Ini memang tak berperikemanusian, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor telah menyebarkan virus HIV kepada 21 pesakit di sebuah kampung miskin di utara India setelah mereka disahkan menghidap HIV selepas menerima rawatan palsu dari doktor yang tidak bertauliah.
Mereka kononnya diberi rawatan untuk menyembuhkan demam, batuk dan cirit-birit.
Ads
Walaubagaimanapun, doktor palsu yang dikenali sebagai Rajendra Yadav langsung tidak pernah menukar jarum suntikan apabila merawat pesakit. Pihak berkuasa India kini giat mencari individu tersebut disekitar wilayah Uttar Pradesh.
Kegiatan jahat doktor tersebut itu ialah dengan mengayuh basikal sekitar kampung-kampung kecil untuk mencari ‘mangsa’ dan kemudian merawat mereka dengan mengambil bayaran yang paling murah sekitar 60 sen. Menurut dari penduduk kampung lagi, Rajendra hanya merawat hanya menggunakan suntikan semata-mata.
Lebih memburukkan keadaan apabila penduduk kampung juga langsung tidak mempedulikan kebersihan dan kekurangan ilmu dalam isu perubatan.
Ads
Di India sahaja terdapat 2.1 juta penduduk yang disahkan HIV pada 2016. Dari laporan UNAIDS, 9,100 dari angka tersebut adalah kanak-kanak bawah 15 tahun. Namun kini penurunan 20% dalam jangkitan baru telah turun secara mendadak.
Ads
sumber: wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Harga minyak kereta yang tidak menentu, sekejap naik sekejap turun pasti memeningkan kepala lagi-lagi yang travel jauh setiap hari. Apa yang kita boleh buat untuk jimatkan minyak atau tak bazirkan minyak kereta kita adalah dengan beberapa perkara ini. Ada cara yang betul pemandu harus lakukan.
1. Ikut kelajuan yang ditetapkan. Bawa laju memang menghabiskan minyak. Tapi bawa dengan kelajuan yang consistent boleh elak kita daripada bazirkan minyak okay ?
2. Apa salahnya pagi-pagi keluar rumah dalam pukul 7 atau 8 buka lah tingkap. Atau petang – petang. Cuaca pun dah redup kan.
3. Sekarang ni semua orang bergantung kepada Waze. Bukan sebab kita tak tahu jalan tetapi Waze bagi tahu mana jalan shortcut sekiranya jam. Jadi jimat minyak kan ?
4. Elakkan bawa kereta semasa hujan. Rintangan air di jalan raya buat kereta lebih berat dan perlukan tekanan minyak yang tinggi
5. Check tayar kereta korang. Lagi kurang angin lagi banyak menggunakan minyak
6. Muatan kereta pun biar berpada.
Sumber: ERA fm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebiasannya, bila part nak tonton wayang mahupun menonton filem di tv, pasti akan berlaku sedikit konflik. Kamu mungkin mahu menonton filem yang dimainkan oleh Emma Stone, manakala pasangan kamu pula mahu melihat watak Wolverine menerusi filem X-Men. Stress! Usah risau. 8 filem ini pasti tidak akan membuat kamu bergaduh bersama si dia. Inilah masanya untuk kamu menghabiskan masa bersama si dia, tanpa sebarang pergaduhan.
Diarahkan oleh James Cameron, True Lies ini dibintangi oleh pelakon terkenal Arnold Schwarzenegger yang membawakan watak secret agent yang menyembunyikan identiti sebenar dari isterinya, Jamie Lee Curtis selama hampir setahun. Klimaks dalam plot filem ini apabila watak Curtis secara tidak sengaja terperangkap dalam permainan ini. Secara keseluruhannya, filem ini juga turut menyelitkan pergaduhan antara suami dan isteri. Walaupun mereka pasangan, namun masing-masing menyimpan seribu rahsia dan ada juga perbuatan menipu di antara. Konsepnya sama seperti filem Mr. & Mrs. Smith.
Babak yang kamu akan suka – Dalam babak klimaks, Schwarzenegger bertarung dengan watak jahat di dalam jet pejuang Harrier.
Babak yang dia akan suka – Cara godaan Curtis pada suaminya yang seksi dan lawak dalam masa yang sama.
Filem yang berunsurkan abad ke 18 Amerika ini punya trilogi yang mengisahkan konflik diantara Britain dan kuasa penjajah, Perancis. Pelakon Daniel Day- Lewis memainkan watak sebagai Hawkeye, seorang peneroka Amerika yang dijaga oleh ahli suku Mohican. Bersama-sama dengan temannya Uncas dan Chingachgook, Hawkeye meluangkan banyak masa untuk menjaga dua wanita Britain dari terjebak dalam peperangan.
Babak yang kamu akan suka – Babak pergaduhan diantara Hawkeye dan kuasa penjajah, terutamaya dalam plot klimaks di mananbabak pergaduhan digunakan dengan senjata tomahawk.
Babak yang dia akan suka – Semua wanita suka kan Uncas, watak romantik bersama Alice, anak perempuan kepada general Britain.
Versi baru yang digubah dari versi asal pada tahun 1969 ini adalah filem yang sememangnya si gadis pasti akan tonton. Babak merompak juga pergaduhan ini, biarpun lebih memfokuskan kepada penonton lelaki. Namun, jangan terkejut jika kekasih kamu juga sukakannya.
Babak yang kamu akan suka – Babak kejar-mengejar The Mini Cooper di suatu kawasan jalan Los Angeles. Menarik!
Babak yang dia akan suka – Wanita kemungkinan terpikat dengan Mark Waklberg. Jadi salahkah mereka untuk jatuh cinta dengannya? Tentu sekali tidak!
Set pengambaraan di lakukan di London, Guy Ritchie mengikuti plot cerita rompakan berlian. Watak Mickey yang dimainkan oleh Brad Pitt adalah kunci utama dalam filem ini dan menjadikan Brad Pitt antara pelakon lelaki yang hebat. Antara babak yang menarik minat apabila Pitt mula berbicara dan mengeluarkan slang “pikey” nya. Brilliant!
Babak yang kamu akan suka – Babak pergaduhan di kelab antara babak pergaduhan terbaik Brad Pitt dalam filem ini.
Babak yang dia akan suka – Sudah tentu si dia akan suka menonton watak lakonan Brad Pitt. Bukan sahaja ketampanan wajahnya Pitt, malah persembahan lakonannya juga memukau. Selain itu, si dia pasti akan tertawa dengan Jason Statham sebagai Turkish dan Stephen Graham sebagai Tommy.
15 tahun selepas dilancarkan, filem Pulp Fiction ini mengekalkan Quentin Tarantino. Lebih bersifat agresif, ganas dan lawak, filem ini adalah masterpiece kepada interpretasi modern crime. Ini adalah filem yang mnejadikan John Travolta kembali cool, dan Samuel L. Jackson cool selamanya!
Babak yang kamu akan suka – Jackson telah memakan masa yang panjang untuk mereplikasi semula kejahatan Jules Winnfield.
Babak yang dia akan suka – Saat dimana Travolta makan malam bersama Uma Thurman yang sungguh mengasyikkan! Babak mereka menari bersama boleh melupakan seketika watak Jennifer Lopez dalam apa jua filem yang dilakonkan.
Filem komedi romantik ini adalah satu lagi bahan filem yang si dia akan enjoy menonton bersama kamu. Filem ini juga menjadikan Vince Vaughn sebagai bintang. Mike Peters yang dimainkan oleh Jon Favreau, banyak berjuang untuk melupakan a bad breakup, dan teman baiknya, Trent lakonan Vaughn menolong dia untuk terus bersanar menruskan hidup.
Babak yang kamu akan suka – Bila Trent membawa Mike trip ke Vegas untuk mencari “beautiful babies”.
Babak yang dia akan suka – Keseluruhan filem ini mengisahkan tentang hubungan, tetapi si dia akan lebih teruja bila saat Mikey berjumpa dengan HEather Graham.
Tidak diragukan lagi, filem ini dibintangi oleh barisan bintang ternama iaitu Brad Pitt, Matt Damon dan George Clooney yang menjadikan filem ini antara karya terbaik Hollywood yang dipersembahkan dalam konsep filem yang lebih ganas dan agresif. Mengisahkan sekumpulan pencuri ingin merompak kasino di Las Vegas.
Babak yang kamu akan suka – babak perompakan yang sarat dalam filem ini. Iya sesuatu yang unpredictable and memorable!
Babak yang dia akan suka – Erm, jawapannya hanya ditumpukan kepada barisan pelakon lelaki. Bukankah ia dibintangi oleh Brad Pitt, Matt Damon dan George Clooney?
Dihasilkan dengan dua volum yang berbeza, gaya kung-fu dendam dari Quentin Tarantino adalah senarai top mengapa dia sukakan filem ini. Uma Thurman memainkan watak former assassin yang dikhianati oleh pekerjanya. Karakter Thurman ini adalah permulaan misi untuk membunuh mereka yang membuat salah kepadanya.
Babak yang kamu akan suka – Dalam Volum 1, ia turut mempersembahkan babak berlawan antara Thurman dan Lucy Liu, The Crazy 88, dan Thurman berjaya menumpaskan berpuluh-puluh pembunuh samurai.
Babak yang dia akan suka – Kehebatan watak Thurman itu sendiri menjadikan si dia suka dan khusyuk menonton filem ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda bangun pagi dan mencuci muka menggunakan sabun serta air sahaja, ia sangat tidak efektif. Maka tiba masanya untuk meningkatkan tahap penjagaan kulit wajah anda. Apa yang perlu anda tahu adalah rejim penjagaan lengkap kulit wajah. Ia perlu dipandang serius. Mengapa? Kerana kulit muka lelaki memerlukan penjagaan lebih berbanding dengan wanita. Ia lebih kasar, sama ada anda bercukur atau pun tidak.
1-Semudah membasuh muka
Curi masa setiap hari untuk membasuh muka sekurang-kurangnya dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam. Pilih produk pencuci muka bersesuaian mengikut jenis kulit muka. Realitinya, kebanyakan daripada kita sering tersilap memilih produk pencuci muka.
Contoh, menggunakan pencuci muka normal untuk kulit berminyak. Disarankan untuk menggunakan skrub muka dua hingga tiga kali seminggu. Pastikan ia mempunyai hidrat pembersihan tinggi yang menanggalkan kotoran. Ringankan diri berjumpa pakar dermatologi untuk memeriksa kulit wajah anda.
2-Jangan lupa bercukur
Sudah-sudahlah membeli pisau cukur murah. Melainkan anda sedang bercuti dan menginap di hotel. Pisau cukur murah bukan sahaja mencacatkan misai dan janggut yang tumbuh, sensitiviti kulit juga akan terjejas.
Anda perlu bijak memilih ‘senjata’ cukur bersesuaian. Sertakan sekali penggunaan gel pelembap atau buih pencukur. Tip berguna ketika bercukur? Gunakan air suam dan berwap. Liang pori yang terbuka akan memudahkan proses pencukuran. Cukur ikut arah jambang, janggut atau misai tumbuh.
3-Ulang Langkah 1 & 2
Ada kalanya anda ingin menyimpan janggut dan misai. Jangan sesekali lupa untuk membersihkan rerambut yang tersimpan di bahagian wajah untuk mengelakkan kotoran melekat yang boleh menyebabkan kewujudan bakteria.
Selepas bercukur, menghidratkan dan menenangkan permukaan kulit adalah wajib. Elakkan daripada menggunakan produk beralkohol. Ia akan membuatkan kulit wajah cepat kering dan bertambah kusam. Inginkan kulit muka yang lebih segar? Elakkan makanan bergoreng atau berminyak. Ia bukan sahaja baik untuk kulit wajah malah juga tubuh anda.
4- Melembap Itu Macho
Jangan terlupa untuk menggunakan pelembap muka. Sekali pun anda merasakan kulit muka bagaikan kertas pasir, melembapkan kulit adalah wajib untuk semua orang. Inginkan pelembap yang lebih maskulin? Pilih pelembap kulit yang bebas daripada sebarang bau atau wangian.
5-Lindungi kulit wajah anda!
Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa menyapu krim pelindung cahaya matahari. Jika anda menggunakan pelembap kulit yang mengandungi SPF 30 atau lebih, satu bonus untuk diri anda. Tidak rumit sekiranya anda turut menggunakan krim pelindung cahaya matahari secara berasingan. Ini bermakna anda mengambil berat tentang penampilan diri. Kadar risiko kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kanser serta permasalahan lain adalah tinggi jika tidak menggunakan krim pelindung cahaya matahari.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.