adab berbasikal selamat
Foto: prostooleh - www.freepik.com

Aktiviti berbasikal merupakan kegiatan sosial yang paling meningkat dan paling diperkatakan sepanjang tahun 2020. Trend ini kelihatan sangat popular dengan jumlah penunggang basikal yang semakin ramai dapat dilihat di atas jalan raya. Ini terutamanya ketika hujung minggu atau cuti umum. Jadi sangat penting untuk anda tahu adab berbasikal di jalan raya.

Apatah lagi dengan penyertaan artis dan selebriti laman media sosial yang turut menyumbang kepada populariti aktiviti ini.

Namun sejak kebelakangan ini orang awam kelihatan cukup resah dan tidak kurang juga mula merasakan jengkel dengan sikap beberapa kerat penunggang basikal yang tidak mematuhi jalan raya. Malah ada yang seaakan kurang adab bila berbasikal!

Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada aktiviti yang cukup menyihatkan ini. Kejadian kemalangan yang meragut jiwa penunggang basikal juga telah dilaporkan berlaku dalam tempoh beberapa minggu lalu.

BACA: Ini Beberapa Sebab Kenapa Orang Makin ‘Ringsek’ Dengan Geng Basikal 

IKLAN

Mungkin terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Akan tetapi sebagai pengguna basikal yang merupakan kenderaan kecil di jalan raya, keselamatan diri perlu diutamakan.

MASKULIN ingin kongsi beberapa tip adab berbasikal dengan selamat demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya.

SENTIASA PATUHI PERATURAN JALAN RAYA

Tidak semestinya kenderaan anda tidak berenjin maka tidak perlu patuh undang-undang jalan raya. Sepanjang berbasikal di atas jalan raya ingatlah untuk sentiasa patuhi peraturan jalan raya. Patuhi undang-undang agar aktiviti anda lebih selamat dan menyeronokkan.

IKLAN

ELAK GUNA FON TELINGA

Menggunakan fon telinga kini bagaikan sudah menjadi trend wajib bagi penggiat aktviti senaman. Ini termasuklah di lalangan penunggang basikal. Namun sedarkah anda bahawa menggunakan fon telinga boleh menyebabkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling? Penggunaan fon telinga mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi ketikan mengayuh basikal di atas jalan raya.

berbasikal adab jalan raya
Foto: jcomp – www.freepik.com

USAH MEMOTONG DARI BAHAGIAN KIRI

Demi keselematan anda, elakkan memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor dengan menggunakan bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

IKLAN

BERSEDIA UNTUK BREK

Malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya kita boleh sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua senario. Pertama sekali pastikan basikal mempunyai brek di bahagian hadapan dan belakang. Paling penting pastikan ia berfungsi dengan baik. Ketika berbasikal di atas jalan raya, pastikan tangan anda sentiasa bersedia pada brek agar anda boleh hadapai keadaan brek mengejut.

PAKAI PAKAIAN SESUAI

Faktor pakaian juga amat penting bagi memastikan keselamatan dan juga kelancaran anda semasa mengayuh. Usah risau dengan harga kerana terdapat banyak pilihan yang berpatutan di pasaran. Baju yang sesuai memastikan kayuhan lebih relaks dan selamat. Pilih juga pakaian yang berwarna cerah akan anda mudah kelihatan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.

LAMPU BASIKAL

Menunggang di waktu malam juga sangat popular sekarang. Namun ramai tidak sedar menunggang di waktu malam risikonya lebih tinggi. Oleh itu lengkapkanlah basikal anda dengan lampu yang sesuai. Selai lampu hadapan untuk visual lebih terang pastikan lampu di bahagian belakang juga turut tersedia.

Semoga tip berbasikal yang kami kongsi boleh memberikan pengalaman yang lebih selamat buat anda. Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!