Bakal menggegarkan bumi Sarawak, Astro bersiap sedia untuk membawakan sebuah acara mega yang pasti menjadi tumpuan utama di bandar Miri pada bulan Mei ini.

Di bawah tema penuh semangat, ‘Nang Champiyen Nang Legend’, jelajah Hello Miri dijadualkan bakal membuka tirai dari 9 hingga 11 Mei di Permaisuri Imperial City Mall selaku penaja lokasi.

Ini merupakan inisiatif strategik Astro sebagai pemanas badan menjelang acara kemuncak mereka, Konsert Meletop TVS yang akan berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Bandaraya Miri.

Namun, sebelum konsert bertenaga itu, Hello Miri menawarkan peluang keemasan untuk anda berinteraksi secara langsung dengan barisan selebriti popular tanah air.

Antara program menarik ‘Hello Miri’ pastinya terletak pada sesi ‘Meet and Greet’ bersama para bintang yang bakal hadir secara eksklusif dan dibawakan oleh Astro Rewards

Pengunjung berpeluang untuk bertemu mata dan beramah mesra dengan nama-nama besar dalam industri hiburan.

Senarai selebriti yang akan memeriahkan acara ini cukup padat dan mengujakan. Di antara yang bakal bertemu mata dengan peminat ialah Nadhir Nasar dan Mierul Aiman.

Ads
Aktor Laris Masa Kini, Nadhir Nasar & Mierul Aiman Antara Nama Besar Bakal Meriahkan ‘Jelajah Hello Miri’
Nadhir Nasar – Foto: Instagram Nadhir Nasar

Selain itu, nama-nama popular lain seperti Isaac Voo, Siti Saleha, Haneesya Hanee, Wani Kayrie, Dinda Dania, Firdaus Rahmat, Shahrul Kamal, Adira, Ayu Damit, Tomok, Priscilla Abby, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Kaka Azraff dan ramai lagi.

Kehadiran mereka menjanjikan suasana yang meriah dan peluang unik untuk peminat bertemu idola.

PELUANG ISTIMEWA

Acara yang bakal dikendalikan oleh hos bertenaga seperti Keanu Azman dan Munabella ini bukan sekadar sesi bertemu selebriti. Para pengunjung juga akan disajikan dengan pratonton eksklusif kandungan dan naskah-naskah terbaru yang bakal dipersembahkan oleh Astro.

Ini merupakan peluang istimewa untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan gambaran tentang apa yang bakal disajikan oleh Astro kelak.

Aktor Laris Masa Kini, Nadhir Nasar & Mierul Aiman Antara Nama Besar Bakal Meriahkan ‘Jelajah Hello Miri’
Mierul Aiman – Foto: Instagram Mierul Aiman

Tidak ketinggalan, pada 10 Mei, Astro Rewards akan membawakan tarikan antarabangsa dengan kehadiran dua pelakon sensasi dari drama bersiri popular Little Nyonya, iaitu Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.

Ads

Ini merupakan kesempatan terbaik buat peminat di Miri dan Sarawak amnya untuk bertemu secara ‘live’ dalam sesi ‘Meet and Greet’ istimewa.

Lebih menarik lagi, buat anda yang merupakan pelanggan setia Astro, ganjaran istimewa menanti.

Pada 11 Mei, Astro Rewards menyediakan sesi ‘Meet and Greet’ yang lebih eksklusif bersama beberapa selebriti terpilih, membolehkan anda berinteraksi lebih dekat lagi.

Nama-nama besar seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Nikki Palikat, dan Kaka Azraff dilaporkan akan turut serta dalam sesi eksklusif ini. Selain itu, TVS selaku rakan kolaborasi turut akan memeriahkan hari tersebut dengan pelbagai segmen dan aktiviti menarik di zon istimewa mereka.

Ads

PENCARIAN BAKAT BARU

Selain peluang bertemu bintang, Hello Miri juga membuka ruang kepada bakat-bakat baru.

Uji bakat untuk program Kilauan Emas akan diadakan pada 9 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ini adalah platform terbaik bagi mereka yang mempunyai impian untuk menembusi industri hiburan.

Dengan barisan selebriti yang hebat, peluang bertemu bintang antarabangsa, akses eksklusif untuk pelanggan setia, pratonton kandungan menarik dan juga sesi uji bakat, jelajah Hello Miri di Permaisuri Imperial City Mall Miri dari 9 hingga 11 Mei ini menjanjikan pengalaman hiburan yang menyeluruh.

Aktor Laris Masa Kini, Nadhir Nasar & Mierul Aiman Antara Nama Besar Bakal Meriahkan ‘Jelajah Hello Miri’

Jangan lepaskan kesempatan ini untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Nang Champiyen Nang Legend’ dan bersiap sedia untuk Konsert Meletop TVS!

Persiapkan diri anda untuk tiga hari penuh aktiviti dan dan interaksi bersama bintang kegemaran anda!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI