tidak tahu apa yang mereka alami dan ini 6 lelaki hebat yang hadapi sindrom disleksia ini.
1. Muhammad Ali
Siapa yang tidak kenal Muhammad Ali, peninju yang berkarisma ketika era kegemilangannya pada 1970-an. Malah peminat-peminat mesti mengingati satu persatu pertarungan beliau termasuklah dengan Joe Bugner di Malaysia bukan?
Namun, apa yang masih tidak diketahui oleh ramai pembaca adalah Muhammad Ali adalah penghidap Disleksia sejak daripada kecil sehingga hampir tidak dapat menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Ironinya, anak beliau, Laila Ali juga menghadapi Disleksia sepertimana beliau.
2. Alexander Graham Bell
Ads
Pencipta telefon ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Namun ia tidak bermakna beliau tidak boleh berjaya sebagai seorang saintis dan jurutera. Untuk pengetahuan anda, isteri beliau adalah penghidap pekak.
3. Orlando Bloom
Percayakah anda bahawa pelakon kesayangan anda ini penghidap Disleksia? Percayalah bahawa beliau adalah juga salah seorang daripada ribuan penghidap Disleksia. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana berkata,
“Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.”
Ads
4. Steven Spielberg
Jurrasic Park, Catch Me If You Can, Artifical Inteligence adalah antara judul filem pecah panggung yang diarahkan oleh Steven Spielberg. Sebagai antara pembikin filem paling berjaya di Amerika Syarikat, dia tidak terlepas daripada kekurangan dan sebenarnya menghidap disleksia. Berusia 69 tahun, hanya sekitar 2007 barulah dia mengaku yang sebenarnya disleksia ada dalam diri. Hakikat sebenarnya, kekurangan itulah yang menjadikan dia sebagai seorang pengarah yang berjaya.
5. Altimet
Bergelar penyanyi Rap, sudah pasti setiap patah perkataan menjadi mainan untuk dia membentuk seni kata Rap yang menarik untuk diiringi bersama lagu. Di sebalik kebolehannya bermain dengan setiap patah perkataan, dia sebenarnya adalah penghidap disleksia dan hanya menyedari perkara itu ketika berusia 28 tahun.
Ads
6. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman
Siapa sangka individu yang miliki empayar perniagaan jutaan ringgit sebenarnya mengalami disleksia.Menurut Aliff Syukri lagi, dia mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara. Kerana itu, anak sulungnya juga turut mewarisi sindrom yang dialami dan terpaksa menghantar ke sekolah khas.
Punca Disleksia?
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang turut merupakan penghidap sindrom berkenaan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem sarah mereka. Ini merupakan faktor neorobiologikal di mana kortek penglihatan otak ialah bahagian korteks serebrum yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan penglihatan. Jadi, masalah pemprosesan visual menyebabkan seseorang sukar membaca.
Ciri-Ciri Penghidap Disleksia?
Kebiasaan dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Boleh Diubat?
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Masalah ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Betul ke segelintir lelaki tak mahu menjaga penampilan disebabkan takut di gelar metroseksual?Namun beberapa habit ini lelaki tak boleh pandang ringan kerana ia mungkin boleh menyebabkan korang tua dari usia sebenar.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
5) Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
Sumber: Siakapkeli.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan bintang filem popular ‘Rock Oo!’
Que Haidar yang tak perlu diperkenalkan lagi, merupakan penggiat seni memiliki bakat berlakon bukan calang-calang. Kecemerlangan lakonannya menerusi filem seperti KL Menjerit 1, Papadom dan Lagenda Budak Setan meninggalkan kesan yang mendalam.
Jangan tak tahu, pelakon hebat ini miliki dua orang anak gadis yang kian meningkat remaja. Punya rupa paras cantik menawan persis ibunya Linda Jasmine yang juga merupakan guru koreografi popular.
Tengku Ratu Haidar bakal menginjak 15 tahun, antara anak selebriti ini yang menjadi perhatian peminat kerana bakat dan raut wajah cantiknya.
Sewaktu kecil, Ratu dan adik perempuan iaitu Tengku Cleopatra sering menerima tawaran sebagai model kanak-kanak. Malah adik-beradik ini juga pernah menghiasi kempen baju raya kanak-kanak bagi sebuah jenama gah di Malaysia.
Terbaharu, penampilan terkini Ratu sebagai model wanita dewasa bagi kempen koleksi baju raya Qierahman menarik tumpuan ramai.
Kelihatan lebih matang, anggun dan cantik, pesona yang dimiliki puteri kesayangan Que dan Linda ini mampu membuatkan sesiapa saja terpikat!
Malah rata-rata peminat Que dan Linda mengagumi kecantikan Ratu. Selain melihat anak gadis tersebut mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh dalam dunia peragaan dan mampu bergelar model bertaraf antarabangsa.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
***
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kes pertama jangkitan Covid-19 direkodkan berlaku di Wuhan, China pada bulan Disember tahun lalu. Dan kini penularannya telah merebak ke seluruh dunia yang menyaksikan ratusan ribu nyawa diragut oleh wabak ini. Sejak itu, kita telah belajar untuk hidup dalam norma baharu seperti mekakai pelitup muka atau mungkin dengan rekaan terbaru ini, topi kaledar.
Pemintaan terhadap pelitup muka yang berkualiti sedang meningkat. Melihatkan perkembhan itu ValhallaMED memperkenalkan rekaan unik topi keledar ciptaannya. Topi keledar berteknologi tinggi itu diberi nama NE-1 Helmet dan ia kini dianggap sebagai antara alat perlindungan terbaik.
Rekaan penuh teliti dan canggih tersebut melindungi pemakainya dari sebarang elemen bahaya seperti jangkitan daripada Covid-19. Selain itu ia juga sarat dengan pelbagai ciri-ciri moden. Sekali imbas ia kelihatan seperti topi keledar angkasawan dalam filem sains fiksyen futuristik.
MENYEDARKAN ORANG RAMAI
Didorong untuk meningkatkan dan mengembalikan kestabilan ekonomi Amerika Syarikat, ValhallaMED memperkenalkan ME-D Helmet buat pertama kali kepada umum pada bulan Ogos yang lalu. Ia merupakan sebahaigan daripada kempen untuk menyedarkan orang ramai terhadap bahaya wabak ini.
Topi yang memberikan pandangan 360 darjah ini turut menyokong sambungan rangkaian Bluetooth, sekali gus memudahkan pemakainya berinteraksi dengan dunia luar. Manakala bagi mereka yang kelainan upaya pendengaran masih boleh berkomunikasi dengan adanya cermin anti-silau dan anti-kabus.
Pada bahagian dalamannya juga terdapat penapis nanofiber dan sistem puryfying respirator. Siapa tahu mungkin tidak lama lagi kita boleh melihat individu menggunakan topi keledar ini dalam kehidupan seharian seperti dalam filem.
Jangan lupa untuk ikuti kandungan menarik di YouTube MASKULIN seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami nak hargai isteri senang saja, tolonglah buat kerja rumah. Rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumah tangga setiap hari. Celik saja mata, isteri akan mula menguruskan rumah tangga dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Lebih mencabar jika isteri itu juga bekerja jadi berganda-gandalah kepenatannya.