Begitulah lumrah kalau menjadi seorang ‘scalpers’ terpaksa menanggung risiko yang besar. Mungkin kerana terlalu percaya akan barang yang diborong dapat dijual semula pada harga lebih tinggi membuatkan mereka berani.
Namun malangnya jika perkara sebaliknya berlaku mereka terpaksa menepuk dahi jika barang yang didapati mereka tidak laku dan permintaannya jauh lebih rendah berbanding jangkaan.
Itulah yang berlaku kepada segolongan ‘scalpers’ di negara China yang bergelut untuk menjual iPhone 14 yang baru dikeluarkan beberapa minggu lalu. Memetik laporan dari Oddity Central, scalpers kini terpaksa menjual iPhone 14 pada harga jauh lebih murah di jalanan kerana tidak menyangka pemintaannya lebih rendah.
iPhone 14
Beberapa foto menampilkan mereka bersama iPhone 14 yang dijual di jalanan berlegar di laman media sosial. Ia satu pemandangan yang cukup menghairankan terutamanya bagi golongan scalpers kerana kebiasaannya permintaan iPhone terbaru adalah sangat tinggi.
Ads
Menurut pandangan beberapa pemerhati pasaran peranti lanskap pasaran iPhone kini agak berbeza berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, ramai tidak menyangka Apple mampu memenuhi tempahan dalam masa yang singkat.
Ads
Dalam erti kata lain pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan iPhone 14. Berbeza dengan dahulu di mana ramai pelanggan terpaksa menunggu lebih lama. Selain itu, keadaan ekonomi semasa juga membuatkan ramai pengguna lebih berwaspada dalam berbelanja.
Ads
Dan akhirnya sekali mereka juga berpendapat pasaran peranti kini jauh lebih kompetitif dari sebelumnya. Jadi mahu atau tidak golongan scalpers ini terpaksa menjual iPhone 14 yang dibeli awal oleh mereka pada harga lebih rendah untuk sekurang-kurangnya mendapatkan semula sejumlah wang mereka.
Buat anda yang ingin jadi scalpers atau reseller, bolehlah jadikan kejadian ini sebagai pengajaran ya. Iyalah, sejak seminggu dua ini di laman media sosial juga heboh membicarakan tentang golongan ini.
Kredit: Oddity Central
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama ‘HERO REMAJA’ sememangnya cukup sinonim terutamanya dalam industri seni tanah air dengan menjadi salah sebuah platform cukup dipercayai mengetengahkan bakat-bakat baharu.
Edisi terbaru yang merupakan edisi kesebelas telah pun melabuhkan tirainya pada 6 November 2021 yang lalu dengan menyaksikan pemuda berusia 23 tahun, Mierul Aiman telah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021.
Turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, On Demand dan aplikasi Astro Go, finale ini dibawakan selama satu jam setengah dengan menyaksikan empat orang finalis berentap di pentas akhir.
Empat finalis untuk malam finale tersebut ialah Mierul Aiman, Aqil Taqee, Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon. Setiap peserta finale memberikan saingan cukup sengit menerusi tiga cabaran utama.
Pada malam tersebut, mereka telah dihakimi oleh dua orang juri tetap program Hero Remaja iaitu Datuk Rosyam Nor dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tanpa kehadiran juri jemputan.
Cabaran pertama menyaksikan mereka perlu menyahut cabaran sebagai pengacaraan solo secara langsung. Setiap finalis perlu menyampaikan poin berkaitan empat buah filem arahan Allahyarham Mamat Khalid yang diminati penonton tempatan selama dua minit yang diberikan.
Antara filem yang dipilih ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah (Afiq), 17 Puasa (Fazziq), Rock Oo (Aqil) dan Zombie Kampung Pisang (Mierul). Memasuki pusingan kedua, satu kelainan baharu disuntik oleh pihak penganjur dan produksi di pentas finale Hero Remaja menerusi cabaran sketsa lakonan untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran.
Mereka diberikan masa selama empat minit bagi menyampaikan persembahan sketsa mengikut idea, skrip dan memilih pelakon iringan sendiri pada malam tersebut. Di sinilah momen di mana masing-masing menunjukkan kelebihan bakat mereka sebagai anak seni di samping pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Ruminah Sidek (Fazziq), Wan Maimunah (Mierul), Johan As’ari (Aqil) dan Wani Kayrie (Afiq).
Segmen ketiga dan terakhir menyaksikan finalis berdepan sesi soal jawab (Q&A) bersama juri tetap. Masing-masing mendapat topik mutakhir yang menjadi bualan ramai seperti mengenai golongan antivaksin (Aqil), jenaka rogol dalam kalangan rakan (Fazziq), musuh utama dunia (Mierul) dan juga sama ada remaja wajar lantang bersuara atau mendengar dengan teliti (Afiq).
Ternyata setelah mereka diadili dalam tiga segmen tersebut, Mierul Aiman mendahului lain-lain peserta dengan persembahan yang cukup menyakinkan juri serta penonton. Mierul dinobatkan sebagai juara oleh Datuk Rosyam Nor, manakala kedudukan finalis lain adalah seperti berikut; Naib Juara, Aqil Taqee; Pemenang Tempat Ketiga, Fazziq Muqris dan Pemenang Tempat Keempat, Afiq Hamidon.
Dua lagi kategori yang turut disampaikan pada malam tersebut menjadi milik Aqil Taqee bagi kategori Hero Inspirasi dan Syazani Zainal bagi kategori Hero Favourite hasil undian peminat di laman web rasmi Majalah Remaja sepanjang percarian berlangsung.
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat Hero Remaja 2021 telah dianjurkan pada Disember 2020 secara atas talian seiring dengan norma baharu yang ditetapkan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.
12 orang finalis terpilih kemudian diperkenalkan menerusi siri Prelude Hero Remaja 2021 sebanyak lapan episod di saluran Astro Ria, On Demand dan di aplikasi Astro Go sejak 13 Julai lalu.
Ia diikuti oleh tayangan program Hero Remaja 2021 sebanyak lapan buah episod bermula 11 September 2021. Sepanjang lebih empat bulan itu, 12 orang finalis menyaksikan pebagai cabaran utama yang perlu diharungi bagi mencungkil potensi mereka sebelum menyertai industri seni selepas ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Ia juga meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men menerusi beberapa episod yang ditayangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zaman sekarang, bila kita cakap pasal “lelaki”, ramai yang masih tersangkut pada imej lama iaitu garang, tak buat kerja rumah, tak boleh kalah.
Tapi sebenarnya, kelakian yang sebenar jauh lebih dalam. Salah satu tanda paling jelas cara kita buat keputusan dalam rumah tangga.
Dalam banyak budaya, lelaki sering digambarkan sebagai ‘head of the family’ iaitu suara terakhir, pengarah utama, bos dalam rumah.
Tapi dalam dunia hari ini, peranan tu tak lagi tentang siapa paling kuat suara, tapi siapa paling matang emosi dan boleh fikir panjang.
Jadi pemimpin bukan bermaksud jadi diktator. Sebaliknya, ia tentang jadi individu yang tenang ketika yang lain panik, yang boleh dengar semua suara dan bila tiba masa buat keputusan, dia lakukannya dengan tanggungjawab, bukan ego.
Contohnya dalam hal besar seperti kewangan, pendidikan anak-anak, atau soal berpindah rumah lelaki sepatutnya ambil langkah pertama untuk buka topik dan mula perbincangan.
Tapi dalam masa yang sama, kita kena tahu, kelakian tak runtuh bila kita dengar pandangan isteri.
Malah, bila kita timbang semua sudut, ambil masa untuk faham, dan buat keputusan yang inklusif itulah kelakian baru yang lebih relevan untuk dunia hari ini.
Apa yang kita buat, bukan saja beri kesan pada pasangan, tapi anak-anak juga.
Anak lelaki belajar jadi lelaki dari kita. Anak perempuan pula belajar bagaimana lelaki sepatutnya melayan wanita.
Kalau kita asyik ikut kepala sendiri, mereka akan belajar keras kepala itu satu bentuk kuasa.
Tapi kalau kita tunjuk cara buat keputusan dengan akal, adab dan empati mereka akan tahu bahawa menjadi lelaki tidak bermaksud menjadi keras.
Orang selalu keliru antara jadi ‘lembut’ dan ‘lemah’. Hakikatnya, lelaki yang tahu bila nak diam, bila nak dengar, bila nak bersuara dan bila nak berdiri teguh dengan prinsip itu jauh lebih kuat daripada yang perlu mengarah untuk nampak kuat.
Jadi lelaki bukan tentang berapa kuat suara kita, tapi berapa jauh kita boleh bertahan tanpa perlu menindas. Bukan tentang siapa paling banyak cakap, tapi siapa paling boleh jaga.
Dan dalam rumah tangga tempat paling suci, paling dekat dengan hati kelakian sebenar diuji bukan waktu semua tenang, tapi waktu semua goyah.
Waktu tu lah lelaki sebenar akan buat keputusan yang bukan hanya bijak, tapi berjiwa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Agaknya apa yang mereka ambil dalam makanan harian? Selain kimchi yang boleh dianggap must-have dalam setiap hidangan…
Kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan, ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel-sel kulit mati, yang membantu menjadikan kulit anda lebih kukuh dan meningkatkan keanjalannya. Ginseng juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun.
Apa yang anda boleh cuba ialah amalkan Teh Ginseng, yang membantu anda mencapai cahaya yang sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidrat kulit anda, seperti yang disyorkan oleh aktres Moon Chae Won.
Umum mengetahui teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.
Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), ia berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit anda – dua langkah penting untuk memastikan kulit lembut dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan.
Apa yang boleh anda cuba ialah gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.
Mungkin anda biasa makan ubi keledek, tetapi tahukah anda bahawa sayuran ini kaya dengan Vitamin A dan C -ramuan yang diperlukan untuk memberi nada kulit sekata dan cahaya dari dalam? Ubi keledek mengandungi biotin yang menambah kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut.
Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang, ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu dan ditabur bijan.
Hidangan tradisional Korea yang diperbuat daripada sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk tubuh badan bahkan mempunyai manfaat pada kulit wajah juga.
Kimchi dari kubis napa dan lobak, kaya dengan Vitamin A, B1, B2 dan C, asid amino, kalsium dan serat. Ia membantu kulit membina kolagen serta melambatkan proses penuaan.
Banyak aktres Korea seperti Song Hye Kyo dan Yoo In Na, telah menamakan sayur-sayuran sebagai rahsia kepada kulit mereka yang sempurna. Dan bibimbap, yang disajikan dengan pelbagai sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, besi, vitamin C dan E.
Untuk pengetahuan anda, kandungan nutrisi dalam bayam tidak hanya memberi manfaat positif untuk kesihatan tubuh sahaja tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wanita. Manakala cendawan mengandungi asid hyaluronik – ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan glowing.
Sekarang korang pun boleh mula amalkan makanan ni..
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.