Berenang boleh membantu anda membakar kalori berbeza-beza mengikut gaya renang yang dilakukan. Sebagai contoh gaya bebas. Ini adalah gaya berenang paling klasik, gaya bebas melatih hampir seluruh otot tubuh hingga membakar kalori paling banyak. 10 minit berenang gaya bebas dapat membakar sebangak 100kcal. Jika anda bukan seorang perenang, anda boleh bermain dengan air secara bebas, atau ber aqua aerobik. Ini dapat membakar 50kcal selama seminit dan boleh membakar 150kcal dalam masa 10 minit,
Berlari
Jika anda lari dengan cepat, denyut jantung anda meningkat secara signifikan. Setelah 30 minit anda berlari tanpa henti, tubuh anda akan memerlukan waktu untuk pulih dan menenangkan diri untuk kembali seperti biasa. Selagi jantung anda terus berdegup kencang, tubuh anda akan terus membakar lebih banyak kalori walaupun anda telah berhenti berlari. Pada dasarnya, inilah cara kerja tubuh untuk membakar kalori dengan berlari. Berikut adalah satu contoh cara berlari yang baik untuk pembakaran kalori yang banyak:
Ads
5 minit panaskan badan
1 minit berlari pantas diikuti dengan 1 minitt lari perlahan. Ulang sebanyak 5 kali.
5minit sejukkan badan
Berbasikal
Ads
Seorang individu seberat 100kg yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Memanjat tangga dengan berjalan boleh membakar 563 kalori dalam masa sejam. Ini adalah jumlah kalori yang sama dibakar jika anda berlari perlahan selama 12 minit. Walau bagaimanapun, naik dan turun tangga membakar lebih banyak kalori daripada berjoging dan berjalan di permukaan rata. Pengarang Mark Fenton, “Panduan Lengkap untuk Berjalan untuk Kesehatan, Berat Badan, dan Kecergasan” menjelaskan bahwa berjalan kaki di lereng memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjaga keseimbangan Anda. Naik dan turun tangga boleh membakar lemak sebanyak 15 peratus, 67 peratus lebih banyak kalori daripada berjalan di permukaan rata, Fenton menulis.
Bersukan
Bermain badminton secara aktif sahaja sudah boleh bakar 600-900 kalori per jam. Jumlah pembakaran kalori ini juga boleh digunapakai untuk permainan sukan seperti tenis dan squash. Selain itu bermain futsal dan bola sepak boleh juga membakar lemak yang banyak. Tak kiralah kaum adam atau hawa, kalau rasa sukan ini menarik, anda bolehlah bermain bersama teman-teman rapat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama saya Muhammad Syairiezuwan Aizat b Alias, 25tahun. Dikenali sebagai coach Syai Aizat. Berpengalaman dalam bidang fitness dan pemakanan hampir 5 tahun.
APA TUGAS ANDA DALAM DUNIA KECERGASAN?
Tugasan saya adalah lebih kepada mendedahkan ilmu pemakanan untuk jadi kurus. Sebab selama saya menjadi seorang gemuk dan guide orang yang mempunyai masalah berat badan, saya dapati ramai yang hanya fokus pada senaman semata mata untuk kurus, sedangkan untuk kurus ada satu rahsia yang besar dan sangat mudah untuk orang itu kurus, iaitu dengan pemakanan yang betul. Jaga makan tu bukan la berlapar atau makan makanan yang membosankan, tetapi makan dengan makanan yang betul supaya anda boleh lakukan diet tersebut berpanjangan.
APA YANG MEMBUATKAN ANDA INGIN BERUBAH?
Apa yang membuatkan saya ingin berubah menjadi kurus adalah kerana pada usia kecil lagi saya dibuli dengan panggilan “gemuk”,cara layanan orang terhadap saya sangat berbeza berbanding dengan orang yang kurus,yela orang gemuk nak lari tak boleh,dikategorikan sebagai busuk dan banyak tomahan yang saya terima pada usia muda lagi.
Saya berfikir “apa kalau jadi kalau saya kekal jadi gemuk sampai mati” adakah hidup ni tak boleh nak ubah? Saya pernah terbaca satu ayat ni “kita sebagai manusia Allah berikan satu kelebihan iaitu kita mampu membuat pilihan”,menjadi gemuk tu pun sebenarnya satu pilihan. Bermula daripada haritu saya start pilih untuk tidak dibuli lagi dengan ejekan yang tidak menyenangkan dan saya pilih untuk menjadi kurus dan paling penting sihat.
PERNAH ALAMI MASALAH PENYAKIT SEBELUM INI?
Selama saya menjadi seorang gemuk alhamdulilah saya tidak ada masalah kesihatan tetapi cepat penat tu selalu. Bayangkan saya berumur 12tahun,mempunyai berat badan 85kg dan size pinggang dalam 39 hampir ke 40 dengan ketinggian yg rendah. Ia sangat memenatkan badan saya setiap hari.
WHAT ARE YOUR GOALS
Matlamat saya masa dahulu adalah untuk melihat badan saya kurus sampai bila bila.Tetapi selepas saya berjaya kuruskan badan ni saya sedar yang sebenarnya saya lagi seronok melihat orang lain yang mempunyai masalah berat badan macam saya juga dapat merasakan apa yang saya rasa sekarang. Bila kurus ni sebenarnya kita rasa macam lahir ke dunia semula dengan roh yang sama tetapi jasad yang berbeza. Cara layanan orang terhadap kita juga sangat berbeza
Ada hikmah juga saya pernah gemuk dulu.Dengan ilmu yang ada saya manfaatkan untuk mengajar macam mana pemakanan yang betul dan juga bagaimana nak jaga emosi apabila nak jadi kurus kepada semua orang melalui medium video info kurus saya di ig:syai.aizat dan fb page SYAI AIZAT.
MENU CADANGAN?
Menu cadangan untuk kurus ini sebenarnya mudah sahaja. As long anda punya pemakanan cukup 3 portion ni,insyallah boleh kurus iaitu mempunyai carbohydrate,fiber dan protein. Tetapi sudah tentu kena follow portion yang betul .Pastikan ada coach atau dietitians yang boleh guide anda supaya anda tidak melakukan kesilapan yang berulang kali untuk menjadi seorang yang kurus
BAGAIMANA ANDA MENDAPATAKAN BENTUK BADAN SEPERTI SEKARANG
Diet dan workout yang betul. Nak jadi kurus tu mudah je tetapi nak maintain tu je yang susah. Sebab itu kita perlu makan menu diet yang sihat dan mudah supaya kita boleh maintain dengan pemakanan itu sampai bila bila.
BERAPA LAMA PROSES TRANSFORMASI INI?
Saya mengalami masalah kegemukan ni 2 kali iaitu pada umur 10-14tahun saya overweight 30kg.Untuk turunkan 30kg ni saya mengambil masa 3 bulan.
Manakala pada umur saya 21tahun saya gain weight balik dan overweight sebanyak 12kg dan untuk turunkan 12kg ni saya ambil masa 5minggu. Paling best kalau anda diet dengan betul,ia tidak stres pun sebenarnya
PANDANGAN MASYARAKAT BILA PERTAMA KALI MELIHAT PERUBAHAN DIRI ANDA?
Selepas saya kurus kebanyakkan orang tidak mengenali saya.Ada yang terkejut ada juga yang reject say dulu nak saya balik.Hehe tak adelah gurau je.Tapi perubahan yang sangat ketara adalah layanan dari segi hormat tu sangat berbeza. Saya sedih bila teringat semasa saya gemuk banyak kata hinaan yang saya terima berbanding pujian. Mungkin tak perlu pujian pun tapi perlukan penghormatan pun dah cukup.
CABARAN TERBESAR DEMI MENDAPATKAN DAN MENGEKALKAN BENTUK BADAN SEPERTI INI?
Cabaran tebesar untuk mengekalkan berat badan ni adalah makanan fast food. Makanan fast food adalah makanan kegemaran saya. Semasa saya gemuk saya mampu makan pizza yang size large 3 kotak, yes tak tipu. Apa yang saya fikir alangkah bahagianya diri saya dan makanan. Tak ade awek pun tak pe janji makanan anda
Tapi sebabkan kita nak berubah then kita kena do what ever it take. Sebab saya percaya “if u want something that u never had,u must do something that u never did”.So saya nak kurus then perlukan pengorbanan. Sebab at the end of the day, pengorbanan itu untuk body kita juga. Bukan orang lain kan?
BERAPA KALI SEMINGGU ANDA KE GIM
saranan adalah 3kali seminggu.Tetapi tengok juga masa kalau sibuk saya akan bersenam dirumah sahaja.
APA ANDA LAKUKAN UNTUK TERUS ADA MOTIVASI?
Saya sentiasa membuat azam baru.Renew goal setiap bulan dan tahun ni sangat penting supaya anda tidak terbabas daripada matlamat anda yang anda impikan. Sebab cuba bayangkan alangkah ruginye anda dah kurus tahun ni. Tapi tahun depan anda gemuk semula. Jadi renew goal adalah satu habit yang bagus untuk sAya maintainkan matlamat saya
APA MAKANAN YANG HARUS LELAKI ELAKKAN UNTUK MEREKA YANG BARU BERMULA?
Apa yang makanan perlu anda elakkan sekiranya nak kurus adalah “gula”.Tapi ramai yang tak sanggup tinggalkan gula sebab dah sebati dengan diri kita.Gula ni ada satu sifat yang agak bahaya iaitu ia bersifat ketagih. Sekiranya kita tak dapat gula maka kita akan start tak duduk diam.Tapi jangan risau cuba anda elakkan atau kurangkan. Anda akan nampak result yang sangat ketara pada badan anda dalam masa 1 ke 10 hari sahaja
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila suhu mula mencecah 37°C, ramai yang pilih untuk ‘berkurung’ dalam rumah dan ‘pause’ rutin harian. Tapi, lelaki bijak dan berjiwa Maskulin tak cari alasan dia cari solusi. Cuaca panas bukan penghalang untuk terus kekal sihat, fit dan bergaya, asalkan kau tahu cara nak sesuaikan diri.
Berikut adalah 10 tip praktikal untuk lelaki urban kekal aktif, sihat dan tetap nampak cool, walau cuaca panas tengah menggila.
Lupakan sesi workout tengah hari. Tukar kepada:
Pagi awal (sebelum 9 pagi)
Lewat petang (selepas 6 petang)
Ini waktu suhu lebih rendah dan badan pun lebih ‘bersedia’.
Tak semestinya angkat besi je baru nampak sado. Cuba:
Bodyweight training di rumah
Workout HIIT dalam bilik berhawa dingin
Yoga atau stretching untuk fleksibiliti
Yang penting, konsisten dan tak cedera.
Dalam cuaca panas, air kosong ialah senjata utama. Minimum 3 liter sehari. Jangan tunggu haus. Nak lebih segar? Tambah lemon dan daun pudina.
Pakaian memainkan peranan penting. Pilih:
Kain kapas atau linen
Warna cerah
Potongan longgar
Bukan saja lebih selesa, tapi tetap bergaya.
Antara ‘gear’ wajib lelaki musim panas:
Cermin mata hitam (UV protected)
Topi / bucket hat
Sunblock SPF30 ke atas
Tuala kecil untuk lap peluh
Smart look, smart protection.
Lupakan kari pekat dan daging merah berlebihan. Fokus pada:
Buah tinggi air: tembikai, timun, strawberi
Sup jernih
Sayur segar
Minuman isotonik rendah gula (kalau aktif sangat)
Walaupun kopi itu ‘jiwa’, tapi dalam haba melampau ia boleh percepatkan dehidrasi. Kurangkan pengambilan kafein & air gas bergula.
Semak ramalan cuaca & indeks UV sebelum keluar rumah. Kalau perlu berada di luar, pilih tempat teduh & bawa air sentiasa.
Badan perlukan masa untuk ‘recover’ daripada stres haba. Pastikan:
Tidur 7–8 jam setiap malam
Bilik cukup pengudaraan
Elak skrin sebelum tidur
Cuaca panas boleh buat emosi jadi pendek. Lelaki maskulin kawal marah, bukan ikut marah. Ambil nafas, tarik balik, minum air. Cool bukan sekadar fizikal ia mindset.
Ingat bro, cuaca boleh berubah, tapi komitmen kepada diri sendiri tak patut goyah. Stay hydrated, stay cool, and always stay Maskulin.
Untuk mengekalkan kondisi otot yang tegap dan muscular mungkin mencabar buat lelaki dek kesuntukan masa untuk ke gim serta pola permakanan yang tidak menentu. Mungkin ada di kalangan anda mula menyentuh perut mengenangkan perut sedang naik mendadak.
Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.
Godaan makanan yang sedap dan permainan iklan yang menggugatkan selera anda boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang tegap. Anda perlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama.
SELAIN BERKONGSI MINAT MEMPUNYAI BERTUBUH KEKAR, ANDA BOLEH BERSAING SECARA SIHAT DAN INI AKAN MEMBUATKAN ANDA MAHU BERUSAHA LEBIH KERAS.
Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula.
Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.
Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin.
Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa di gim tetapi anda boleh melakukan ‘push-up’ untuk menguatkan otot abdomen, dada dan bahu ketika dirumah mahupun pejabat. Ambil beberapa minit untuk melakukan senaman ini supaya ia boleh dijadikan rutin dan membentuk otot dengan mudah.
Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada ‘treadmill’ di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari.
Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.
Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich.
Melatih diri dengan senaman kardio dan mengetahui saiz hidangan bukanlah perkara susah sebaliknya ia menjadi perkara paling menarik lebih-lebih lagi jika anda hanya melakukannya dengan santai. Santai, santai juga tetapi hasilnya pasti menakjubkan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.