Bila usia sudah semakin meningkat gigi pun semakin jarak kedudukannya. Makanan yang tersekat di antara celah gigi sememangnya antara perkara yang cukup menjengkelkan.
Selagi ia masih melekat selagi itulah mulut kita tidak akan rasa selesa. Namun siapa sangka akibat perbuatan mencungkil gigi membuang bertih jagung terlekat di celah gigi hampir mengakibatkan seorang lelaki berdepan maut.
Seorang lelaki dikenali dengan nama Adam martin terpaksa menjalani pembedahan selama tujuh jam selepas mendapat jangkitan kuman dalam darah yang serius.
Perkara ini berlaku kerana jangkitan dalam darah selepas dia mencungkil gigi membuang bertih jagung dari celah giginya.
Ads
Bertuga sebagai seorang bomba, Adam dijangkiti endocartiditis, sejenis jangkitan memberbahaya dan boleh mengancam nyawa. Ia disebabkan oleh sejenis kuman yang terdapat pada bahagian badan seperti mulut dan ia mengalir ke dalam saluran darah seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan jantung.
Selepas diwadkan Adam berfikir panjang memikirkan apakah yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah itu berlaku. Dan saaatu-satu perkara yang dia ingat ialah kejadian dia mencungkil gigi yang telah tiga hari melekat.
Ads
Jelas Adam selepas berjaya membuangnya dia mula berasa sakit gigi namun tidak terus berjumpa doktor gigi. Namun seminggu kemudian dia diserang demam pada waktu malan, sakit kepala dan keletihan.
Ads
Selepas bertemu dengan doktor dia berasa cukup lega selepas doktor mengatakan jika terlambat dia boleh berdepan maut dalam tempoh tiga hari.
Kejadian maut akibat jangkitan seperti ini berlaku apabila bacaab melebihi 350. Nasib Adam cukup baik kerana ketika mendapatkan rawatan bacaannya sudah mencecah 340.
Jadi buat anda yang suka sangat cungkil gigi, berhati-hatilah ya. Usah menyesal di kemudian hari pula!
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
Selagi anda tidak makan kentang dengan mentega, sour cream dan keju, pengambilan kentang tidak akan menambah berat badan. Gunakan topping seperti herba segar, rempah, dan memerah sedikit limau yang mana cara ini mampu menipu deria rasa anda dengan berfikiran anda hanya makan garam (rasa masam dan garam bersama di atas lidah).
Pilihan lain adalah untuk memanggang kentang anda atas kuali dengan herba segar dan rempah tanpa garam di mana makanan ini akan memberi satu rasa yang enak.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!
6) Buah Beri
Buah beri juga merupakan sumber kalium, Vitamin C, dan banyak mineral lain. Kandungan serat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol tinggi, diabetes, dan penyakit jantung apabila dimakan mengikut diet yang sihat.
Ia juga merupakan sumber antioksidan yang hebat yang membantu badan berehat dan meningkatkan aliran darah. Hasilnya, ia boleh membantu membuang toksin berbahaya dari badan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat (seperti terlalu banyak lemak atau kolesterol) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.
Khasiat lain adalah ia hebat untuk menguruskan berat badan anda dan membantu supaya gula dalam darah anda tidak akan naik mendadak. Nikmati raspberi, beri biru, beri hitam, cranberry, dan strawberi yang segar atau beku bila-bila masa; sekurang-kurangnya 1 cawan ke dalam makanan harian anda atau jadikan makanan ringan untuk manfaat optimum.
7) Brokoli
Sayuran yang ramai orang tidak suka ini merupakan salah satu yang terbaik untuk jantung. Brokoli penuh dengan nutrien yang meningkatkan aliran darah seperti potassium, Vitamin C, Vitamin B6, dan ia juga adalah satu sumber serat.
Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.
Untuk mendapatkan manfaat yang paling bagus dari brokoli, anda perlu makan mentah atau kukus. Brokoli akan didih keluar nutrien yang terkandung di dalamnya ke dalam air.
Jika anda memasak brokoli pada suhu yang tinggi, seperti memasak sup di mana anda mengambil air rebusannya untuk dimakan, anda boleh bebas memasak seperti yang anda mahu.
Sumber : diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda berasa letih atau cepat penat, apa kata anda cuba bangun awal pagi. Melaksanakan rutin ini bukanlah suatu perkara mudah memandangkan tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 7 hingga 8 tidur untuk kesihatan lebih sempurna. Jadi anda perlu ke kamar tidur lebih awal iaitu pada jam 10 malam atau pun selewat-lewatnya jam 11 malam.
Berikut kelebihan bangun awal pagi;
-Kecergasan mental dan fizikal anda terjamin.
-Badan akan berasa lebih segar dan cergas.
-Dapat menguruskan masa dengan lebih baik kerana sumber penggiat minda lebih terbuka dan membolehkan anda berfikir serta merancang dengan lebih baik.
-Menjadi kunci kejayaan kepada mereka yang berjaya sehingga ke hari ini.
Positif di tempat kerja Jika anda berasa bosan di tempat kerja dan merasakan aura negatif di pejabat, segeralah mengubah cara hidup anda. Apabila berasa bosan, kemungkinan anda mudah mengalami sakit badan dan tulang belakang. Keadaan dan kesihatan diri akan terjejas jika ia berterusan selama lebih enam bulan.
Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan melakukan senaman ringan di kerusi pejabat anda serta menceriakan diri dengan berkelakuan positif. Mutu dan hasil kerja anda akan bertambah baik, sekali gus tahap kesihatan diri juga menjadi lebih baik.
Bahaya amalan mengorek telinga Kebiasaannya anda mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas atau pun pin rambut berwarna hitam, betul? Hentikan segera amalan ini kerana ia membahayakan telinga. Para doktor juga tidak menggalakkan anda memasukkan apa-apa objek ke dalam lubang telinga.
Sekiranya anda memasukkan objek ke dalam telinga anda, risiko menyebabkan terjadinya masalah pendengaran adalah tinggi. Cara terbaik untuk membersihkan telinga anda adalah dengan menggunakan tuala lembap.
Tip terbaik menjaga hati Sebagai organ terbesar di dalam tubuh badan manusia, hati mempunyai lebih daripada 500 fungsi utama untuk hampir keseluruhan sistem badan. Kerosakan hati boleh membawa maut kepada anda.
Jagalah kesihatan hati anda dengan mengurangkan pengambilan makanan segera dan daging proses, jauhi pengambilan alkohol dan banyakkan makan sayuran segar serta buah-buahan. Pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan dapat mengelakkan daripada menghidap kanser hati.
Hati-hati sekiranya anda penggemar minum air teh panas kerana ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Jadi sebelum anda ingin minum teh panas, pastikan ia disejukkan terlebih dahulu.
Ini kerana menurut kajian, minum teh yang terlalu panas setiap hari boleh meningkatkan risiko anda diserang kanser esofagus.
Sebelum menjejaskan kesihatan dan berlaku perkara yang tidak diingini adalah lebih baik anda mengelak daripada minum air teh yang terlampau panas. Biarlah ia sejuk sedikit sebelum minum.