Lelaki yang ghairah untuk berbadan sado mungkin perkara biasa bagi kita dan buat kita kagum,namun bila wanita terlalu obses nak berbadan besar ni cantik ke?
Nataliya Kuznetsova yang berusia 26 tahun pernah memenangi beberapa siri kejohanan bina badan antarabangsa sebelum ini dan kini kembali ke arena itu selepas 18 bulan berehat. Jelasnya, dia bukan sahaja menggemari sukan itu kerana ia sudah sebati dengan diri tetapi dalam masa yang sama, dirinya juga seronok kerana dapat berkongsi ilmu dengan menjadi jurulatih di sebuah gim untuk mencari pelapis.
Digelar sebagai “Wanita Paling Besar Di Dunia”, insan berbadan sasa kelahiran Rusia ini sering menjadi perhatian kerana bentuk fizikal tubuhnya yang tidak ubah seperti badan lelaki bahkan, mungkin boleh dikira lebih hebat daripada jantina lawan itu.
Video Nataliya Kuznetsova Lakukan Rutin Bina Badan Di Gim
Menurut laporan The Sun, Nataliya sudah mula berjinak-jinak dengan sukan yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum lelaki itu sejak umurnya baru mencecah 14 tahun dan waktu itu berat badannya kurang daripada 40kg. Kini beratnya mencapai 90kg dan tidak akan pernah jemu untuk terus mengangkat berat serta membina badannya ke tahap yang boleh dibanggakan.
Jelasnya lagi, setiap kali waktu makan dia akan menggantikan sos dan rempah dalam hidangan hariannya dengan campuran serbuk protein agar bentuk tubuhnya dapat dikekalkan. Malah, dia juga bangga kerana ramai orang mengagunginya kerana merupakan seorang wanita yang lain daripada lain sekaligus menjadi terkenal dengan 196,000 pengikut di Instagram sehingga kini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI