
Pada usia 59 tahun, pelakon lagenda Aaron Kwok sekali lagi mencuri perhatian. Bukan di pentas atau layar perak, tetapi dalam dunia keluarga.
Sempena sambutan Hari Ayah pada 15 Jun 2025, beliau sah mengesahkan bakal menerima cahaya mata ketiga bersama isteri tercinta, Moka Fang (37)
Berita ini disambut dengan penuh keterujaan oleh para peminat serta komuniti netizen yang tak henti-henti meluahkan kekaguman terhadap gaya hidup sihat dan penampilan Aaron yang ‘maintain muda’.
Ketika ditemu oleh media semasa promosi filem terbarunya My First of May, Aaron berkata:
“Saya akan menjadi ayah lagi. … Saya sukakan rumah yang ramai!”
Beliau menegaskan bahawa “apa sahaja jantina, saya akan terima dengan hati terbuka”, dan sambil bersyukur menyambut anugerah ini atas kehendak Tuhan .
Rahsia Wajah Awet Muda & Tenaga Luar Biasa
Tidak ramai lelaki mampu mengekalkan fizikal dan penampilan seperti Aaron pada usia hampir 60 tahun. Namun Aaron Kwok bukan lelaki biasa. Penampilannya kekal fit, bergaya dan segar, menjadikan beliau simbol lelaki maskulin Asia yang sentiasa menjaga disiplin diri.
Antara rutin yang diamalkan Aaron:
✅ Senaman harian tanpa kompromi – termasuk joging, latihan kardio dan senaman kekuatan
✅ Pemakanan bersih – kurang gula, lebihkan protein, serat dan sayur
✅ Tidur cukup dan pengurusan tekanan – meditasi & rehat berkualiti
✅ Skincare konsisten – bukan rahsia lagi, lelaki sejati juga jaga kulit!
Dengan semua ini, tak hairanlah wajah Aaron tampak 20 tahun lebih muda, dan mampu ‘menari atas pentas’ dengan stamina luar biasa. Boleh ‘tapau’ anak muda lagi!
Perkahwinan mereka sejak 2017 dan dua orang cahaya mata sebelum ini membuktikan bahawa keluarga bukan sekadar status, tetapi ruang cinta yang bermakna. Kini, dengan anak ketiga dalam pelukan yang bakal tiba, rumah mereka pasti lebih meriah, penuh kesyukuran dan tawa.
BACA LAGI : Lelaki Jepun Amal Gaya Hidup Ekstrem Selepas Ditegur Tua, Kini Muda 10 Tahun
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI