Gel silika yang  terdapat dalam bungkusan kecil dan berbentuk biji berwarna putih jernih ni mesti selalu kita jumpa pada barangan yang baru dibeli.  Kebiasaannya, bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera perkataan Do Not Eat ini dibuang tanpa diketahui fungsi sebenarnya.

Kalau diikutkan entah sudah berapa banyak gel silika yang telah kita buang sedangkan, bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang tersendiri. Gel silika tidak mengandungi bahan toxic, tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan.

Tapi mesti ramai yang tak tahu gel silika boleh dimanfaatkan untuk banyak fungsi

1. Rescue Your Smartphone

9 Kegunaan Gel Silika, Jangan Di Makan Tapi Banyak Manfaatnya

Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air: Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air merupakan igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak. Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan gel silika bersamanya.

2. Menjaga Alatan Grooming Anda

Menjaga alatan mekap:Bagi kaum hawa khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga kecantikan. Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus gel silika gel atau lebih dalam beg mekap anda. Tip ini pasti membantu.

3. Hilangkan Bau Hapak Pada Beg & Baju Gym

9 Kegunaan Gel Silika, Jangan Di Makan Tapi Banyak Manfaatnya

Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.

IKLAN

4. Kilatkan Barangan Perhiasan

Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan: Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.

5.  Segar & Wangian Untuk Rumah Dan Kereta

9 Kegunaan Gel Silika, Jangan Di Makan Tapi Banyak Manfaatnya

Rendam gel silika ke dalam essential oil selama 10-15 minit. Lalu, masukkan gel silika yang sudah direndam tersebut ke dalam kantung kecil yang berlubang dan gantunglah pada penghawa dingin. Rumah dan kereta pasti akan menjadi lebih segar dan harum dengan gel silika ini. Apalagi gel silika juga menyerap bau tak sedap, seperti bau haiwan peliharaan dan bau kasut yang ada dalam kereta.

6. Menjaga Dokumen & Surat  Penting

9 Kegunaan Gel Silika, Jangan Di Makan Tapi Banyak Manfaatnya

IKLAN

Dokumen dan surat menyurat yang  penting seperti passport, surat nikah, surat kelahiran, dan ijazah sering menggunakan kertas yang cepat kotor lusuh dan paling sedih kalau ia koyak atau hancur kerana dimakan usia. Biasakan untuk menyimpannya di dalam lemari dan masukkan beberapa gel silika ditempat penyimpanan itu. Gel silika mampu melindungi kertas.

7. Alat Pencukur Tak Berkarat

Keadaan bilik mandi yang basah dan lembap menyebabkan  pisau cukur yang sudah digunakan cepat berkarat. Untuk memastikan alat pencukur ini tahan lama dan tak berkarat caranya cukup mudah letakkan  gel silika ini bersama-sama pisau pencukur  di dalam plastik untuk menyerap sisa air yang masih menempel pada pisau.

8. Baju Jarang Digunakan Lebih Tahan Lama

9 Kegunaan Gel Silika, Jangan Di Makan Tapi Banyak Manfaatnya

Salah satu trik untuk buat baju yang jarang digunakan bertahan lama ialah dengan mengunakan gel silika ketika menyimpan pakaian di dalam almari.  Gel silika juga mencegah timbulnya warna kusam pada pakaian berwarna cerah, seperti putih. Jadi jaket, baju dan kemeja yang jarang digunakan akan berbau seperti baru dan masih cantik.

IKLAN

9. Menyelamatkan Nostalgia Gambar Lama

Walaupun zaman sekarang orang menyimpan gambar di dalam smartphone, hard disk, could, dropbox dan pelbagai cara lagi. Namun kenangan gambar-gambar lama tidak harus dilupakan. Gambar yang telah lama pasti akan melekat antara satu sama lain dan rosak. cara untuk menyelamatkan gambar-gambar ini ialah dengan meletakkan gambar memori tersebut didalam kotak dan masukkan sekali beberapa paket gel silika. Pasti gambar itu akan bertahan lama dan kering.

Selain itu, gel silika gel mempunyai banyak kegunaan lain. Rajin-rajinlah membaca sekiranya anda ingin mengetahui fungsi lain pek bungkusan kecil ini. Tetapi harus diingat, ianya mestilah sentiasa berada jauh daripada kanak-kanak.

Jadi selepas ini, janganlah dibuang gel silika setiap kali menemuinya dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli kerana ia mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sumber: Metro UK

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI