Pernahkah anda terserempak dengan kesan calar di kereta yang akan hilang apabila dibasuh tetapi apabila kereta kering, ia akan menampakkan dirinya semula?
Mungkin anda pernah cuba menghilangkannya dengan menggunakan wax dan polish tetapi dalam masa yang singkat ia akan datang kembali.
Seorang pengguna Youtube, Chrisfix telah tampil dengan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan calar itu buat selama-lamanya dari kereta anda.
Memahami kesan calar ringan
Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.
Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat ‘clear’ atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.
Namun, calar ini hanya kelihatan apabila kereta kering tapi nampak seperti hilang apabila kereta dalam keadaan basah. Ini kerana, ketika kereta basah, lubang calar itu dipenuhi oleh air, menyebabkan cahaya dipantul dengan sekata semula.
Jadi bagaimana untuk menghilangkan kesan calar ini buat selama-lamanya? Jawapannya adalah dengan cara meratakan kembali ruang calar itu seperti gambar dibawah.
Ads
Sebelum mengikuti langkah ini, anda perlu terlebih dahulu pastikan yang kesan calar itu adalah kesan calar ringan. Caranya mudah saja, jika anda menyembur air sabun kepada calar ini, ia tidak kelihatan; seperti gambar dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air sabun basuh kereta
Salotape
Krim polish
Wax
Kain fiber
kertas pasir 3000 grit & 5000 grit
5 Langkah Untuk Hilangkan Kesan Calar Ringan
1 – Gunakan air sabun & kain fiber untuk membasuh kesan calar itu supaya bebas dari habuk & pasir
2 – Gunakan salotape untuk tandakan kawasan yang perlu diratakan.
Ads
3 – Gosok kesan calar itu menggunakan kertas pasir 3000 grit dahulu. Kemudian besarkan kawasan salotape dan gosok semula menggunakan kertas pasir grit 5000.
Note: jika kesan calar anda tidak dalam, anda boleh terus guna kertas pasir grit 5000.
4 – Polish kawasan yang telah digosokkan tadi menggunakan krim polish
Ads
5 – Gosokkan wax sebagai lapisan perlindungan.
Itu sahaja, selepas selesai, kereta anda akan berkilat seperti asal kembali. :-).
Tetapi, sewaktu anda mengguna pakai langkah ini, kami nasihatkan supaya mengikuti video tutorial ini supaya anda lebih ‘clear’ dan mendapat hasil yang sempurna.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kulit berjerawat memang masalah kan? Rasa macam nak tukar muka bila terpaksa berhadapan dengan kulit berjerawat. Apa kata kalau anda cuba produk-produk ni. Produk-produk ini memang bagus untuk cuaca Malaysia ni. Mungkin lepas ni dah tak payah lalui masalah berjerawat?
The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash
Anda boleh pilih produk ini mengikut jenis kulit anda. Produk ini dikeluarkan khususnya untuk mereka yang mengalami masalah berjerawat. Ia mengandungi minyak tea tree dari kaki gunung Kenya yang sememangnya bagus untuk menghilangkan jerawat.
Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser
Produk ni bersepah dekat Guardian dan Watson. Ia dapat membantu anda untuk hilangkan jarawat dekat muka anda tu. Ujian secara klinikal telah terbukti bahawa produk ini boleh hilangkan kekotoran, kulit mati dan kurangkan minyak dekat muka. Anda pasti tahu kan, minyak berlebihan boleh membuatkan jerawat tumbuh. Sudahlah bagus produk ni, murah pun murah. Baik anda dapatkan hari ini.
Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Ini made in Malaysia. Dah kalau buatan Malaysia, pasti mereka tahu tentang cuaca dan kandungan yang boleh dipakai bersesuaian dengan kulit kita kan. Produk ini sangat berkesan untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat. Toner nya sangat membantu untuk hilangkan jerawat, mengawal minyak berlebihan dan kurangkan parut jerawat. Dengan bahan yang menggunakan minya tea tree, toner ini membantu menghilangkan keradangan daripada jerawat dan mengecilkan liang roma bagi menghalang pembentukan minyak yang berlebihan. Ia juga mampu milik dan memang berkesan. Tak percaya, cubalah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah hukum orang solat dengan memakai baju singlet?
Jawapan:
Singlet adalah suatu pakaian dalaman yang tidak berlengan dan ia biasanya dipakai oleh orang lelaki. Dalam erti kata lain, seseorang yang menunaikan solat dengan memakai singlet bererti dia solat dalam keadaan memakai baju yang tidak berlengan dan mendedahkan bahagian bahunya. Berkenaan hal ini, tidak dinafikan bahawa di sana terdapatnya riwayat yang berkaitan. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya.
Riwayat Al-Bukhari (359)
Berdasarkan zahir hadis di atas, terdapatnya larangan ke atas perbuatan solat dalam keadaan bahagian bahu terdedah. Di dalam kaedah usul fiqh mengatakan, bahawa larangan itu membawa erti pengharaman. Justeru, sebahagian para ulama mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.
Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah mengatakan: Wajib ke atas seseorang yang solat untuk meletakkan sesuatu daripada pakaian di atas bahunya, sekiranya dia mampu untuk melakukannya. Inilah pendapat Ibn Al-Munzir dan dihikayatkan daripada Abu Ja’far, beliau berpendapat bahawa tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak menutup bahunya. Manakala majoriti para fuqaha pula berpendapat: Yang demikian itu tidak wajib, dan ia bukanlah syarat sah solat. Inilah pendapat Imam Malik, dan Imam Al-Syafie, kerana kedua bahu tersebut bukanlah aurat maka ia menyamai baki anggota badan yang lain. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/618).
Manakala Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim (2/274) apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Kata para ulama: Hikmahnya adalah, jika dia memakai baju dan tidak ada sesuatu di atas bahunya, maka tidak selamat daripada terdedah bahagian auratnya, berbeza dengan jika diletakkan pakaian di atas bahu. Kata beliau lagi: Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie serta jumhur berpendapat: Larangan itu menunjukkan kepada makruh tanzih, bukannya kepada pengharaman. Jika seseorang itu solat hanya dengan memakai satu pakaian yang menutup auratnya, tetapi tidak menutup bahagian bahunya maka solatnya dikira sah berserta hukum makruh. Sama ada dia mampu meletakkan sesuatu di atas bahunya ataupun tidak. Manakala Imam Ahmad dan sebahagian para salaf berpendapat bahawa solatnya tidak sah sekiranya dia mampu meletakkan sesuatu (daripada pakaian) di atas bahunya. Manakala dalam riwayat lain yang juga daripada Imam Ahmad bin Hanbal beliau berpendapat bahawa solatnya adalah sah, akan tetapi berdosa jika dia meninggalkan meletak sesuatu dari pakaian di atas bahunya.
Kesimpulan
Setelah meneliti dan menilai isu ini dengan merujuk kepada nas-nas berkaitan berserta pandangan para ulama, kami menyatakan bahawa solat dengan memakai singlet, atau tidak memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu orang lelaki, hukumnya adalah MAKRUH dan solat tersebut sah. Hayatilah firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat kami ketika berada di setiap masjid.
Surah Al-A’raaf (31)
Imam Al-Thabari Rahimahullah di dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
SUMBER: MUFTI WP
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buah epal adalah salah satu buah yang popular di dunia. (dan sedap). Buah ini dari pokok epal (Malus domestica), yang berasal dari Asia, dan ditanam di seluruh dunia. Epal, jangan cakaplah, memang kaya dengan serat, vitamin C dan pelbagai jenis antioksida. Pada masa yang sama buah epal ini tidak banyak kadar kalorinya. Sudah banyak kajian yang menyatakan bahawa pemakanan buah epal boleh memberikan kebaikan kepada tubuh badan, terutama dalam aspek kesihatan.
Ianya sedap untuk dimakan dan biasanya dimakan begitu sahaja, tetapi ada juga yang menggunakannya dalam resepi masakan, jadikan jus dan smoothie. Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa khasiat epal kepada badan, terutama pada kesihatan dan kandungan bahan.
Kandungan Buah Epal
Berikut adalah kandungan bahan yang terdapat di dalam buah epal.
Karbohidrat Di Dalam Epal
Epal mengandungi banyak karbohidrat dan air, yang merangkumi gula seperti fruktosa, sukrosa dan glukosa. Walaupun buah ini mempunyai kadar gula yang tinggi, namun mempunyai index glisemik yang rendah, dalam lingkungan 29-45.
Index glisemik merujuk kepada ukuran sejauh mana sesuatu makanan tersebut meningkatkan kadar gula dalam darah selepas makan. Semakin rendah nilai index, semakin baik untuk kesihatan.
Buah-buahan biasanya mempunyai index glisemik yang rendah, disebabkan oleh kandungan serat dan poliphenol yang tinggi, boleh melambatkan proses pencernaan karbohidrat.
Serat
Epal sangat kaya dengan serat. Satu sajian buah epal mengandungi sebanyak 4 gram serat, sekitar 17% daripada jumlah yang disarankan. Sebahagian serat yang terdapat di dalam buah epal adalah boleh tidak boleh larut dan boleh larut yang dikenali sebagai pektin.
Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang dan secara tidak langsung membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Pada masa yang sama menurunkan kadar gula dalam darah dan membantu sistem pencernaan.
Vitamin dan Mineral
Selain daripada itu, buah epal juga mempunyai vitamin dan mineral, tetapi tidaklah banyak. Namun, boleh dijadikan sebagai sumber vitamin C yang baik.
Juga dikenali sebagai asid askobik, vitamin c adalah satu antioksida yang biasa dijumpai dalam buah-buahan. Ia merupakan satu nutrisi yang memainkan peranan dalam sistem badan.
Selain daripada itu, epal juga mengandungi kadar potasium yang sangat baik. Ia memainkan peranan dalam menjamin kesihatan jantung.
Bahan Yang Lain
Selain di atas, buah epal turut mempunyai beberapa jenis antioksida yang lain, antaranya adalah:
Quercetin
Satu jenis nutrisi yang terdapat dalam beberapa jenis tumbuhan, terbukti mempunyai anti-keradangan, anti-virus, anti-kanser dan boleh Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang.
Catechin
Sejenis antiksoda semula jadi, yang biasa didapati dalamSerat boleh memudahkan anda rasa kenyang. Terbukti boleh meningkatkan daya fikiran dan fungsi otot.
Chlorogenic Acid
Biasa didapati di dalam kopi, terbukti boleh mengurangkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan berat badan (berdasarkan beberapa kajian).
Khasiat Epal Kepada Kesihatan
Pernah dengar pepatah “An apple a day keeps the doctors away”? – antara sebab kenapa pepatah ini menggunakan buah epal adalah sebab ianya memang mengandungi banyak khasiat dan manfaat kepada badan. Antaranya adalah:
Mengawal Gula Dalam Darah dan Penyakit Kencing Manis
Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa makan buah epal boleh mengurangkan gula dalam darah dan melindungi daripada mendapat penyakit kencing manis. Perkara ini tidak dinafikan kerana epal mengandung banyak serat, yang boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.
Sesetengah antioksida yang terdapat di dalam epal boleh melambatkan proses pencernaan gula, agar ia diserap dengan lebih lambat.
Dalam satu kajian ke atas 38,018 wanita, mendapati bahawa dengan makan 1 epal atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat kencing manis tahap 2 sebanyak 28%.
Kolestrol Darah dan Masalah Jantung
Beberapa kajian telah mengkaji kesan epal ke atas risiko mendapat masalah jantung. Satu kajian, yang dilakukan pada hamster, mendapati bahawa epal boleh Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang dan membawa kepada penurunan perbentukan plak di dalam arteri.
Sekiranya uji kaji ini dijalankan pada manusia, kita boleh lihat kesannya pada penurunan kesan masalah jantung (sakit jantung dan strok). Dalam satu kajian di Finland menunjukkan bahawa risiko kepada masalah jantung boleh diturunkan sebanyak 43% bagi wanita dan 19% bagi lelaki, yang mengambil 54 gram epal setiap hari.
Kanser
Beberapa kajian di makmal menunjukkan bahawa buah epal mempunyai sifat anti-kanser yang berkesan. Terdapat kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan bahawa phytonutrients di dalam buah epal boleh melawan kanser, terutama kanser paru-paru dan usus.
Kajian lain mendapati bahawa epal boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 20% dan kanser payu dara sebanyak 18%.
Menurunkan Berat
Buah epal boleh mengurangkan berat badan, sekiranya diamalkan. Hal ini kerana buah epal tinggi dalam serat dan rendah dalam energy density. Kedua-dua sifat ini telah terbukti boleh mengurangkan pengambilan kalori dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang lama.
Di dalam satu kajian ke atas wanita, mereka diarahkan untuk makan 300g epal setiap hari, dan puratanya mereka mengalami penurunan sebanyak 1.3Kg dalam tempoh 12 minggu. Oleh itu, sekiranya anda ingin mula berdiet atau mengurangkan berat badan, masukkan epal ke dalam diet harian anda.
Kesimpulan
Khasiat epal tidak boleh dinafikan. Pada masa yang sama, buah epal ini adalah buah yang menyihatkan, sedap dan popular di dunia. Walaupun ianya tidak mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang banyak, buah epal adalah sumber serat dan antioksida yang sangat baik. Pengambilan buah epal setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat masalah jantung, mengurangkan risiko kanser dan kencing manis.
Sekiranya anda ingi mengamalakn budaya sihat, maka tidak boleh lari daripada buah epal. Harap artikel ini membantu anda. Silalah kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.