
Apabila membicarakan mengenai penjagaan tubuh badan yang ideal, masih ramai yang beranggapan ianya bertujuan untuk menjaga penampilan semata-mata.
Bagaimanapun, pelakon Amir Ahnaf mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai perkara tersebut.
“Kebanyakan daripada kita selalu fikir yang badan cantik seronok nak tunjuk dekat orang. Apa kata kita tukar pemikiran kita kepada kalau badan cantik, otak cantik?”
Kecergasan tubuh badan akan mempengaruhi kecerdasan otak, seterusnya meningkatkan tahap keyakinan seseorang, demikian ulas Amir ketika ditemui MASKULIN.
@maskulinmyApa agaknya aktiviti kecergasan yang diamalkan oleh pelakon yang terkenal dengan watak Kahar dalam siri “Project: High Council” ini? #amirahnaf #fitness #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Tiada Niat Bina Badan Dalam Masa Terdekat
Ditanya mengenai sama ada mempunyai perancangan membina badan dalam masa terdekat, pemegang watak Kahar dalam siri Project: High Council ini berkata dia sudah selesa dengan bentuk tubuhnya sekarang.
“InsyaAllah suatu saat mungkin akan pergi gym lah. Tetapi untuk masa sekarang, saya banyak fokus kepada Latihan MMA (Mixed Martial Arts),” jelasnya.
Aktiviti kecergasan Amir menumpukan pada latihan muay thai dan bertinju, namun kini sudah melibatkan kickboxing dan judo.
Amir akan berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu sejak tamat penglibatanya dalam siri Project: High Council tahun lalu.
BACA: “Jangan Sia-Siakan Zaman Sekolah”, Pesan Hazama Kesal Tidak Tumpu Pelajaran Dahulu
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman Plyometrik, Rutin Kecergasan Melibatkan Pelbagai Pergerakan Otot!

Tidak dinafikan, banyak senaman direka demi kesihatan kita. Hampir semuanya bantu tingkatkan kecergasan. Ia juga bagus untuk fizikal dan mental anda. Pernahkah anda dengar plyometrik?
Senaman ini sangat menarik. Ia sejenis aktiviti aerobik yang unik. Plyometrik tingkatkan kelajuan dan ketahanan anda. Ia juga membina kekuatan badan. Senaman ini latih otot bergerak maksimum. Semuanya dalam masa yang singkat.
Plyometrik turut dikenali sebagai senaman lompatan. Ia pilihan utama mereka yang inginkan kecergasan tahap tertinggi.
Jadi, bagi anda yang sudah aktif bersenam, inilah cabaran yang harus dicuba!
Kelebihan senaman plyometrik
1. Menghasilkan pembakaran tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Aktiviti ini melibatkan pelbagai pergerakan dan otot, oleh itu tenaga yang banyak digunakan.
2. Melakukan senaman ini dalam pengulangan yang banyak (muscular endurance) dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar lebih banyak kalori.
3. Aktiviti seperti power push up and throw ball menghasilkan stres pada otot dan tulang, ia meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. Meningkatkan kekuatan dan membentuk otot.
Plyometric push-ups
- Mulakan dengan badan dalam kedudukan tekan tubi.
- Menggerakkan badan sehingga bola berada di kedudukan hadapan dada sambil meluruskan tangan.
- Menggerakkan badan ke arah yang berlainan dengan kedudukan permulaan.
Plyometric jackknife
- Badan di dalam keadaan tekan tubi dengan bola diletakan di bahagian kaki.
- Mengangkatkan pinggang/punggung setinggi yang anda mampu dengan tangan dan kaki dikekalkan kelurusannya.
- Kembali ke posisi tekan tubi semula dengan tangan dibengkokkan.

Squat, passing ball & push-ups
- Bermula dengan badan dalam keadaan squat sambil bola dipegang di bahagian dada.
- Meluruskan kaki sambil melontarkan bola ke hadapan.
- Dengan serta merta bergerak ke posisi tekan tubi selepas melakukan lontaran.
Single hand ball throw
- Berdiri dengan kaki dibengkokkan sedikit sambil satu tangan memegang bola.
- Melontarkan bola dengan menggunakan momentum tubuh badan.
Buat anda yang inginkan cabaran lebih hebat dalam melakukan senaman, inilah rutin yang harus anda cuba!
BACA: Wanita Lebih Mudah Jatuh Cinta Kepada Lelaki Tegas Secara Tidak Sedar
Kesimpulannya, plyometrik bukan sekadar senaman lompatan. Ia pelaburan terbaik untuk kecergasan anda secara menyeluruh.
Gabungkan ia dalam rutin anda, dan saksikan transformasi pada kekuatan serta stamina diri. Jadi, usah berlengah lagi, sahutlah cabaran ini sekarang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melakukan Aktiviti Berbasikal Cara Selamat & Beradab, Barulah Tak Dikecam Masyarakat

Tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahu ini aktiviti berbasikal menjadi semakin popular. Jika anda lihat sebelum pandemik COVID-19 bermula, jumlah jumlah penunggang basikal yang semakin ramai dapat dilihat di atas jalan raya.
Antara menjadi faktor populariti ini ialah penglibatan artis dan selebriti laman media sosial yang turut sama aktif berbasikal.
Namun sudah kerap kita dengar orang tidak selesa dan merasakan jengkel dengan sikap beberapa kerat penunggang basikal yang kadang-kadang tidak mematuhi jalan raya. Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada aktiviti yang cukup menyihatkan ini.
Jadi untuk elak perkara tersebut MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berbasikal dengan selamat demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya.
SENTIASA PATUHI PERATURAN JALAN RAYA
Tidak semestinya kenderaan anda tidak berenjin maka tidak perlu patuh undang-undang jalan raya. Sepanjang berbasikal di atas jalan raya ingatlah untuk sentiasa patuhi peraturan jalan raya. Patuhi undang-undang agar aktiviti anda lebih selamat dan menyeronokkan.
ELAK GUNA FON TELINGA
Menggunakan fon telinga kini bagaikan sudah menjadi trend wajib bagi penggiat aktviti senaman. Ini termasuklah di lalangan penunggang basikal. Namun sedarkah anda bahawa menggunakan fon telinga boleh menyebabkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling?
Penggunaan fon telinga mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi ketikan mengayuh basikal di atas jalan raya.

USAH MEMOTONG DARI BAHAGIAN KIRI
Demi keselematan anda, elakkan memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor dengan menggunakan bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
BERSEDIA UNTUK BREK
Malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya kita boleh sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua senario. Pertama sekali pastikan basikal mempunyai brek di bahagian hadapan dan belakang. Paling penting pastikan ia berfungsi dengan baik. Ketika berbasikal di atas jalan raya, pastikan tangan anda sentiasa bersedia pada brek agar anda boleh hadapai keadaan brek mengejut.

PAKAI PAKAIAN SESUAI
Faktor pakaian juga amat penting bagi memastikan keselamatan dan juga kelancaran anda semasa mengayuh. Usah risau dengan harga kerana terdapat banyak pilihan yang berpatutan di pasaran. Baju yang sesuai memastikan kayuhan lebih relaks dan selamat. Pilih juga pakaian yang berwarna cerah akan anda mudah kelihatan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.
LAMPU BASIKAL
Menunggang di waktu malam juga sangat popular sekarang. Namun ramai tidak sedar menunggang di waktu malam risikonya lebih tinggi. Oleh itu lengkapkanlah basikal anda dengan lampu yang sesuai. Selai lampu hadapan untuk visual lebih terang pastikan lampu di bahagian belakang juga turut tersedia.
Semoga tip berbasikal yang kami kongsi boleh memberikan pengalaman yang lebih selamat buat anda. Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah Dengkur, Ini Fakta Mengapa Ia Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Tanpa Mengira Saiz & Jantina

Percaya atau tidak telah dilaporkan terdapat banyak kes perceraian dan perpisahan antara pasangan berlaku kerana masalah dengkur!
Jadi adakah anda ingin biarkan perkara ini menghantui hidup hingga menjejaskan hubungan anda dengan pasangan dan ahli keluarga lain.
Terlebih dahulu anda harus faham apa itu dengkur.
Dengkur yang disertai dengan nafas yang tersekat-sekat sepanjang malam dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung.
Disebabkan individu itu mungkin mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.
Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.
APA ITU OSA?

Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap Obstructive Sleep Apnea (OSA) tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat. Penghidapnya juga kerap sakit kepala akibat keadaan tidak cukup oksigen itu.

BACA: Selain Sukarkan Bernafas, Elak 6 Makanan Ini Kalau Tak Nak Susah Tidur Malam
PEYUMBANG & FAKTOR PENYEBAB
Dengkur boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tapi dalam banyak kes keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang OSA. Namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.

Ramai kalangan penghidap OSA adalah obese yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.
Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.
PERLU RAWATAN

Jika OSA tidak dirawat, jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.
Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung.
Simptom OSA
- Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)
- Berdengkur dengan kuat
- Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur
- Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas
- Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak
- Sakit kepala pada waktu pagi
- Sukar untuk tidur (insomnia)
- Sukar memberi perhatian
PERLU PEMERIKSAAN LANJUT

Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.
Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

