Jenama ‘HERO REMAJA’ sememangnya cukup sinonim terutamanya dalam industri seni tanah air dengan menjadi salah sebuah platform cukup dipercayai mengetengahkan bakat-bakat baharu.
Edisi terbaru yang merupakan edisi kesebelas telah pun melabuhkan tirainya pada 6 November 2021 yang lalu dengan menyaksikan pemuda berusia 23 tahun, Mierul Aiman telah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021.
Turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, On Demand dan aplikasi Astro Go, finale ini dibawakan selama satu jam setengah dengan menyaksikan empat orang finalis berentap di pentas akhir.
Empat finalis untuk malam finale tersebut ialah Mierul Aiman, Aqil Taqee, Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon. Setiap peserta finale memberikan saingan cukup sengit menerusi tiga cabaran utama.
Pada malam tersebut, mereka telah dihakimi oleh dua orang juri tetap program Hero Remaja iaitu Datuk Rosyam Nor dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tanpa kehadiran juri jemputan.
Ads
CABARAN BERBEZA
Cabaran pertama menyaksikan mereka perlu menyahut cabaran sebagai pengacaraan solo secara langsung. Setiap finalis perlu menyampaikan poin berkaitan empat buah filem arahan Allahyarham Mamat Khalid yang diminati penonton tempatan selama dua minit yang diberikan.
Antara filem yang dipilih ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah (Afiq), 17 Puasa (Fazziq), Rock Oo (Aqil) dan Zombie Kampung Pisang (Mierul). Memasuki pusingan kedua, satu kelainan baharu disuntik oleh pihak penganjur dan produksi di pentas finale Hero Remaja menerusi cabaran sketsa lakonan untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran.
Mereka diberikan masa selama empat minit bagi menyampaikan persembahan sketsa mengikut idea, skrip dan memilih pelakon iringan sendiri pada malam tersebut. Di sinilah momen di mana masing-masing menunjukkan kelebihan bakat mereka sebagai anak seni di samping pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Ruminah Sidek (Fazziq), Wan Maimunah (Mierul), Johan As’ari (Aqil) dan Wani Kayrie (Afiq).
Ads
Segmen ketiga dan terakhir menyaksikan finalis berdepan sesi soal jawab (Q&A) bersama juri tetap. Masing-masing mendapat topik mutakhir yang menjadi bualan ramai seperti mengenai golongan antivaksin (Aqil), jenaka rogol dalam kalangan rakan (Fazziq), musuh utama dunia (Mierul) dan juga sama ada remaja wajar lantang bersuara atau mendengar dengan teliti (Afiq).
PERSEMBAHAN MEYAKINKAN
Ternyata setelah mereka diadili dalam tiga segmen tersebut, Mierul Aiman mendahului lain-lain peserta dengan persembahan yang cukup menyakinkan juri serta penonton. Mierul dinobatkan sebagai juara oleh Datuk Rosyam Nor, manakala kedudukan finalis lain adalah seperti berikut; Naib Juara, Aqil Taqee; Pemenang Tempat Ketiga, Fazziq Muqris dan Pemenang Tempat Keempat, Afiq Hamidon.
Dua lagi kategori yang turut disampaikan pada malam tersebut menjadi milik Aqil Taqee bagi kategori Hero Inspirasi dan Syazani Zainal bagi kategori Hero Favourite hasil undian peminat di laman web rasmi Majalah Remaja sepanjang percarian berlangsung.
Ads
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat Hero Remaja 2021 telah dianjurkan pada Disember 2020 secara atas talian seiring dengan norma baharu yang ditetapkan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.
12 orang finalis terpilih kemudian diperkenalkan menerusi siri Prelude Hero Remaja 2021 sebanyak lapan episod di saluran Astro Ria, On Demand dan di aplikasi Astro Go sejak 13 Julai lalu.
Ia diikuti oleh tayangan program Hero Remaja 2021 sebanyak lapan buah episod bermula 11 September 2021. Sepanjang lebih empat bulan itu, 12 orang finalis menyaksikan pebagai cabaran utama yang perlu diharungi bagi mencungkil potensi mereka sebelum menyertai industri seni selepas ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Ia juga meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men menerusi beberapa episod yang ditayangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahang kehangatan Piala Dunia 2022 kini semakin dirasai. Bermula bulan hadapan negara Teluk, Qatar akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.
Persiapan yang dilakukan oleh Qatar kini dilaporkan sudah semakin sempurna. Kesemua pasukan juga sudah berada di fasa akhir persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan yang bakal menarik jumlah tontonan yang cukup luar biasa.
Selain persiapan infrastruktur, kerajaan negara Qatar juga telah mengambil langkah yang cukup positif untuk kakitangan mereka. Memetik laporan dari The Peninsula Qatar, kerajaan negara tersebut telah bersetuju untuk mengurangkan waktu kerja kakitangan kerajaan.
Sekolah juga akan diarahkan untuk beroperasi dalam tempoh yang lebih singkat. Jelas mereka, langkah ini diambil untuk mengurangkan kesesakan sebelum dan ketika berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2022.
Dengan jangkaan lebih sejuta pengunjung dari seluruh pelosok dunia bermula 20 November hingga 18 Disember, kerajaan Qatar dilihat mengambil langkah yang cukup proaktif bagi memastikan kesesakan berkurangan serta trafik lebih lancar.
Dua minggu pertama kejohanan berlangsung merupakan waktu yang cukup kritikal dan penting kerana pada masa itulah jumlah peminat dari luar negara memenuhi beberapa lokasi stadium.
Jurucakap kerajaan Qatar turut menjelaskan selepas mesyuarat kabinet mereka mengambil keputusan untuk membenarkan hanya 20 peratus kakitangan bekerja di pejabat dengan waktu kerja selama empat jam sahaja.
Bagi sesi persekolahan pula dibenarkan untuk operasi dari pukul tujuh pagi hingga ke tengahari. Selain itu bermula 18 November hingga 22 Disember 2022 pula pelajar akan melalui cuti hujung tahun.
Laluan lebuhraya utama sepanjang pesisir pantai Doha, Corniche pula akan ditutup untuk semua kenderaan bermula November. Ia bagi membolehkan pembinaan dan penganjuran zon penyokong diakan di sepanjang laluan tersebut.
Semoga kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 kali ini dapat berlangsung dengan cukup berjaya danm menyajikan aksi kompetitif yang terbaik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah angin dalam tubuh ini bukanlah masalah baru untuk kita semua namun masih ramai yang tidak kisah tentangnya. Tahukah kamu, jika angin dalam tubuh kamu berlebihan, ia bisa membuat kamu sakit kepala dan muntah-muntah. Malah lebih teruk dari itu. Jom ikuti langkah-langkah tradisional untuk membuang angin dalam tubuh.
1. Ambil Vitamin C
Siapa yang tahu ternyata Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat. Vitamin C adalah sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan. Sudah begitu banyak produk dalam pelbagai syarikat menawarkan produk Vitamin C tersedia di farmasi.
2. Ambil ubat-ubat herba
Anda pasti memikirkan ubat-ubat herba adalah satu cara semulajadi, tetapi komposisi produk ubat-ubatan herba kini juga meluas dan dimasukkan ke dalam perubatan sederhana. Ramai bahan-bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit yang spesifik dan salah seorang daripada mereka boleh hilangkan angin dalam badan. Ubat herba sudah tersedia dalam bentuk cecair dan tablet di farmasi.
3. Ambil halia
Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sedap, kerana kini banyak halia sudah dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia. Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi perkara dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.
4. Ambil bawang putih
Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mrengusir angin dalam badan dengan cepat. Dengan memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan. Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokannya.
3. Minum rebusan daun betik
Ternyata bahawa meminum air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan. Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Biarkan air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun pahit, petua ini lagi mujarab.
4. Makan sup hangat
Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan memakan sup hangat apabila kita mengalami angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebabkan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.
5. Bekam
Satu perkara yang sangat biasa dan meluas dilaksanakan untuk buang angin dalam badan iaitu dengan bekam. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara. Satu cara dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda keluar yang dipercaya untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan. Ada juga menggunakan kaca dan bomba untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik. Untuk mengeluarkan darah dan angin, dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara menindik bahagian tubuh yang di bekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga sebagai akupunktur yang ditambah pula dengan teknik bekam berkhasiat juga untuk memulihkan stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.
6. Bersenam
Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan supaya badan terasa lesu dan kaku. Bilakah anda hanya kerap lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki semata-mata, atau dengan Gimnastik kecil sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.
7. Relleving Wind Pose
Istilah lain iaitu menguis angin. Inilah yang merupakan pose dalam satu pergerakan yoga yang dipercayai dapat menghilangkan angin dalam badan anda. Caranya dengan terlentang dan kemudian tarik salah satu lutut ke arah dada dan pegang dengan kedua-dua tangan, tarik lutut perlahan-lahan untuk lebih dekat dan lebih dekat ke arah dada anda, pegang dan ulang di kaki lain. Ia adalah untuk menyekat gas yang berada di perut anda supaya mudah untuk dapat dibuang.
8. Garland Pose
Gaya yang satu ini iaitu dengan membuka peha yang berfaedah untuk mengeluarkan gas dalam badan kita. Perkara yang dilakukan adalah berdiri dengan kedua kaki yang lebar dan kemudian meletakkan tangan seperti berdoa, selepas itu tekut lutut anda ke kedudukan bercangkung sementara waktu mengeluarkan nafas dengan kedudukan siku tangan pada lutut dan belakang. Mengadakan satu masa maka gas akan hilang daripada badan anda.
sumber: petuasihat.net/
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Latihan intensif untuk mendapatkan bentuk bahagian dada yang solid dan padu dengan menggunakan beberapa teknik dan peralatan yang efektif.
Dumbbell squeeze press
Kerahan bebanan dengan menggunakan tenaga pada bahagian tangan dan dada. Tekanan ke bahagian dada ini melalui pergerakan dengan bebanan menjadi faktor kepada pertumbuhan otot yang maksima.
Weighted pushup
Latihan klasik tekan tubi nyata perlu diberi teknik lebih crunch dengan meletakkan bebanan di bahgaian belakang tubuh. Ini dapat meningkatkan keupyaan otot untuk berkerja dengan tekanan yang lebih tinggi.
Incline dumbbell bench press
Memberi tekanan kepada bahagian dada dengan menggunakan bebanan dumble disertai teknik ‘incline’ dengan menaikkan paras ‘bench’ mungkin tampak relaks namun tenaga yang dihasilkan mampu memberi tekanan pada bahagian atas dada.
Cable Fly
Latihan dengan pergerakan yang cukup efektif untuk mengisolasi otot selepas melakukan pelbagai latihan multijoint. Latihan dengan menggunakan kabel nyata dapat meneruskan ketegangan yang dialami lantas meransang pembentukan otot di bahagian dada secara lebih intensif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.