Siapalah kita mahu menidakkan kuasa Allah. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Memang bukan semua insan itu yang mendapat hidayah dari-Nya. Jika tidak dibukakan pintu hati oleh Allah pasti segala kejadian baik tidak akan berlaku.
Baru-baru ini viral apabila bekas ketua mafia berpengaruh di selatan Australia, Vince Focarelli telah memeluk agama Islam.
Besar sungguh hidayah yang Tuhan berikan padanya hingga membolehkan dia yang ketika itu telah di penjara mahu Al-Quran menjadi temannya di sel hingga berjaya khatam seluruh kitab suci berkenaan walaupun tidak faham maksudnya
Ikuti perkongsian kisah bekas ketua mafia yang memang amat digeruni dek kerana kejahatan yang dilakukannya.
Tapi tidak ramai yang tahu kisah di sebalik Vince yang lahir dalam keluarga yang beragama Kristian (Katolik) mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Pada awalnya, Vince yang berbadan sasa ini hanyalah seorang Muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Bayan Linnas siri ke-93, hidayah itu timbul apabila Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahli kumpulannya yang mana sebahagian mereka beragama Islam.
Ads
Perbincangan mengenai Nabi Isa (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan mengikut kaca mata Islam, dia kemudian mengaitkannya dengan kefahaman agamanya (Kristian) ketika itu.
Banyak persoalan sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan dua kalimah syahadah.
Walaupun Vince telah memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya.
Kumpulan-kumpulan gengster lain sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain dan terdapat enam percubaan untuk membunuh Vince termasuk satu percubaan bunuh menggunakan bom.
Ads
Malah, salah satu siri percubaan membunuh itu telah meragut nyawa anak lelakinya, Giovanni.
Vince pernah dipenjarakan dan ditempatkan secara bersendirian dalam sel tahanan, dan satu permintaannya adalah menjadikan Al-Quran sebagai teman. Di sinilah Vince membaca Al-Quran dari mula sehingga berjaya mengkhatamkannya walaupun dia sendiri tidak mengetahui isi kandungannya.
Dengan kebesaran Allah, sejurus mengkhatamkan bacaanAal-Quran, Vince didatangi seorang warden penjara untuk memberitahu dirinya telah bebas. Hari itu ternyata bermakna buat Vince yang mengakhiri kehidupannya di sebalik tirai besi selama 14 bulan di atas kesalahan dadah dan senjata api.
Ads
Perkara pertama yang dilakukannya apabila dibebaskan dari penjara adalah pergi bersolat di masjid, selain meninggalkan kumpulannya bersama segala aktiviti lampau
Vince memulakan kehidupan baharu dengan membuka sebuah restoran di Australia yang menyediakan makanan halal dan turut memberi sumbangan kepada golongan gelandangan selain melakukan amal jariah lain.
Bagaimanapun, Vince kini menerima perintah diusir keluar dari Australia dan perlu kembali ke negara asalnya di Itali. Namun ia tidak mematahkan semangatnya dalam berdakwah bagi mengajak manusia lain untuk mengenal Islam.
Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak mengenai bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seseorang.
Vince memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya yang mana Salam itu membawa maksud selamat sejahtera.
Ditanya mengapa memilih nama Abdul Salam, Vince berkata: “Dahulu aku banyak membuat huru-hara, kini aku seorang Muslim, hamba Allah SWT. Aku tidak akan membuat huru-hara lagi.”
Buat peminat kereta kawalan jauh atau replika anda pastinya sudah sedia maklum bagaimana Shell Malaysia sentiasa menampilkan koleksi-koleksi terhangat menjadi rebutan ramai.
Terbaru, Shell Malaysia menampilkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif dengan kerjasama bersama The Walt Disney Company South East Asia. Koleksi ini menggabungkan inovasi Shell V-Power dan juga tarikan tersendiri siri sains fiksyen popular, Star Wars dengan menampilkan koleksi Star Wars Racers.
Lebih menarik, ia merupakan koleksi pertama seumpamanya diperkenalkan di dunia. Diinpirasikan daripada tema pertempuran antara cahaya dan kegelapan, koleksi edisi terhad ini menampilkan enam kereta kawalan jauh dengan setiap satunya hadir dengan tema karakter Star Wars.
Enam kereta kawalan jauh tersebut ialah:
Darth Vader Racer
Stormtrooper Racer
Darth Maul Racer
The Mandolorian Racer
Boba Fett Racer
BB-8 Racer
Shell Malaysia memaklumkan bahawa koleksi ini direka dan dihasilkan dengan cukup teliti berdasarkan setiap kerakter yang dipilih. Pada majlis pelancarannya baru-baru ini, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata, “Sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan kami sememangnya hangat.
“Pengguna Shell V-Power adalah antara yang paling bersemangat dan kami tahu Star Wars sangat popular di kalangan peminat pelbagai peringkat umur. Koleksi in menyerlahkan dan meraikan semangat komuniti ini dan kami berharap peminat-peminat akan teruja apabila berlumba sesama mereka dengan koleksi baru ini,” tambahnya lagi.
Koleksi Star Wrs Racer mengekalkan ciri istimewa seperti koleksi tahun lalu dengan sambungan rangkaian Bluetooth dan juga sokongan dari Shell Racing App.
Kesemua kereta dari koleksi ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula pada hari ini, 6 Oktober sehingga 19 November 2023. Ia boleh didapati di stesen minyak Shell di seluruh negara.
Ia boleh dibeli pada harga RM49.00 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Sheel FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing.
Bateri Bluetooth pula boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minuman yang sama seperti pembelian model kereta. Darth Vader Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell.
Bagi melengkapkan koleksi ini juga anda boleh membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power dalam satu resit.
Buat pengumpul barangan Star Wars inilah koleksi yang tidak harus anda lepaskan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, semua benda nak baru. Kebiasaannya, ia akan menelan kos yang banyak. Memandangkan Hari Raya ni setahun sekali katanya, maka kita boleh lihat orang ramai sanggup overspend kerana nak semuanya perfect.
Hutang pun takpe, janji kita dapat sambut Hari Raya dengan gembiranya. Itu salah okay.
Jom ambil manfaat dari penrkongsian saudara Azizul Azli Ahmad, tak perlu membazir, recycle je barang atau perabot yang ada.Pasti nambak lain dan kreatif.
Menjelang raya, ada tiga (3) perbelanjaan besar setiap rumah. Pakaian baru, duit raya dan perabot baru.
Jika suami kita tak kaya, lakukan ini.
1. Tukar susun atur kedudukan kerusi rumah kita, ubah dari kedudukan asal.
2. Susun kembali sofa dengan kedudukan baru, ubah kedudukan tv dan letakkan sedikit bunga segar.
3. Cari satu titik tumpu didalam rumah dan berikan sedikit warna atau pasang kertas dinding. Pastikan dinding itu rata dan tiada bukaan tingkap disitu.
4. Jika ada sedikit modal, beli satu permaidani kecil gantikan diruang tamu. Modalnya kecil tetapi kesannya besar pada ruang.
5. Bersih dan cuci langsir yang lama, jika dapat tema langsir ada persamaan sedikit dengan warna permaidani kecil tadi.
6. Bantal kecil letak diatas sofa boleh beri tenaga baru pada ruang.
7. Lampu hiasan juga boleh memberi mood ruang yang baik sempena raya ini.
Jangan tukar perabot baru selagi lerabot lama masih berfungsi dengan baik.
Kongsikan jika bermanfaat
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.