Dalam dunia di mana sukan dan gaya hidup saling bertemu, adidas Sunway Pyramid terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar jenama, tetapi satu simbol ekspresi diri.
Terbaru, adidas melakar langkah berani dengan pembukaan semula Pusat Jenama di Sunway Pyramid, yang kini tampil dengan wajah baharu, bukan sekadar gedung sukan, tetapi hab kreativiti yang meraikan identiti dan imaginasi.
Ruang dua tingkat ini kini menjadi destinasi yang menggabungkan dunia sukan, fesyen jalanan dan budaya moden. Ia bukan hanya tempat membeli-belah, tetapi ruang untuk komuniti tempatan berinteraksi, berkarya dan menemukan inspirasi baharu.
Sejak dibuka pada tahun 2019, gedung ini menjadi antara lokasi penting adidas di Malaysia, dan kini muncul dengan transformasi paling berani dalam sejarahnya.
Direka dengan sistem modular berasaskan logam dan sentuhan minimalis berinspirasikan elemen industri, adidas Sunway Pyramid melambangkan keseimbangan antara ketepatan sukan dan semangat bebas budaya jalanan.
Ia adalah tempat di mana setiap pengunjung boleh menafsir makna kreativiti dengan cara mereka sendiri.
Pengurus Besar, adidas Malaysia
Ruang Seni dan Ekspresi Diri
Sebagai hab kreatif, Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid menampilkan hasil karya dua artis tempatan yang membawa sentuhan tersendiri kepada pengalaman berkunjung.
Kaiyi Wong dari Unreality Studio, atau lebih dikenali sebagai Unrealitykai, menampilkan karya digital futuristik di belakang kaunter bayaran aras LG. Karyanya mentafsir semula Logo Sukan adidas melalui kaca mata budaya Malaysia — simbol kemajuan, identiti dan masa depan.
Ads
Hasil seni oleh Unreality Studio
Sementara itu, karya AsmoeRoc, pelukis grafiti dan arkitek bertauliah, menghiasi dinding eskalator antara aras LG dan GF. Dengan gaya hip-hop dan warna garang yang menjadi identitinya, AsmoeRoc menggambarkan nadi kehidupan Kuala Lumpur yang bergerak seiring dengan semangat jalanan adidas.
Hasil seni oleh AsmoeRoc
Gabungan dua karya ini menjadikan pusat ini lebih daripada sekadar ruang niaga. Ia adalah pertembungan seni, budaya dan komuniti — di mana kreativiti diangkat sebagai pengalaman, bukan sekadar visual.
Pengalaman Imersif dan Tawatan Menarik
Pembukaan semula ini turut memperkenalkan beberapa zon interaktif untuk pengunjung meneroka kreativiti mereka di adidas Sunway Pyramid.
Antaranya, Zon Footwear Wall yang mempamerkan inovasi kasut terkini adidas; Zon Key City Tee yang meraikan semangat tempatan melalui rekaan eksklusif; dan Zon Motorsport Simulator, yang menawarkan pengalaman lumba interaktif dengan teknologi realistik.
Ads
Tidak ketinggalan, kaunter Made For You membolehkan pengguna menyesuaikan produk adidas mengikut cita rasa sendiri — dari warna hingga kemasan, menjadikan setiap ciptaan unik dan peribadi.
Selain itu, Zon adidas Originals menjadi nadi budaya kepada pusat ini dengan sentuhan industri moden dan logo Trefoil ikonik, manakala Training Section pula memberi tumpuan kepada prestasi dan disiplin diri.
Simbol Baharu Kreativiti dan Komuniti
Menurut kenyataan rasmi adidas, pembukaan semula adidas Sunway Pyramid bertujuan menjadikan Pusat Jenama ini sebagai tempat yang menghubungkan komuniti melalui kreativiti, sukan dan gaya hidup. Ia menjadi platform bagi rakyat Malaysia untuk meraikan keunikan diri, menolak sempadan dan menafsir makna ekspresi secara bebas.
Sebagai sambutan, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman eksklusif Dip Dye dengan setiap pembelian adizero EVO SL ketika kunjungan dari 10 hingga 12 Oktober 2025 lalu.
Dengan pembukaan semula adidas Sunway Pyramid, jenama ini sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sekadar tentang pakaian sukan — tetapi tentang budaya, komuniti, dan imaginasi tanpa batas. Di sinilah sukan bertemu seni, dan gaya menjadi ekspresi yang menginspirasikan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
6 CARA BUAT ANDA TIDAK AKAN MAHU MAKAN SELEPAS INI!
✓ Minum segelas air kosong
Jika kita terasa mahu makan lagi walaupun kita sudah pun mengambil makanan yang cukup, cuba minum segelas air kosong. Jika terasa nak makan lagi. Tambah segelas air kosong lagi. Apabila perut kita sudah penuh dengan air kosong kita tidak akan terasa nak makan lagi.
✓ Elakkan membawa makanan kegemaran
Elakkan beli dan bawa balik makanan ringan ke rumah. Selalunya nafsu makan kita tinggi bila berada di rumah. Seeloknya ganti makanan ringan dengan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
✓ Tipu minda anda
Tipu minda kita. Bayangkan kita hanya ketagih memakan makanan yang baik untuk kesihatan seperti roti berserat atau kacang.
✓ Makan Berkala
Makan lima ke enam kali sehari dalam kuantiti yang sederhana. Kita boleh membuat jadual pemakanan mengikut keperluan kalori kita untuk sehari. Elakkan makan ketika kita terlalu lapar. Bimbang kita akan makan terlalu banyak akibat terlalu lapar.
✓ Motivasi diri anda
Gunakan nota kecil. Tulis lah apa-apa yang boleh memotvasikan diri kita supaya tidak makan dengan banyak. Contohnya “Aku nak kurus…Aku nak jadi cantik…Aku tak kan makan terlalu banyak lagi”. Kemudian tampal di tempat yang kita selalu lihat seperti di cermin, peti sejuk atau dompet kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita terbaru membabitkan pasukan Arsenal berkaitan dengan Coronavirus atau COVID-19.
Hasil pemeriksaan dan ujian telah mendapati ketua jurulatih mereka, Mikel Arteta telah didapati positif COVID-19. Lantaran itu kelab dari Utara London tersebut telah mengambil langkah drastik dengan pemain serta kakitangannya melakukan kuarantin di rumah serta melakukan ujian lanjut.
Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta
Berikutan dengan itu, perlawanan Arsenal pada minggu ini menentang Brighton telah ditunda, sama seperti perlawanan menentang Manchester City pada Rabu lalu.
Dan terbaru, pemain bintang muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi juga telah didapati positif COVID-19. Seluruh pasukan Chelsea kini menjalani isolasi dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berwajib di United Kingdom.
Premier League telah mengumumkan bahawa kesemua perlawanan akan diteruskan namun dengan perkembangan terkini yang dilihat semakin serius ramai berpendapat ia bakal berubah.
Kesemua wakil kelab pada hari ini bakal mengadakan perjumpaan tergempar bersama pihak Premier League berkenaan apakah langkah yang harus diambil untuk menangani isu ini.
Rata-rata melihat mesyuarat ini akan mengumumkan bahawa English Premier League (EPL) bakal digantung sama seperti beberapa liga di negara Eropah yang lain seperti Seria A di Italy, Eredvisie di Belanda dan La Liga di Sepanyol. Manakala di Jerman dan Perancis, perlawanan liga dijalankan dengan stadium kosong tanpa penyokong.
Penyokong Napoli & Barcelona dilihat memakai topeng ketika perlawanan Liga Juara Eropah baru-barun ini.
Beberapa bekas pemain profesional yang merupakan pengulas sukan terkenal seperti Gary Lineker dan Gary Neville sangat lantang bersuara dan menyeru pihak berwajib Premier League menggantung liga buat sementara waktu demi keselamatan orang awam.
Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy juga sedang melakukan kuarantin diri selepas salah seorang ahli keluarga terdekatnya jatuh sakit dan disyaki positif.
Manakala tiga pemain Leicester City juga dilaporkan sedang menjalani ujian COVID-19 selepas dilaporkan menunjukkan simptom awal jangkitan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia hiburan tanah air kembali digemparkan dengan kisah sensasi apabila aktres jelita, Nora Danish, sekali lagi menjadi tumpuan selepas dikaitkan dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua. Segalanya bermula apabila Nora memuat naik foto seorang jejaka bercermin mata dan berkopiah di laman Instagram miliknya.
Siapakah Lelaki Misteri Itu?
Tidak menunggu lama, netizen mula membuat pencarian hingga mendakwa lelaki tersebut ialah seorang perunding kewangan bernama Mickey Ayo. Apa yang membuatkan orang ramai semakin yakin, Mickey juga memuat naik foto yang hampir sama di media sosialnya, malah Nora turut kelihatan meninggalkan tanda suka pada beberapa hantarannya.
Perkara ini segera mencetuskan spekulasi bahawa kedua-duanya kini sedang dalam fasa mengenali hati budi, walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Nora atau Mickey sendiri.
Netizen Serbu Akaun Mickey
Akibat rasa ingin tahu, akaun media sosial Mickey mula ‘diserbu’ netizen yang mahu mengetahui status sebenar hubungan tersebut. Ada yang mengucapkan tahniah, tidak kurang juga yang menasihati supaya mereka berdua lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi.
Dari sudut pandang lelaki, isu ini membawa mesej yang jelas status duda bukan lagi halangan untuk membina hubungan baharu, malah menjadi nilai tambah yang boleh dilihat sebagai tanda kematangan. Lelaki yang pernah melalui fasa rumah tangga lazimnya lebih berpengalaman dalam soal tanggungjawab, lebih realistik, dan lebih menghargai pasangan.
Ini bukti bahawa daya tarikan lelaki bukan sekadar pada rupa paras atau status sosial, tetapi pada sikap, kestabilan hidup, dan kejujuran dalam membina perhubungan.
Walaupun gosip ini masih belum disahkan, kisah Nora Danish dengan lelaki berstatus duda anak dua ini sudah cukup untuk menjadi topik hangat. Apa pun kenyataannya kelak, ia menjadi inspirasi kepada lelaki bahawa peluang kedua sentiasa wujud — asalkan anda matang, bertanggungjawab, dan tahu menghargai wanita dengan sebaiknya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.