![[8] Participants coming together for a morning of wellness, unity and the Merdeka Spirit at the OXYENERGY x Media Prima Merdeka Run 2026 OXYENERGY](https://cdn.maskulin.com.my/2026/09/8-Participants-coming-together-for-a-morning-of-wellness-unity-and-the-Merdeka-Spirit-at-the-OXYENERGY-x-Media-Prima-Merdeka-Run-2026-696x397.jpg.webp)
Semangat kemerdekaan tidak semestinya diraikan dengan acara formal semata-mata. Ada kalanya, ia hadir melalui ribuan langkah, keringat dan sorakan apabila masyarakat daripada pelbagai latar belakang berkumpul dengan satu tujuan yang sama.
Itulah yang dapat dilihat menerusi Larian Merdeka OXYENERGY x Media Prima 2026, apabila lebih 1,500 peserta dan penyokong hadir memeriahkan acara yang menggabungkan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan gaya hidup aktif serta kebersamaan komuniti.

Bertemakan “Memperkasa Rakyat Malaysia Menjadi Lebih Sihat Sempena Merdeka”, acara berkenaan menghimpunkan keluarga, golongan profesional, peminat sukan serta masyarakat umum dalam satu sambutan yang lebih santai tetapi sarat dengan nilai perpaduan.
Peserta diberikan dua pilihan mengikut tahap kecergasan masing-masing, iaitu Larian Cabaran 5.5KM dan Larian Santai 3.5KM.
Bila Larian Jadi Ruang Satukan Komuniti
Populariti acara larian komuniti sejak kebelakangan ini memperlihatkan bagaimana sukan itu semakin mudah diterima sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
Bukan semua yang turun ke garisan permulaan mahu mengejar rekod peribadi. Ada yang datang bersama keluarga, mahu kembali aktif selepas lama berehat atau sekadar menikmati pengalaman bergerak bersama orang ramai.

Dalam konteks Larian Merdeka OXYENERGY x Media Prima, konsep itu diterjemahkan dengan memberi ruang kepada peserta pada tahap kecergasan berbeza untuk mengambil bahagian.
Selain berlari, pengunjung turut disajikan dengan aktiviti berkaitan kesihatan termasuk sesi perkongsian mengenai pemakanan, penjagaan diri dan kesejahteraan harian. Beberapa produk OXYENERGY termasuk White Tomato, L-Carnitine, DailyBiome dan Easy Fiber turut diperkenalkan sepanjang acara.

Pengurus Jenama OXYENERGY, Syahirah Amran, berkata sambutan yang diterima menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kehidupan lebih sihat semakin berkembang.
“Kami berbangga dapat menghimpunkan rakyat Malaysia melalui sebuah acara yang meraikan kesihatan, komuniti dan semangat cinta akan negara.
“Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap gaya hidup lebih sihat, sekali gus mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong kesejahteraan masyarakat melalui penglibatan komuniti yang bermakna.
“Acara ini juga mencerminkan usaha kami untuk menjadikan amalan hidup sihat lebih mudah diakses dan diamalkan oleh rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.
Bukan Pelari Terpantas Sahaja Diraikan
Menariknya, acara ini tidak hanya meletakkan perhatian kepada siapa yang tiba paling awal di garisan penamat.
Penghargaan khas turut diberikan kepada Peserta Tertua, Peserta Termuda dan Peserta OKU, selain Anugerah Fesyen Merdeka Terbaik.
Cabutan bertuah serta aktiviti hiburan turut disediakan, sekali gus menjadikan acara berkenaan lebih bersifat kekeluargaan dan inklusif.

Kehadiran peserta daripada pelbagai generasi memberikan gambaran bahawa aktiviti fizikal boleh menjadi ruang bersama tanpa mengira umur atau tahap kemampuan.
Turut menyertai acara berkenaan ialah barisan pemimpin kerajaan, pengurusan kanan Media Prima, personaliti media, atlet dan pempengaruh.
Antara yang hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari, Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Syed Hussian Aljunid serta Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Rafiq Razali.
“Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Media Prima terletak di dalam kawasan saya, jadi saya melapangkan masa untuk turut serta,” jelas Fahmi.
“Ia bukan sahaja membolehkan saya mengambil bahagian dalam aktiviti sihat, tetapi juga melihat persekitaran kawasan ini.
“Program ini amat baik dan saya menyokong sekiranya ia dijadikan acara tahunan,” memetik kata-katanya dari laporan Harian Metro.

OXYENERGY Bakal Masuk Watsons November Ini
Acara tersebut turut menjadi sebahagian daripada langkah OXYENERGY memperluaskan kehadirannya di pasaran Malaysia.
Jenama itu mengumumkan rangkaian produknya bakal mula dipasarkan di cawangan Watsons terpilih di seluruh negara bermula November 2026.
Menurut kenyataan syarikat, produk utama OXYENERGY yang ditawarkan telah didaftarkan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia, selain memperoleh pengiktirafan Halal.

OXYENERGY yang ditubuhkan pada 2021 merupakan jenama suplemen kesihatan dari New Zealand. Menurut syarikat, pembangunan produknya disokong pasukan lebih 30 saintis serta pelaburan tahunan melebihi USD12 juta dalam penyelidikan dan pembangunan.
Namun di sebalik pengembangan jenama, Larian Merdeka kali ini membawa mesej yang lebih mudah.
BACA: Tip Fesyen Mudah Untuk Lelaki Nampak Lebih Kacak
Kesihatan tidak semestinya bermula dengan perubahan besar. Kadangkala ia bermula dengan satu keputusan untuk keluar, bergerak dan melakukannya bersama orang lain.
Dalam suasana Bulan Kebangsaan, lebih 1,500 peserta yang berkumpul itu turut menunjukkan bagaimana sukan boleh menjadi ruang yang menyatukan masyarakat, bukan sahaja untuk menjadi lebih sihat, tetapi untuk meraikan semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
