Selepas lapan minggu bersiaran, Aiman Ameer telah dinobatkan sebagai Hero Remaja manakala takhta Dewi Remaja pula dirangkul oleh Nurel bagi edisi 2023.
Kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Naib Juara: Fitri & Arabella
Dalam persaingan yang cukup sengit, Naib Juara Hero Remaja 2023 jatuh kepada Fitri manakala Naib Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan. Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.
Anugerah Kategori Lain
Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel.
Ads
Manakala, kategori Best Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
Ads
Selain itu, kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi. Penerima anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina.
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata, “Malam ini sejarah tercipta apabila dua juara dinobatkan sekaligus, pertama kali dalam sejarah Dewi & Hero Remaja sepanjang lebih 38 tahun penganjuran.
“Pemilihan kedua-dua mereka dianggap tepat dan mampu meneruskan legasi cemerlang juara-juara sebelum ini. Pencarian ini bukan hanya mengiktiraf bakat yang cemerlang dan berpotensi, tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka dunia seni, membina keyakinan diri, dan menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada generasi masa kini”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti gadis, mood lelaki juga boleh berubah dalam sekelip mata. Tengah-tengah happy-happy, tiba-tiba tak semena-mena si dia jadi bad mood. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Sebenarnya tidak. Senang je jika kmu faham dia dan dengan mudah dapat mengagak apa yang bermain dalam minda mereka. Teruskan membaca 5 Fakta di bawah adalah jawapannya!
1.Jangan Paksa
Tidak kira nerd, penakut, garang atau jenis yang tak serius-semua lelaki tidak suka dipaksa. Sesetengah lelaki akan bercakap apabila ditanya. Perempuan pula ramai yang jenis suka mendesak dan menyelidik. Cara sebegitu sebenarnya tak menguntungkan kedua-dua pihak. Lelaki ini jenis kalau lagi didesak, lagilah dia akan membisu dan mencari helah. Cara paling baik untuk perempuan memahami lelaki ialah dengan membaca bahasa badan seperti gerak matanya dan perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak daripada segi sikapnya, cuba lihat semula pasti ada sesuatu yang tak kena.
2. Suka Berahsia
Perempuan memang suka berkongsi masalah dengan perempuan lain. Tetapi bagi lelaki, kadang-kadang dengan kawan baik pun dia tak cerita. Penting bagi wanita untuk tidak memaksa lelaki bercerita tentang masalahnya. Cara paling baik ialah berbual tentang perkara lain, sehinggalah dia sendiri yang bercerita tentang permasalahan tanpa perlu ditanya.
3. Mudah & Tidak Kompleks
Jika anda sudah berkahwin dan ingin suami menolong sebarang jenis kerja yang dirasakan perlu, minta saja dia tolong. Majoriti lelaki tidak kompleks dan perempuan hanya perlu berterus-terang dengan mereka. Tak perlu berkias-kias kerana orang lelaki ini jenis straight forward. Katakan saja pada mereka apa yang anda mahu.
4. Lelaki & Ego
Kebiasaannya, lelaki ini ego dalam dua keadaan. Di rumah dan di pejabat. Orang perempuan kena banyak bersabar dan ‘layan ‘ sahaja ego mereka apabila lelaki berasa senang hati dengan tingkah laku dirinya itu, semua orang di sekeliling akan mendapat faedah, termasuklah orang yang dia sayang.
5. Lelaki Suka Membisu
Perempuan memang tiada masalah bercakap tentang sesuatu hal yang sensitif walaupun perkara itu sudah berlalu. Namun, tidak bagi lelaki. Apabila semakin berat masalah yang ditanggung, dia semakin membisu. Ini disebabkan dua faktor. Pertama, samada dia tidak mahu menyusahkan pasangannya atau dia memang tidak pandai meluahkannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dinafikan bila berlaku konflik suami isteri berlaku situasi satu pihak bertindak keluar dari rumah dan keras hati untuk berbaik semula walaupun pasangannya sudah beralah atau memujuk.
Bagi pasangan yang dalam konflik ini moga doa dan amalan yang dikongsi oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini boleh diamalkan
Pergaduhan dalam rumahtangga merupakan satu kebiasaan kerana ketika itulah kita lebih mengenali hati budi dan cara kita menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Namun, janganlah pertengkaran ini dibiarkan lama kerana ia akan mengkeruhkan lagi keadaan. Maka, antara amalan untuk melembutkan hati pasangan agar kembali ke pangkuan keluarga adalah:
Maksudnya: TaaHaa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Antara cara yang terbaik adalah dengan bermu’asyarah sebaik-baiknya dengan pasangan suami isteri. Hal ini berdasarkan nas Ilahi:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Apakah perasaan anda sebagai seorang lelaki jika anda sering dipuji kerana anda mempunyai bau badan yang menarik dan wangi? Sebagai seorang lelaki kita sering terdedah dengan pelbagai keadaan yang akan menyebabkan kita mudah berpeluh dan mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan. Jadi, bagaimanakah caranya untuk anda dapatkan bau badan yang segar dan wangi sepanjang hari?
BERBELANJA/MELABUR KEPADA MINYAK WANGI YANG BERKUALITI
Mungkin segelintir daripada anda tidak kisah berbelanja lebih untuk sebotol minyak wangi. Ini kerana, minyak wangi mahal mempunyai ketahanan bau yang lama dan mempunyai bauan yang ekslusif.
Anda perlu kaji lebih tentang minyak wangi. Terdapat minyak wangi yang ekslusif dan jarang ditemui di beberapa buah butik berjenama atau kedai kedai yang menjual minyak wangi yang ekslusif. Terdapat banyak butik kedai wangi yang mempunyai koleksi istimewa mereka sendiri.
EKSPERIMEN DENGAN PELBAGAI BAUAN
Sesuatu bauan yang anda gunakan tidak akan jejaskan ketampanan/kemaskulinan anda. Tetapi bauan yang tradisional seperti bau “wood and musk and soil” adalah sesuatu yang akan membuatkan anda lebih menonjol. Jangan takut untuk menjadi sedikit “keperempuanan”. Cuba pakai minyak wangi yang “unisex” untuk tonjolkan sesuatu yang istimewa dalam diri anda.
CARI BAU YANG MELAMBANGKAN ANDA
Terdapat keistimewaan jika anda seseorang yang mempunyai koleksi minyak wangi yang banyak. Jika anda dah menjumpai bauan yang anda minat, jadikan bauan itu sebagai satu “trademark” untuk diri anda kerana ia secara tidak langsung akan melambangkan personaliti anda. Untuk memilih bauan tersebut, ia harus mempunyai jenis bauan yang anda selesa dan suka. Kelebihan nya jika seseorang rindukan anda atau terserempak dengan bauan yang sama seperti bauan anda mereka akan beranggapan seperti “oh, saya ingatkan yang itu awak!”
BELI MINYAK WANGI YANG BAGUS DAN LEBIH DARI SATU UNTUK TAMPAK LEBIH MENARIK
Walaupun anda mempunyai bauan anda tersendiri atau mempunyai minyak wangi yang selalu anda gunakan, tidak salah untuk guna atau beli bauan yang lain. Ia lebih tertarik jika anda mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Pastikan anda sentiasa membawa minyak wangi anda kemana mana. Anda perlu sentiasa berbau harum sepanjang masa.
MEMILIH BAUAN MENGIKUT CUACA
Memandangkan Malaysia kebanyakan hanya bercuaca panas, anda disarankan untuk memilih bauan yang baunya lembut dan tidak tajam. Bau yang tajam dan kuat kurang sesuai bagi cuaca panas. Ini kerana bauan tersebut tidak memberi kesegaran. Anda disarankan untuk memilih minyak wangi yang baunya lembut seperti musim sejuk baru sahaja berlalu. Minyak wangi yang memberi bauan lembut adalah sesuai untuk musim panas. Ia seperti bauan yang menyegarkan. Contoh seperti bau bauan bunga dan minimal.
SEMBUR DI TEMPAT YANG BETUL
Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa jika minyak wangi disembur pada tempat yang betul, bauan tersebut akan kekal lama pada pakaian anda. Dimanakah anda patut sembur minyak wangi anda? Di kaki? Pergelangan tangan? Rambut? Di bahagian pinggang anda? Bukankah itu yang selalu wanita lakukan? Adakah itu cara yang betul atau salah?
Setiap orang mempunyai tubuh yang berbeza. Ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada jenis tubuh seseorang. Sembur di leher adalah sesuatu yang membazir! Tambahan pula, jika anda baru cukur jambang anda pada bahagian itu dan sembur minyak wangi, kulit anda akan bertukar menjadi pedih kemerah merahan.
Terdapat fakta mengatakan anda tidak boleh sembur lebih daripada 4 semburan tetapi ini bergantung kepada bau minyak wangi tersebut. Saya sarankan anda buat satu atau dua semburan pada bahagian dada, satu semburan pada setiap bicep anda, satu semburan di tulang kolar dan satu semburan di belakang leher/tengkuk.
DEODORANT
Kita sebagai lelaki bertuah kerana kita mempunyai banyak pilihan deodorant yang berada di pasaran dengan pelbagai fungsi. Deodorant lelaki mempunyai bauan yang kuat dan segar. Pilih deodorant yang betul dan jangan lupa pakai deodorant tiap kali anda hendak meniggalkan rumah. Ini kerana, deodorant boleh membantu anda untuk bau hebat selain daripada minyak wangi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.