Sejak semalam sebuah video telah mula tular dan menjadi perbualan ramai terutamanya di kalangan pengguna jalan raya di negara kita. Menerusi sebuah video yang di muat naik di laman media sosial Facebook seorang penunggang motosikal dilihat melakukan aksi mengacah untuk membaling topi keledar atau helmet terhadap sebuah kereta.

Rakaman video tersebut diambil dari dashcam kereta tersebut yang dilihat memberikan amaran dengan membunyikan hon selepas penunggang motosikal itu dilihat berdiri di atas laluan utama.

Insiden Acah Baling Helmet Kepada Sebuah Kereta, Polis Kini Sedang Siasat!

Dengan memberikan reaksi agreasif dia dilihat cuba mengacah untuk membalingkan topi keledar. Perkara tersebut dikatakan berlaku di Jalan Temiang – Pantas yang cukup popular menjadi lokasi berfoto sejak kebelakangan ini.

Kejadian tersebut diambil serius oleh pihak berkuasa dan ia kini mula disiasar olej Polis Diraja Malaysia (PDRM). Memetik laporan Utusan Malaysia, Polis Daerah Seremban telah mengesahkan bahawa pihak mereka kini sedang melakukan siasatan.

Insiden Acah Baling Helmet Kepada Sebuah Kereta, Polis Kini Sedang Siasat!

IKLAN

Dalam rakaman berdurasi 11 saat tersebut si pelaki dilihat sedang berkumpul bersama rakan-rakan motosikalnya di lorong kecemasan di jalan tersebut.

BERLAKU HARI SAMA

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari.

Ia di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.

IKLAN

“Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam.

“Bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKLAN

Nanda turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

“Pihak polis sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku,” tambah beliau lagi.

Kejadian seperti ini sebenarnya tidak harus berlaku. Tidak kiralah sama ada pemandu kereta atau penunggang motosikal, masing-masing perlulah ada sikap toleransio dan menghormati pengguna jalan raya yang lain. Pentingkan bukan sahaja keselamatan diri malah orang lain juga. Malang itu tidak berbau namun jika kita sengaja mencarinyapasti busuknya itu merebak kepada orang lain juga.

Sumber: Utusan Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=SolT1Y98Qd4&t=190s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI