Rasanya pada masa kini memang agak jarang untuk kita jumpa individu yang masih setia dengan kereta menggunakan gar manual. Ini terutamanya buat mereka yang tinggal di Lembah Klang atau bandar-bandar utama seluruh negara.
Berhadapan dengan kesesakan jalan raya dengan memandu kereta manual merupakan satu penyeksaan yang pasti membuat sesiapa sahaja boleh jadi baran.
Namun dalam pemanduan kereta auto – walaupun ia lebih mudah dan senang terdapat beberapa langkah dan tip yang boleh anda buat untuk pastikan kondisi enjin dan komponen kereta yang lain mampu bertahan dan tidak rosak dengan mudah.
Maklumlah kos membaiki kereta auto sebenarnya agak tinggi juga. Apatah lagi jika anda memiliki kereta import dari Eropah dan sebagainya.
Sebagai pemilik dan pemandu, anda pastinya ingin yang terbaik untuk kereta. Perkara paling mudah untuk anda lakukan ialah memastikan tabiat pemanduan yang betul.
Berikut MASKULIN kongsikan 8 jenis tabiat tidak elok yang boleh anda elak.
STEP HIDUPKAN ENJIN & TUKAR GEAR
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
KENA PEKA & JAGA MINYAK HITAM
Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
TRIK ‘STEP 2’
Ketika ingin memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat.
Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
JAUHI JALAN ROSAK
Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
CUBA ELAK JALAN BERBUKIT
Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
PENGGUNAAN ‘GEAR REVERSE’
Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
JANGAN AGRESIF & KASAR
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.
Semoga tip ini boleh memabantu anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
https://www.youtube.com/watch?v=Y7lsu0khi6U&t=170s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI