Selain singkirkan toksin, air detoks juga bagus untuk mencantikkan kulit, membakar lemak dengan cepat dan menjadikan perut flat. Jadi sebelum anda nak diet, sebaiknya buat air detoks dahulu untuk membuang segala toksin yang ada dalam badan sekali gus memudahkan penurunan berat badan.
Nak minum air kosong begitu sahaja, pasti membosankan. Jadi jom buat air detoks sebagaimana yang dikongsikan oleh laman Facebook Deina Slimax Juice – Info Cara Kurus ini. Menggunakan buah-buahan segar, pasti selepas ini anda akan lebih bersemangat untuk menghabiskan lapan gelas air sehari.
Anda semua pernah dengar tak mengenai Detox Water ataupun Infused Water? Detox Water adalah campuran air kosong ataupun ais bersama buah-buahan segar, sahaja, tanpa ada sebarang perasa tambahan. Ianya sangat sedap dengan rasa buah-buahan yang segar di samping dapat membuang toksin di dalam badan anda.
Hari ni, kami ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan Detox Water dan juga cara membuatnya. Sangat mudah, perlu ada buah-buahan, air dan ais!
Jom baca ni!
1. Air Lemon dan Pudina
Apa yang anda perlu lakukan adalah bersihkan daun pudina dan letakkan di dasar botol atau jag air anda. Potong limau menjadi kepingan nipis. Isi dengan air dan ais dan tinggalkan ia dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian sedia untuk diminum!
KEBAIKAN: Sangat menyegarkan dan bagus untuk pembakaran lemok!
2. Air Tembikai
Hanya potongkan buah tembikai menjadi kepingan kecil dan tambah sedikit daun pudina dan ketulan ais. Siap!
Ads
KEBAIKAN: Minum air tembikai adalah salah satu proses detoksifikasi terboek!
Potong setengah halia menjadi kepingan nipis dan kecil, kemudian isikan dengan air dan perahan jus lemon ke dalam jag air anda.
KEBAIKAN: Mempunyai selesema? Jangan bimbang. Air halia sangat efektif dan mampu mengubati selesema anda!
6. Air Grapefruit (Limau Gedang)
Potong grapefruit, tambahkan ais dan daun pudina mengikut kesukaan anda.
KEBAIKAN: Membantu mengurangkan lemak dalam badan anda. Ia kaya dengan vitamin C dan adalah minuman detox yang sangat baik.
Ads
7. Air Limau
Potong buah limau menjadi kepingan nipis, tambahkan ais dan juga air ke dalam bekas air anda. Boleh juga tambahkan daun pudina jika anda suka!
KEBAIKAN: Penyegaran yang menakjubkan! Anda tidak perlu bimbang tentang cuaca panas jika anda membawa sebotol air limau dengan anda! Buah ini datang dengan banyak kelebihan dan salah satu yang paling utama adalah ia dapat membersihkan semua toksin dalam badan anda.
8. Air Beri
Adakah anda ingin menarik perhatian rakan-rakan anda dengan melayani mereka dengan minuman luar biasa dan segar? Anda juga boleh bersama-sama menikmati manfaat sihat yang datang bersama minuman tersebut. Letakkan buah beri, tambahkan ais dan air. Siap!
KEBAIKAN: Buah beri mengandungi paras antioksidan yang tinggi. Ianya juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kullit anda sihat berseri!
9. Air Oren
Jika anda terlalu malas untuk memerah limau di pagi hari, di sini adalah pilihan yang lebih baik. Potong buah oren menjadi kepingan dan letakkan di dalam botol. Sekarang anda sudah bersedia untuk pergi ke kerja!
KEBAIKAN: Kaya dengan vitamin C yang bagus untuk badan anda. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan.
10. Air Cocktail
Di sini anda mempunyai semua kebebasan. Anda boleh campurkan semua buah-buahan yang anda suka dan nikmati kemewahan rasanya. Tapi, tolong jangan letak pisang, ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk mejaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda seselum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN yakin ramai di antara anda kenal dengan watak Pac-Man yang pernah popular pada era awal permainan video pada suatu ketika dahulu.
Anda masih ingat bukan akan karakter berbentuk bulat dan berwarna kuning yang kerjanya memakan ‘dot’ dan cukup fobia kepada hantu.
Okay sedikit throwback. Watak Pac-Man ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1980 di negara matahari terbit, Jepun. Dan karakter ini pada awalnya diberi nama ‘Puckman’ dan ia terinspirsari daripada bentuk bulat piza.
Kepada anda yang mungkin kini sudah berusia 30 tahun ke atas pastinya cukup kenal dengan permainan video yang menjadi antara pencetus revolusi industri ini ke tahap populariti seperti sekarang.
Kini Pac-Man muncul sebagai antara permainan video paling penting dalam sejarah yang kini dikenali sebagai retrogaming.
KOLEKSI EDISI TERHAD
1 Million pula merupakan antara siri minyak wangi lelaki yang paling popular dikeluarkan oleh Paco Rabanne. Ia mengambil isnpirasi era industri 1 MILLION yang muncul dalam bentuk jongkong emas. Ia kini dianggap sebagai antara minyak wangi paling ikonik di pasaran.
Jadi apa kaitannya dengan jenama minyak wangi Paco Rabanne 1 Million dengan Pac-Man?
Kolaborasi istimewa ini menyaksikan Paco Rabane memperkenalkan ‘MILLION PAC-MAN: COLLECTOR EDITIONS’. Selain minyak wangi lelaki, 1 MILLION koleksi untuk wanita iaitu Lady Million turut diperkenalkan sama.
Apa yang menarik koleksi edisi terhad pengumpul istimewa ini didatangi dengan botol serta bungkusan berbeza daripada 1 MILLION yang biasa. Lebih hebat lagi setiap belian minyak wangi ini melayakkan anda untuk bermain permainan video MILLION x PAC-MAN.
Di pek bungkusan minyak wanginya terdapar QR code yang membolehkan anda untuk mengimbas lalu bermain permainan video ini. MASKULIN difahamkan juga sesiapa yang mencatatkan jumlah mata tertinggi akan memenangi hadiah untuk diterbangkan ke Jepun!
Setiap markah yang diperolehi akan tersimpan dan carta tertinggi boleh disemak di laman sesawang miillionpacman.pacorabane.com
Koleksi edisi terhada 1 Million Pac-Man Collector EDT kini boleh dapati dipasaran dengan harga RM350 manakala Lady Million Pac-man Collector EDP, RM425.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut yang tumbuh subur adalah impian semua orang, rambut bukan sahaja mahkota perempuan, malah bagi sesetengah lelaki ia juga sebenarnya lambing kesuburan lelaki.
Pasti anda inginkan rambut yang tumbuh dengan sihat bukan? Begini caranya untuk lebatkan rambut dengan mengunakan air rebusan daun Jambu Batu;
Bahan-bahan:
Ambil 1 gengam daun Jambu Batu yang masih segar
1 liter air
Botol jenis spray yang telah dibersihkan.
.
Cara-caranya:
Rebus daun Jambu Batu dengan menggunakan air bersih selama 20 minit.
Tunggu sehingga sejuk, kemudian masukan air ke dalam botol.
Ketika mandi, keramas rambut dengan syampo seperti biasa lalu bilas dengan air bersih.
Apabila rambut dalam keadaan setengah kering, semburkan air daun Jambu Batu ke rambut dan kulit kepala.
Diamkan selama dua jam kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk dan bersih.
.
.
.
Sumber: Doctor_Online.id
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.