Susulan status penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi tanda tanya, ahkhirnya pihak syarikat rakaman, FMC Music tampil memberikan kenyataan.
Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, Jamal memutuskan untuk menarik diri daripada membuat persembahan menerusi lagu Ku Cuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita di anugerah nyanyian tahunan itu.
Katanya, pihak FMC Music tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang dilakukan penyanyi senior berkenaan dan ia telah dipersetujui semua pihak.
“Dengan ini, kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal telah menarik diri dari menyertai AJL38 untuk tahun ini.
Ads
“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.
“Sebelum itu, Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun, saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Sehubungan itu, pihak FMC Music turut memaklumkan posisi tersebut akan digantikan penyanyi muda, Afieq Shazwan.
Ads
“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti untuk berduet bersama Wany Hasrita.
Ads
“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” katanya lagi.
Langkah pertama dan yang paling selamat untuk dehidrasi atau mengurangkan air dalam sistem badan anda dan menghadkan jumlah kandungan cecair ialah dengan mengurangkan karbohirat.
Setiap gram karbohidrat yang tersimpan di dalam badan anda turut membawa 2-3 gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat tersebut ber- makna kandungan air itu juga dapat disingkirkan.
Sebab itulah mereka yang memulakan diet rendah karbohidrat akan melihat berat badan mereka menurun secara mendadak pada permulaan diet tersebut.
Lakukan diet rendah karbohidrat dalam tiga atau empat hari untuk menyingkir kandungan air adalah satu strategi yang bijak dan berkesan.
Tapi ingat: apabila anda tingkatkan semula pengambilan karbohidrat, kandungan air badan akan bertambah semula.
Kurus elak nasi?
Kalau anda elak makan nasi atau sumber karbohidrat ala-ala diet Atkins, penurunan berat badan pada awalnya hasil daripada pembuangan air sebenarnya dan jika anda mengambil karbohidrat selepas itu berat akan naik semula dengan cepat. Hati-hati dalam memilih plan diet anda.
Kalau anda tidak cukup pengambilan cecair secara am, badan akan cuba meny- impan sebanyak mungkin untuk keselamatan anda. Jadi untuk membuang air berlebihan tersebut, tingkatkan pengambilan cecair. Banyak mana yang anda perlu minum?
Lihat kepada warna urine anda. Pastikan ia lebih jernih daripada kekuningan.
Sekarang anda sudah pun tahu bahawa garam menjadi penyumbang besar ke- pada masalah gemuk air dan juga hypertension. Maka untuk kurangkan kesan garam terhadap badan anda, kurangkanlah pengambilannya.
Apa, kurangkan air? Bukan tadi baru suruh minum air lebih?
Langkah seterusnya, anda perlu menghadkan pengambilan cecair/air. Langkah ini agak membahayakan dalam misi menyingkirkan air, maka anda mesti berhati-hati.
Anda tidak harus menghadkan pengambilan air dalam jangka panjang. Cukup untuk sehari dua sahaja anda kurangkan pengambilan air, supaya kelihatan lebih langsing.
Tapi hati-hati! Jika anda merancang untuk mengurangkan pengambilan air, pastikan anda kurangkan aktiviti fizikal, kerana risiko anda berasa pening dan pitam adalah tinggi.
Cara yang terakhir untuk mengawal gemuk air ialah dengan mengambil produk diuretik.Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pembuangan air kencing. Cara ini amat berkesan untuk memerah kandungan air dalam badan anda, tetapi ini bukan cara yang selamat untuk dipraktikkan.
Anda hanya boleh mempertimbangkan cara ini jika anda sudah berbincang dengan doktor anda dan akan menggunakannya dalam jangkamasa yang sangat pendek.
Selain itu, ini hanya dilakukan oleh mereka yang perlu benar-benar langsing, contohnya mereka yang bertanding dalam bina badan atau pertandingan-pertandingan sepertinya.
Kini anda sudah mengetahui perkara-perkara utama tentang teknik terperinci untuk mengurangkan gemuk air dan kelihatan selangsing mungkin. Lakukan sedikit demi sedikit dengan berhati-hati supaya keselamatan anda terjamin.
Potassium adalah musuh atau lawan kepada sodium (garam). Potassium penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlit-atlit kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan bendalir badan.
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
Hati-hati: Jangan terlalu banyak mengambil serat secara berlebihan yang penting adalah seimbang antara serat protein dan karbo.
Macam mana sudah dapat panduan atasi gemuk air anda?Jika panduan ini bermanfaat silakan share dengan sahabat yang lain moga mereka juga dapat atasi gemuk air.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu perkara yang cukup meresahkan ramai orang apabila balik kampung ialah keselamatan rumah. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 langkah keselamatan kediaman sebelum kita semua balik kampung.
Sebagai lelaki dan juga ketua keluarga amat penting untuk kita ambil langkah-langkah keselamatan yang mantap bagi melindungi rumah yang akan ditinggalkan.
Sebagai lelaki, kita sering dianggap sebagai pelindung dan penjaga, maka bertanggungjawablah untuk memastikan segala sesuatu aman sebelum kita memulakan perjalanan.
Berikut 5 langkah yang boleh anda lakukan!
Sebelum berangkat, langkah pertama ialah memeriksa dan memastikan semua titik masuk, termasuk pintu, tingkap, dan garaj, terkunci dengan kukuh.
Pertimbangkan untuk mengupgrade kunci anda kepada sistem kunci yang lebih canggih dan berkesan dalam mencegah usaha paksa masuk. Penggunaan bar pengaman tambahan untuk pintu belakang atau pintu gelongsor boleh menambah lapisan keselamatan yang penting.
Rumah yang terlalu sunyi dan gelap merupakan target yang menarik untuk pencuri. Gunakan timer untuk lampu di dalam rumah yang boleh diatur supaya menyala dan mati secara otomatis, meniru aktiviti sehari-hari di rumah.
Ini adalah cara strategik untuk mengelirukan mereka yang mungkin mempunyai niat tidak baik, membuat rumah kelihatan didiami walaupun anda beribu kilometer jauhnya.
Tumpukan surat atau bungkusan yang terbiar boleh menjadi isyarat bahawa pemilik tidak berada di rumah.
Selesaikan masalah ini dengan mengatur penangguhan sementara penghantaran surat atau mendapatkan bantuan tetangga untuk mengosongkan kotak surat anda secara berkala. Alternatif lain, pertimbangkan penggunaan kotak surat yang boleh dikunci untuk mengelakkan surat berharga anda terdedah.
Beritahu seorang atau dua jiran yang anda percayai tentang perjalanan anda. Mereka bisa menjadi mata dan telinga anda, memberikan lapisan tambahan pengawasan semasa anda jauh. Dalam beberapa keadaan, pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan pengawasan profesional yang boleh melakukan pemeriksaan berkala ke atas rumah anda.
Buatlah sedikitpelaburan untuk memasang sistem pengawasan keselamatan, seperti kamera CCTV dan penggera.
Ini bukan sahaja menghalang pencuri tetapi juga membolehkan anda untuk memantau situasi rumah secara langsung dari peranti pintar anda. Dengan adanya sistem ini, anda bukan hanya melindungi hartanah tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kepada anda sendiri.
Bersempena Raya kali ini, ambillah langkah proaktif untuk memastikan keselamatan kediaman anda sebelum berangkat ‘balik kampung’.
Dengan mengikuti lima strategi ini, anda boleh berangkat dengan hati yang lebih tenang, mengetahui anda telah meninggalkan ‘benteng’ anda dalam keadaan seaman mungkin. Selamat ‘balik kampung’ dan nikmati masa berkualiti bersama keluarga tanpa perlu risau tentang keselamatan rumah anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Watak legenda yang pernah menghiasi kaca televisyen kini dihidupkan kembali dalam sebuah adaptasi moden, dan wajah di sebalik topeng itu adalah dirinya.
Bagi Nas-T, ini bukan sekadar satu projek filem. Ia adalah sebuah perjalanan yang luar biasa dalam dunia lakonan iaitu menjadi simbol keberanian.
“Sampai sekarang saya masih lagi tak percaya bila saya duduk memikirkan balik – oh, sayalah Keluang Man”, katanya.
Menjadi Keluang Man bukan sekadar memakai topeng dan menyampaikan dialog.
Ia datang bersama satu tanggungjawab besar membawakan watak ikonik yang sudah sebati dalam ingatan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang membesar dengan animasi Keluang Man pada tahun 90-an dan awal 2000-an.
“Saya tahu tanggungjawab menjadi seorang adiwira, ikon negara ini, memang sangat berat”, ujar beliau.
Watak ini bukan fiksyen semata-mata. Ia adalah refleksi kepada semangat rakyat biasa yang berani, yang tidak mementingkan nama, tetapi berjuang demi kebaikan.
Dan kerana itu, Nas-T berasa amat terhormat dapat menggalas peranan ini.
Jika dilihat di layar perak, sut Keluang Man tampak gah dan penuh aura.
Namun di sebalik visual itu, realitinya amat mencabar. Nas-T mendedahkan bahawa sut tersebut mempunyai berat tersendiri dan dipakai bersama beberapa lapisan lain termasuk legging, jaket dan peralatan teknikal seperti mikrofon tersembunyi.
“Sebab suit itu ada weight-nya sendiri. Bukan setakat memakai suit itu saja. Dalam itu ada macam-macam lagi ada legging, jaket, mic”, katanya ketika ditemubual ketika program Keluang Man X Fun Run Wonda pada pagi Ahad yang lepas.
Semua ini harus dipakai dalam tempoh panjang, malah ketika menjalani babak aksi dan pergaduhan, membuatkan keletihan itu terasa berganda.
Ia menuntut stamina, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.
Menariknya, babak-babak aksi yang kelihatan hanya beberapa minit di skrin sebenarnya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari untuk dilatih dan dirakam.
Nas-T turut berkongsi bagaimana dia dan rakan pelakon lain yang bertungkus-lumus menyempurnakan babak koreografi pergaduhan.
“Ia amat memenatkan, terutamanya bila kita ada pergaduhan panjang”, katanya.
Namun demi memberi yang terbaik untuk peminat, mereka tetap berikan 100% dalam setiap babak, tidak kira sesukar mana sekalipun.
Buat Nas-T penglibatannya dalam filem ini bukan semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi, tetapi lebih besar daripada itu sebagai penghormatan buat peminat Keluang Man dan warisan pop budaya negara.
Dia berharap hasil usaha dirinya dan seluruh produksi dapat meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi nafas baharu kepada watak yang cukup istimewa dalam sejarah hiburan tempatan.
Filem Keluang Man bakal menemui peminat di pawagam mulai 29 Mei ini jangan lepaskan peluang untuk saksikan adiwira lagenda ini dihidupkan semula dengan penuh aksi, emosi dan semangat baharu!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.