Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan bekerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan. Atas sebab itu, anda harus ikuti cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun seperti berikut:
Gunakan penyangkut pakaian yang sama
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
almari kemas
Pastikan semua pakaian digantung menghadap arah yang sama
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
Asingkan pakaian mengikut kod warna
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
Ads
Sediakan ruang untuk aksessori
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
kemas almari
Susun baju anda
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
Ads
Cipta satu sudut untuk capai dan gerak
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Ads
Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
Seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan hospital selepas mengadu sakit kepala dan sakit leher. Lelaki yang tidak dikenali itu telah mengalami tahap sakit yang cukup menyeksakan selepas makan cili jenis “Carolina Reaper” semasa pertandingan makan cili di Amerika Syarikat.
Dilaporkan, cili itu begitu kuat sehingga membuat beberapa arteri di dalam otaknya mengecil dan meninggalkan sakit kepala ‘thunderclap’. Seperti namanya, sakit kepala ini rasanya seperti disambar petir dan datangnya secara tiba-tiba.
Keadaan ini, penyempitan arteri sementara yang diserta dengan sakit kelapa ‘thunderclap’ selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan ubatan preskripsi atau ubatan yang menyalahi undang-undang. Jarang kes di mana terjadi disebabkan makan cili.
Inilah cili terpedas dengan bentuknya yang sangat unik, Carolina Reaper. Jika anda memakannya, maka anda akan merasakan kepedasan 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. Dari namanya saja, sudah pasti anda tahu cili ini berasal dari mana, Rockhill, South Carolina. Bukan itu sahaja, cili ini menyandang gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013.
Makan Mee Samyang pun tak tahan, apatah lagi cili Carolina Reaper.
Sindrom lelaki malas bekerja semakin menjadi-jadi hari ini. Mungkin ada kaitan dengan pencapaian golongan wanita hari ini. Taraf pendidikan yang lebih tinggi telah menyaksikan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan pelbagai aktiviti perniagaan.
Ini bertambah rancak apabila, golongan hawa dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi. Perkembangan ini membuatkan kebergantungan wanita kepada lelaki atau lebih tepat suami semakin berkurangan memandangkan mereka mampu menjana pendapatan sendiri yang kadangkala lebih tinggi berbanding lelaki.
FAKTA INI DISOKONG OLEH PERANGKAAN DIKELUARKAN OLEH UNIT PERANCANGAN EKONOMI, DI MANA GOLONGAN HAWA MELIPUTI 48 PERATUS DARIPADA PENDUDUK DALAM KUMPULAN UMUR BEKERJA IAITU 15-64 TAHUN. PERANGKAAN INI MENUNJUKKAN PENYERTAAN TENAGA BURUH WANITA BERTAMBAH DARIPADA 44.7 PERATUS PADA TAHUN 2000 KEPADA 45.7 PERATUS PADA 2005.
Bilangan wanita yang bekerja bertambah daripada 3.3 juta pada tahun 2000 kepada 3.9 juta pada 2005, di mana peratusan guna tenaga wanita daripada jumlah keseluruhan guna tenaga meningkat daripada 35.6 peratus kepada 36.7 peratus dalam tempoh yang sama. Penglibatan wanita dilihat tertumpu pada sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit serta pertanian. Dari segi struktur pekerjaan pula, peratusan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah lebih tinggi.
Perkembangan ini didorong oleh pencapaian yang lebih baik golongan Hawa dalam bidang pendidikan. Peratusan wanita dalam kategori pegawai kanan dan pengurus meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2000 kepada 5.4 peratus pada tahun 2005. Kategori ini masih didahului kaum lelaki yang turut mencatatkan peningkatan daripada 8.0 peratus kepada 9.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Bagaimanapun, pekerja wanita nyata mendominasi dalam kategori profesional; juruteknik dan profesional bersekutu; pekerjaan perkeranian dan; pekerjaan perkhidmatan dan jualan. Bagi kategori profesional, wanita terutamanya bekerja sebagai doktor, doktor pergigian, peguam dan arkitek. Ia menunjukkan pertambahan daripada 7.2 peratus pada tahun 2000 kepada 7.5 peratus pada 2005, berbanding lelaki daripada 5.1 peratus kepada 5.5 peratus dalam tempoh yang sama.
Manakala bagi kategori juruteknik dan profesional wanita mencatatkan penurunan kecil iaitu 14.1 peratus pada tahun 2000 kepada 14 peratus pada 2005. Begitu pun angka tersebut masih lebih tinggi berbanding lelaki yang mencatatkan peningkatan 10.9 peratus kepada 12.6 peratus. Secara keseluruhan peningkatan wanita dalam pekerjaan adalah hasil daripada akses pendidikan yang semakin baik.
Begitupun, bukan niat untuk menafikan kehebatan kaum lelaki, tetapi perkembangan ini seharusnya diterima oleh mereka sebagai satu cabaran untuk mereka turut berdaya saing dengan wanita. Kaum lelaki tidak harus melihat keupayaan wanita untuk menjana pendapatan sendiri sebagai satu kesempatan untuk mereka ber senang-lenang, sebaliknya mengambilnya secara positif untuk seiring memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan rumah tangga.
ISU INI BUKAN SAHAJA BERLAKU DI KAMPUNG, MALAH DI BANDAR TURUT MENGALAMI FENOMENA SAMA. “BANYAK TERJADI KES, SUAMI MENJAGA ANAK-ANAK DI RUMAH DAN ISTERI BEKERJA. GOLONGAN INI BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI SUAMI SEPENUH MASA.
“Sindrom ini berlaku apabila si isteri bersetuju untuk memikul tanggungjawab mencari nafkah dan suami menguruskan kerja di rumah. “Namun demikian, keadaan menjadi tidak sihat apabila suami hanya makan dan tidur di rumah tanpa menghiraukan hal anak-anak. Psikologi anak-anak yang sudah bersekolah dan mempunyai kawan-kawan akan terganggu kerana mereka akan tertanya-tanya mengapa bapa mereka di rumah sahaja sedangkan pada masa yang sama bapa orang lain bekerja.
“Sesuatu perlu dibuat untuk memperbaiki keadaan ini. Golongan lelaki perlu lebih yakin menghadapi situasi ini. Jika berterusan, fungsi institusi keluarga akan terganggu. “Kembali kepada ajaran Islam, lelaki yang wajib mencari nafkah dan bukan sebaliknya. Isteri hanya membantu dan memberi sokongan kepada suami.’’
“ANTARA FAKTOR UTAMA IALAH ISTERI YANG BERKAHWIN DENGAN SUAMI YANG BERPENDIDIKAN LEBIH RENDAH DARINYA ATAU BERJAWATAN RENDAH. “MALAH ADA KES LELAKI YANG BEKERJA SEBAGAI KAKITANGAN AWAM DAN PENCEN AWAL PADA USIA AWAL TIDAK MAHU MENCARI PEKERJAAN LAIN.
“Mereka ini hanya mengharapkan sumber kewangan daripada isteri,’’ fenomena ini jarang membawa kepada penceraian kerana hak tersebut terletak pada tangan lelaki dan mereka lebih selesa dengan situasi seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KALAU MALAS SANGAT NAK BERSENAM, MUNGKIN ANDA BOLEH BUAT SEDIKIT RUTIN RINGKAS DI RUMAH SEPERTI DI BAWAH INI. SELAGI IA MELIBATKAN GERAKAN, IA AKAN MEMBAKAR KALORI. JADI LEMAK PUN TAK LA TERSEKAT DALAM BADAN TU LAMA SANGAT KAN. JOM BUAT KERJA RUMAH SEKARANG!
1.Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman.
MEMBASUH KERETA SELAMA SETENGAH JAM MEMBANTU MEMBAKAR 143 KALORI.
Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa ‘adegan’ seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!
2.Berkebun
BERKEBUN MEMBAKAR 265 KALORI
Melakukan senamansquad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.
3.Membasuh pakaian
MEMBASUH PAKAIAN MEMBAKAR 144 KALORI
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.
4.Mengemop Lantai
MOP LANTAI MEMBAKAR 112 KALORI DALAM SETENGAH JAM
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam.
MEMBERSIHKAN PERMAIDANI, MENGEMOP LANTAI TIGA KALI SEMINGGU MEMBANTU BAHU DAN TANGAN ANDA BERSENAM DENGAN CARA MUDAH.
Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.
5.Memasak
MEMASAK BOLEH MEMBAKAR 150 KALORI
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.