Gaya Hidup

“Acure Acro Ischemia” Penyakit Ruam Di Kaki Kanak-kanak Postif Covid-19, Doktor Ini Beri Penjelasan

Share

Selepas penyakit COVID-19 melanda satu dunia, Di itali barulah kes pertama Acute Acro-Ischemia mula dilaporkan pada kanak-kanak yang positif Covid-19.

Melalui satu perkongsian Redza Zainol, seorang doktor kanak-kanak berkata, penyakit ini dijumpai di Itali, 5 minggu selepas bermula wabak Covid-19. Menurutnya lagi berpuluh-puluh jumlah kanak-kanak sudah terkena penyakit baru ini.

Pasti anda pelik bukan apa itu penyakit Acute Acro-Ischemia dan apa gejala penyakit tersebut?

Menurut doktor ini, sebenarnya Ia adalah tanda ruam berwarna merah-ungu pada penghujung jari tangan atau jari kaki. Hingga kini, kes ruam ni banyak dijumpai pada kanak-kanak yang mengalami Covid-19 tahap 1 dan tahap 2.

“Di seluruh dunia, kanak-kanak yang positif Covid-19 kebanyakannya mengalami Covid-19 tahap 1 dan tahap 2.

“Tahap 1 maksudnya kanak-kanak tidak ada apa-apa tanda jangkitan.

“Tahap 2 maksudnya kanak-kanak ada tanda demam atau batuk atau sakit tekak tetapi tidak ada tanda jangkitan pada paru-paru.

“Penemuan ruam ni dibincangkan dan tersebar luas di dalam forum “Amici DermPed” di Itali, forum berkenaan kulit kanak-kanak.

“Boleh jadi ruam ni ialah satu tanda yang boleh doktor ambil perhatian ketika memeriksa kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Covid-19.” Tulisnya di Facebook.

Malah doktor ini turut memberikan contoh gambar kepada pengikutnya. Menurutnya gambar ruam ini diambil dari seorang kanak-kanak lelaki, umur 13 tahun yang positif Covid-19 di Itali.

– Ruam baru bermula
– Saiznya antara 5-15 mm diameter.
– Berbentuk bulat dan sempadan ruam ni adalah kabur.
– terletak pada bahagian bawah dan tepi ibu jari kaki kanan.
– Pesakit yang sama. Dia ada ruam berisi air (blister) bersaiz 1 cm diameter.
– terletak pada jari kaki kiri yang kedua (second left toe)
– Rupa ruam selepas 7 hari.
– Ruam masih kekal dan warna semakin pekat.
Ruam semakin teruk
Ruam berair (blister) tadi tu pecah. Kemudian bertukar menjadi keruping berwarna hitam. Selepas tu, ruam menghilang.

Menurut doktor ini, kes ni telah diterbitkan oleh doktor kanak-kanak di Italy. Mengikut pemahamannya selepas kanak-kanak itu sembuh dan bebas dari kes COVID-19, ruam pun turut hilang. Walaubagaimanapun menurutnya kajian tentang penyakit ini masih dijalankan dan diperlukan.

Sumber: Redza Zainol
IKLAN