Rasanya tidak salah untuk MASKULIN katakan populariti selebriti dari Korea Selatan kini mampu menyaingi selebriti Hollywood. Kesetiaan peminat K-pop atau K-drama cukup luar biasa.
Lihat sahajalah kolaborasi terbaru MILO bersama aktor, Park Seo Jun yang popular menerusi drama ‘Itaewon Class’ dan ‘She Was Pretty’. Dikhabarkan produk MILO yang menampilkan wajahnya telah sold out di pasaran.
Namun kolaborasi ini bukan hanya untuk sekali sahaja! Menurut MILO, mereka menyuntik nafas baharu dalam rangkaian variasi MILO dengan kolaborasi bertenaga bersama Park Seo-Jun.
Sebagai ikon global yang sudah sekian lama serasi dengan jenama kegemaran rakyat ini, Park Seo Jun mampu membawa jenama mereka ke tahap lebih tinggi.
GABUNGAN BERTENAGA
Bermula Ogos lalu, MILO dan Park Seo-Jun telah menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi variasi produk MILO berkhasiat dalam stik pek yang mudah dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup masing-masing – pada bila-bila masa, di mana jua.
Ads
Park Seo-Jun menyertai jutaan rakyat Malaysia yang bertenaga dengan kebaikan MILO yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan gabungan vitamin serta mineral penting yang membantu membebaskan tenaga untuk melangkah lebih jauh.
Minuman yang tidak asing lagi dengan rasa coklat malt ikonik, MILO turut menampilkan rangkaian produk berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian. Setiap satu variasi produk – MILO with Whole Grain Cereal, MILO 3-in-1, MILO Original dan MILO Less Sugar – mengandungi kebaikan unik tersendiri yang menepati keperluan, cita rasa dan gaya hidup semasa pengguna, termasuklah Park Seo-Jun.
Ads
MILO dilihat cukup teruja dengan kolaborasi bersama Park Seo-Jun yang turut menyertai barisan ikon-ikon Malaysia yang pernah bergabung tenaga dengan jenama mereka sebelum ini.
“Ikon antarabangsa dan individu aktif seperti Park Seo-Jun memerlukan tenaga seorang juara untuk menghadapi kesibukan hari serta mengamalkan gaya hidup aktif. Beliau sememangnya seseorang yang menjiwai tenaga MILO.
Ads
“Menerusi kolaborasi ini, kami ingin memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melangkah jauh, walau apa jua yang ingin dicapai setiap hari, disemarakkan lagi dengan khasiat dan tenaga MILO.
“Dengan rangkaian variasi MILO yang pelbagai, kami yakin pasti ada MILO untuk setiap individu,” jelas Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen.
Kempen akan dirancakkan lagi dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengujakan peminat MILO dan Pak Seo-Jun. Untuk konten eksklusif kolaborasi bertenaga MILO x Park Seo Jun serta maklumat lanjut tentang kebaikan rangkaian variasi MILO boleh mendaftar di laman sesawang rasmi mereka.
Kini, ramai yang kita lihat trend lelaki berjanggut. Kalau dulu, sesiapa yang berjanggut selalunya digelar ustaz atau geng masjid, tapi kini tidak lagi. Sebenarnya menyimpan janggut membuatkan lelaki nampak lebih macho, malah banyak kelebihan yang anda akan dapat. Dipadankan pula dengan kemeja T, jeans dan kasut but, terserlahah diri anda sebagai lelaki maskulin.
Namun, imej berjanggut ini sering dihimpit dengan kritikan seperti lelaki tidak terurus, tak ada duit nak bercukur, nampak macam orang Timur Tengah dan macam-macam lagi. Jadi bagi anda yang berjanggut, pastikan janggut anda itu sentiasa dirapikan kalau tak nak kena bahan macam tu!
Selain meningkatkan imej maskulin anda, menyimpan janggut juga baik untuk kesihatan. Ia terbukti melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh pengkaji barat.
Jom baca 5 kelebihan yang lelaki berjanggut akan dapat.
1. Melindungi wajah dari sinaran UV
Kajian dari University of Southern Queensland, Australia, menunjukkan janggut ataupun jambang mampu melindungi kulit muka sebanyak 80% hingga 90% daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit. Ini kerana, bahagian yang dilindungi oleh bulu seperti janggut atau jambang kurang terdedah kepada sinaran UV.
Jadi, semakin lebat janggut atau jambang anda, semakin selamat kulit muka anda!
2. Melembapkan kulit muka
Selalunya yang minat memakai pelembap muka ini adalah kaum wanita sahaja. Tapi lelaki yang ada masalah kulit muka kering tidak perlu bimbang kerana mereka sudah mempunyai pelembap semula jadi iaitu janggut! Ini kerana bahagian kulit yang berbulu ini mengandungi kelenjar sebaceous yang merembeskan minyak dikenali sebagai sebum.
Sebum ini pula bertindak untuk melembapkan kulit muka sepanjang hari, selain merawat sel-sel muka agar tak cepat tua.
3. Baik untuk sistem pernafasan
Apa kena-mengena janggut dengan pernafasan? Ada. Melalui kajian, rerambut boleh bertindak sebagai penapis habuk daripada memasuki rongga pernafasan. Oleh itu, janggut amatlah baik bagi lelaki yang alah dengan hama atau habuk, terutamanya jika anda penghidap asma.
4. Meningkatkan kesuburan lelaki
Janggut juga dipercayai mengandungi hormon testosteron yang sangat baik untuk kesuburan lelaki. Lagi lebat janggut anda, lagi meningkat hormon tersebut. Jadi kalau anda nak subur, rajin-rajinlah menyimpan janggut.
5. Merangsang kesuburan wanita
Bukan sahaja baik untuk lelaki, manfaatnya juga kena tempiasnya kepada wanita atau isteri. Janggut juga boleh merangsang dan menstabilkan kitaran haid wanita, seterusnya meningkatkan kesuburan wanita. Caranya mudah sahaja iaitu dengan hanya membelai janggut lelaki.
Para wanita bolehlah membelai janggut suami anda kalau nak subur. Tapi suami sendiri sahaja, jangan suami orang lain!
Akhirnya, bagi umat Islam, janggut merupakan sunnah yang diwarisi daripada Nabmereka i SAW, malah akan beroleh pahala bagi yang mengamalkannya.
“DI ANTARA FITRAH DALAM ISLAM IALAH MEMOTONG MISAI DAN MEMELIHARA JANGGUT, BAHAWASANYA ORANG-ORANG MAJUSI (MENYEMBAH BERHALA) MEMELIHARA MISAI MEREKA DAN MEMOTONG JANGGUT MEREKA, MAKA JANGANLAH KAMU MENYERUPAI MEREKA, HENDAKLAH KAMU POTONG MISAI KAMU DAN PELIHARALAH JANGGUT KAMU” (RIWAYAT IBNU HIBBAN)
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia digital yang haus dengan konten ekstrem, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat, Mykhailo Viktorovych Polyakov.
Lelaki berusia 24 tahun tersebut kini menjadi tumpuan antarabangsa selepas ditahan pihak berkuasa India kerana cuba menjalin hubungan dengan suku paling terasing di dunia iaitu Sentinelese di Pulau North Sentinel.
Polyakov, yang terkenal dengan video-videonya di kawasan berisiko seperti Afghanistan yang dikatakan dikuasai Taliban, kali ini merancang perjalanan penuh berani.
Berlayar sendirian menaiki bot tiup dari Andaman menuju ke pulau yang dilarang dimasuki itu. Dengan berpandukan GPS, beliau tiba di pantai timur laut pulau berkenaan pada pagi 29 Mac, lengkap membawa kamera GoPro, sebotol Diet Coke, dan sebiji kelapa sebagai ‘hadiah damai’.
Walaupun tidak terlihat kelibat sesiapa, beliau tetap naik ke daratan, meninggalkan hadiah, mengambil sampel pasir, dan merakam video.
LANGGAR UNDANG-UNDANG
Namun, dua hari kemudian, Polyakov ditahan di Port Blair – ibu kota Kepulauan Andaman dan Nicobar – atas tuduhan melanggar undang-undang perlindungan suku pribumi India. Beliau kini berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda.
Pulau North Sentinel – Foto: Getty Image
Pulau North Sentinel diletakkan di bawah perlindungan ketat oleh kerajaan India bagi mengelakkan sebarang interaksi luar yang boleh mengancam kehidupan tradisi dan kesihatan suku Sentinelese.
Mereka dikenali sebagai pemburu-pengumpul yang masih menggunakan busur dan anak panah serta telah beberapa kali bertindak ganas terhadap penceroboh. Pada 2018, seorang mubaligh Kristian dari Amerika ditembak mati ketika cuba berdakwah di pulau tersebut.
Namun Polyakov tetap nekad. Rekod menunjukkan beliau pernah mencuba ke pulau itu pada Oktober lalu menggunakan kayak tiup dan turut dikatakan merakam video secara haram suku Jarawa di Baratang, satu lagi kawasan pribumi terlarang.`
Foto: Polis Andaman dan Nicobar
KECAMAN HEBAT
Tindakan beliau YouTuber ini dikecam hebat oleh Survival International, organisasi pembela hak suku pribumi global.
Mereka menyifatkan perbuatannya sebagai “tidak bertanggungjawab dan bodoh,” kerana berpotensi membawa penyakit moden yang boleh menghapuskan komuniti yang tidak memiliki imunisasi asas seperti flu atau campak.
Meskipun mungkin bermotifkan semangat pengembaraan dan keghairahan mencipta kandungan luar biasa.
Langkah YouTuber ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa batasan antara keberanian dan kebodohan kadang-kala kabur – lebih-lebih lagi apabila nyawa dan budaya masyarakat terpinggir dipertaruhkan demi tontonan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anugerah Juara Lagu. Siapa yang tak excited untuk menonton anugerah yang sememangnya ‘berhantu’ sejak dulu lagi. Seperti yang kita sedia maklum, Anugerah Juara Lagu (AJL) mempertandingkan barisan artis yang dipilih berdasarkan sistem penjurian di Separuh Akhir Muzik-Muzik. Lagu-lagu yang dipertandingkan mempunyai keistimewaan masing-masing termasuklah dari segi susunan muzik, lirik lagu ataupun persembahannya.
Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhir Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Menariknya, ada peserta gantian yang berjaya memenangi mana-mana kategori dan pada tahun 2012, Aizat Amdan yang menggantikan Yuna Zarai menerusi lagu “Terukir Di Bintang” menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi anugerah utama AJL. Sempena meraikan AJL 32 yang bakal berlangsung pada Januari 2018 ini, jom kita tengok sama ada penyanyi original lagi best atau pun penggantinya dalam mendendangkan lagu yang berjaya ke AJL!
1986 – “Perjalananku” – Penyanyi asal Jamal Abdillah – Dinyanyikan Azman Abu Hassan
Berbeza. Bagi admin, sudah pasti penyanyi originalnya lebih ‘power’! Jamal Abdillah sendiri merupakan seorang penyanyi yang hebat dari lontaran vokalnya. Setiap kali Jamal membuat persembahan, pasti bisa memukau mata yang menonton. Mungkin lagu ini sudah sebati dengan telinga kita mendengar alunan merdu vokal Jamal dan susunan muzik indah dari lagu ini,Perjalananku. Namun persembahan Azman Abu Hassan tidak menghampakan, cumanya tidak menyengit seperti penyanyi asalnya.
1995 – “Kau dan Aku” – Penyanyi asal Ning Baizura -Dinyanyikan Kumpulan Kool
Menarik! Siapa yang tidak mengenali kumpulan Kool ini? Lincah dengan gaya tarian yang unik, menjadikan persembahan mereka ketika mendendangkan lagu ini tampil berbeza. Lagu Kau Dan Aku sangat popular pada era ini tambahan pula dengan lontaran suara soprano Ning Baizura, sangat cemerlang dalam menjadikan lagu pop balada ini hits! Namun, kumpulan Kool bijak dalam mempersembahkan lagu ini pada Anugerah Juara Lagu 95 dengan menukar sedikit rentak lagu ini ke melodi yang lebih rancak dan catchy! Di tambah pula dengan gaya tarian ala backstreet boys mereka yang sememangnya menjadi trademark kumpulan ini, sungguh sempurna! Jadi tidak hairanlah kenapa persembahan mereka diangkat sebagai pemenang pada AJL tahun 1995.
2007 – “Mahakarya Cinta” – Penyanyi asal Faizal Tahir – Dinyanyikan Fiq
Bagi admin, dua-dua punya aura tersendiri saat mendendangkan lagu ini. Kita pun tahu Faizal Tahir adalah seorang artis yang memiliki gaya nyanyian tersendiri. Bold dan sharp! Namakan satu lagu Faizal yang tidak pernah mengecewakan? Tiada! Sudah tentu ramai orang ingin melihat Faizal Tahir beraksi di pentas AJL kerana Faizal sendiri memang popular dengan gimik persembahan yang berbeza dan pastinya brilliant! Namun, memilih Fiq Mentor sebagai pengganti bukanlah pilihan yang salah. Malah, mencipta dua dimensi yang berbeza dalam corak lagu Maharkarya Cinta. Jika Faizal Tahir terkenal dengan suara rocknya serta bijak dalam menghasilkan struktur suara genre pop, Fiq pula hebat dalam menjadikan lagu ini versi heavy rock di mana ianya sangat sedap didengar! Fiq memang terkenal dengan lontaran suara yang tinggi. Jadi lagu ini bukanlah masalah untuk Fiq mencantikkan lagi bahasa melodi lagu ini.
2007 – “Kasih Tercipta” – Penyanyi asal Faizal Tahir – Dinyanyikan Bob
Untuk persembahan ini, admin lebih suka kepada penyanyi asalnya, Faizal Tahir kerana mungkin lagu ini sudah sebati dengan kelunakan vokal jantan Faizal Tahir itu sendiri. Vokal Faizal Tahir lebih kena dengan unsur misteri lagu ini. Namun, admin tidak pula mengatakan bahawa Bob membawanya dengan gagal. Tidak! Bob adalah artis yang versatil. Bagi saja lagu apa yang kamu mahu, pasti Bob menyanyikannya dengan cemerlang. Cumanya, suara lunak Bob mungkin tidak kena dengan susun atur lagu ini. Original penyanyinya, vokal Faizal Tahir lebih kasar dan punya elemen rock itu sendiri. Sementara itu pula Bob mempersembahkannya dengan nada pop yang lebih balada. Jadi terpulang kepada pendengar mahu memilih yang mana satu.
2011 – “Sedetik Lebih” – Penyanyi asal Anuar Zain – Dinyanyikan oleh Jaclyn Victor
Nyanyian Jac untuk persembahan ini mendapat pujian netizen. Nah! Kalau bercakap mengenai penyanyi yang memiliki vokal setinggi awan ini, pastinya semuanya positif! Siapa yang bisa mengatakan vokal Jaclyn Victor ini kurang sempurna? Check dahulu pendengaran kamu. Untuk lagu ini, sudah pasti Jaclyn Victor membawanya dengan baik dan mungkin lebih hebat dari penyanyi asalnya sendiri, Anuar Zain. Sorry Anuar! Tetapi, admin lebih merasakan bahawa rentak melodi ini memang ‘makanan’ Jac!
2012 – “Terukir Di Bintang” – Penyanyi asal Yuna Zarai – Dinyanyikan oleh Aizat Amdan
Lagu ini sendiri sudah ‘berhantu’. Susunan muzik yang indah, persis di Paris, juga lirik ringkas yang mudah difahami namun bererti, semuanya lengkap! Suara gemersik Yuna dalam menyampaikan lagu ini bisa membawa kamu ke alam percintaan di kota Paris. Majoriti rakyat kita sukakan lagu ini, especially kepada mereka yang tengah hangat bercinta. Namun, sayangnya, pada masa ini Yuna ada tugas yang harus dilakukan di US. Tidak mengapa Yuna. Kami faham! Pemilihan penyanyi Aizat sebagai pengganti untuk menyanyikan lagu ini adalah tepat berbanding dengan pilihan mereka sebelum itu. Namun, persembahan Aizat pada malam AJL ketika itu tidaklah WOW! cumanya baik sahaja. Namun, juri melihatkan gerak gaya Aizat yang bersahaja dengan iringan muzik yang indah mencantikkan lagi lenggok persembahan lagu Terukir Di Bintang ini. Siapa sangka, persembahan Aizat ini menjulang kemenangan dengan memenangi anugerah keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke 27! Well done Aizat and The Palauans!
2014 – “Lelaki” – Penyanyi asal Yuna Zarai – Dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauans
Seperti tahun yang sebelumnya, Yuna tidak bisa bertanding untuk AJL ke 29 atas sebab urusan kerjanya di US. Namun, lagu Lelaki yang tengah hits pada masa itu tidak mati begitu sahaja apabila penyanyi hebat Najwa Mahiaddin dipilih sebagai penggantinya. Penyanyi bergenre jazz dan soul ini bijak dalam mengemudi lagu ini untuk jadi lebih agresif dalam penyampaian single Lelaki ini. Biarpun rentak melodinya lebih ‘ganas’ dan punya elemen rock sedikit berbanding dengan melodi asalnya, Najwa kelihatan selesa dalam menyampaikan lagu ini versinya sendiri. Nah! Rata-rata penonton ketika itu terpukau dan memuji kehebatan vokal Najwa! Ada yang menyifatkan bahawa nyanyian Najwa lebih baik daripada penyanyi asalnya Yuna. Namun, bagi admin, dua-dua memiliki gaya tersendiri dalam mendendangkan lagu Lelaki ini. Bukan mudah sebenarnya dalam menyusun atur corak suara untuk lagu ini. Jadi, dua-duanya hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.