“Abang Dapat Salam Thor”, Aaron Aziz Teruja Dapat Sepentas Chris Hemsworth

Share

Bila Malek jumpa Thor! Pelakon popular, Aaron Aziz hari ini mengejutkan peminat terutamanya pengikut di laman media sosial selepas memuat naik sebuah video menampilkan dirinya berada di pentas yang sama dengan pelakon Hollywood berasal dari Australia, Chris Hemsworth.

Video tersebut memaparkan Aaron bersama seorang lagi pelakon tempatan, Iedil Putra menaiki pentas dan bersalaman dengan pelakon tersebut.

Lebih menarik ia bukanlah di pentas biasa kerana mereka berdua berada di majlis pelancaran filem Netflix lakonan Chris Hemsworth bertajuk ‘Extraction 2’ di Manila, Filipina.

Foto: The Star

Walau bagaimanapun setakat ini MASKULIN tidak dapat pastikan apakah tujuan kehadiran mereka berdua di sama – sama ada sebagai tetamu membintangi filem aksi itu atau sebaliknya.

Menurut Aaron Aziz dia bersyukur kereja diberi peluang untuk hadir ke acara itu.

“Alhamdulillah atas peluang berada di Filipina. Allah lebih mengetahui,” tulis Aaron di laman Instgram rasmi miliknya.

Dia juga sempat memberi ulasan ringkas mengenai filem aksi Chris Hemsworth tersebut di mana baginya lebih mantap dari filem ‘Fast X’.

“Fight scene gempak gila!! 100 kali ganda lebih hebat dari Fast X. Anda mesti melihatnya!!,”

Semoga ada pintu dan peluang lakonan buat Aaron dan juga Iedil di pentas antarabangsa bersama pelakon popular seperti Chris Hemsworth. Kalau jadi realiti memang mantap!

Untuk rekod, ‘Extraction 2’ merupakan filem aksi sekuel yang diarahkan Sam Hargrave berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Joe Russo. Ia juga diterbitkan oleh Anthony dan Joe Russo yang juga merupakan pengarah ‘Avengers: Endgame’.

IKLAN