Jika dahulu penyakit serangan jantung biasanya menyerang orang yang lebih tua, namun kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 30-an.
Ini kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
[ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Ads
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Ads
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Subscribe dan tonton video fitness / gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Momen yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Selepas sembilan episod yang penuh cabaran, disiplin kecergasan, dan ikatan persahabatan yang luar biasa, pentas akhir MASKULIN Who’s Your Bro akhirnya menyaksikan pertempuran epik antara tiga pasukan terbaik.
Tiga pasukan berentap bagi mentukan siapakah juara pertama program ini – Ikmal & Hakimi, Dr Shazif & Saddam, serta Theeban & Syafiq.
Sejak awal, semangat brotherhood menjadi nadi utama program realiti kecergasan nombor satu di Malaysia ini.
Apa yang disaksikan penonton di kaca TV hanyalah sebahagian kecil daripada ikatan persahabatan yang terjalin di sebalik tabir. Namun, hanya satu pasukan mampu menjulang trofi kejuaraan!
Di atas kertas, Dr Shazif & Saddam adalah pasangan pilihan ramai. Saddam, dengan daya tahan yang luar biasa, dan Dr Shazif, seorang atlet serba boleh, dilihat sebagai pencabar utama.
Namun, jangan pandang rendah Ikmal & Hakimi, pasangan ‘diam-diam ubi berisi’ yang sentiasa konsisten.
Sementara itu, Theeban & Syafiq, pasukan ‘underdog’, berusaha membuktikan mereka bukan sekadar pelengkap.
PRELIMINARY ROUND: Bertarung dengan Daya Tahan
Tiga pasukan berentap untuk PRELIMINARY ROUND dengan tujuh cabaran di tujuh stesen berbeza.
Lebih membuatkan ia menjadi lebih sukar, setiap kali sebelum melakukan mana-mana cabaran mereka perlu berlari sebanyak dua pusingan sejauh 800 meter!
Berikut merupakan 7 cabaran yang harus mereka lakukan. Setiap satu lebih menguji mental dan fizikal ke peringkat maksima!
Tyre Flip – 50 rep
Burpees Box Jump – 100 rep
Walking Lunges (30kg) – 12.5 meter x 4
Rope Climb – Ambil dua bendera pada ketinggian 10 kaki
Farmers Carry – Membawa tong air 30kg sejauh 800 meter
Cable Roller Balancing – Berjalan di atas gelung kabel sejauh 12.5 meter x 4
Chop the Log – Memotong kayu balak
Kesemua cabaran ini adalah gabungan disiplin yang mereka tempuhi sepanjang musim. Dari awal, Saddam & Dr Shazif mula menguasai perlumbaan, menggunakan kelebihan endurance mereka untuk mendahului.
Namun, setiap pasukan berdepan ujian tersendiri—Hakimi mengalami kekejangan, Syafiq cedera pergelangan kaki, tetapi mereka terus berjuang dengan semangat yang luar biasa.
Cabaran paling menyeksakan? Farmers Carry. Membawa dua tong air seberat 30kg sejauh hampir 1km benar-benar menguji mental dan kekuatan fizikal peserta.
Selepas pertempuran sengit, Saddam & Dr Shazif berjaya menamatkan pusingan ini dahulu, diikuti Ikmal & Hakimi, manakala Theeban & Syafiq terpaksa akur bahawa perjalanan mereka berakhir di sini.
GRAND FINAL ROUND: Tug of War – Tarik Trak Pikap!
Cabaran kemuncak? Tug of War yang lebih ekstrem! Bukannya sekadar tarik tali biasa, tetapi peserta harus menarik trak pikap ke garisan penamat masing-masing.
Bermula cabaran kedua-dua pasukan berlari pantas mendapatkan tali secepat mungkin. Namun di sini kita dapat lihat ada strategi berbeza diambik oleh setiap pasukan:
Saddam & Dr Shazif terus menarik tali dengan sepenuh tenaga dari awal dengan kekuatan tangan
Ikmal & Hakimi pula memilih pendekatan berbeza, melilit tali di badan mereka dan bertahan sebelum menarik menggunakan kekuatan lower dan upper body
Pada mulanya, Saddam & Dr Shazif mendahului, namun kelemahan mula terserlah apabila genggaman mereka semakin longgar.
Sebaliknya, Ikmal & Hakimi yang menggunakan kekuatan upper dan lower body secara konsisten terus menolak had mereka.
Dan akhirnya… BOOM! Dengan satu tarikan terakhir yang penuh tenaga, Ikmal & Hakimi berjaya menyeberangi garisan penamat dan dinobatkan sebagai JUARA MASKULIN Who’s Your Bro!
Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 serta trofi kejuaraan yang menjadi simbol kecekalan, kekuatan, dan strategi yang mantap.
Finale ini bukan sekadar pertarungan fizikal, tetapi juga pertempuran mental, semangat, dan strategi.
Saddam & Dr Shazif mungkin tidak bergelar juara, tetapi mereka telah membuktikan diri sebagai pesaing yang hebat. Kepada semua peserta lain, anda semua adalah BRO sejati!
Kini, segala persoalan sudah terjawab. Siapa bro, siapa lawan?
Kita jumpa lagi di musim akan datang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang menonton episod pertama pada hari Isnin lalu menerusi Astro Naura atau menerusi penstiman di Astro Go, terima kasih MASKULIN ucapkan. Bagaimana dengan paparan bersama Dato AC Mizal dan kereta Porsche beliau?
Memang gempak, bukan!
Untuk episod kedua yang akan ditayangkan esok, ‘RODA PANAS’ telah mengundang ikon fesyen lelaki terkenal tanah air, Wak Doyok.
Jadi apakah kereta atau jentera yang bakal dikongsikan oleh Wak Doyok menerusi episod kedua kali ini?
Buat peminat muscle car atau kereta berkuasa tinggi, iniah episod yang tidak harus anda lepaskan.
Remy Ishak sebagai hos ‘RODA PANAS’ akan membawa anda mendekati ‘raksasa jalanan’ milik Wak Doyok iaitu Episod 2 Ford Mustang 5.0L V8 yang dimodifikasi kepada Ford Mustang Shelby GT500!
Sebelum program TV ‘RODA PANAS’ ke udara di kaca TV, MASKULIN sebenarnya pernah memaparkan Wak Doyok bersama kenderaan pacuan empat rodanya yang telah mendapat jumlah view cukup tinggi di laman media sosial.
VERSI IDAMAN
Jadi pastinya pengenalan kereta Mustang dari Wak Doyok kali ini tidak harus anda lepaskan. Seperti dinyatakan di atas, kereta Wak Doyok ini asalnya ialah dari model For Mustag 5.0L V8.
Namun kerana minatnya yang luar biasa terhadap model Ford Mustang Shelby GT500, dia sanggup berbelanja untuk merealisasikan impian melihat versi idamannya di depan mata.
“Bagi saya sendiri saya suka modifikasi pada bahagian luar dan dalam. Dekat luar haruslah tampil ‘seksi’ manakala dalam pula harus ada kuasa,” jelasnya yang memiliki jentera hebat ini sejak tahun 2016.
“Luar harus ‘seksi’ manakala dalam pula harus ada kuasa,” jelas Wak Doyok yang kini turut menjadi Timbalan Presiden Kelab Mustang untuk media sosial seluruh Malaysia.
Jadi apakah modifikasi yang dilakukan oleh Wak Doyok terhadap kereta perkasa jalanannya yang tampil dalam bentuk Ford Mustang modifikasi Shelby GT500? Berapakah agaknya kuasa kuda yang dibawa di bawah bonet kereta ini?
Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod 2 bersama hos Remy Ishak dan tetamu jemputan, Wak Doyok pada Isnin, 19 April 2021 jam 9:30 malam di Astro Naura (saluran 109). Anda juga boleh saksiken menerusi servis penstriman di Astro Go dan juga di On Demand.
Ingat kereta, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ass. Manager Men & Hobbies dan Penata Gaya: Farizul Izwany
Penulis: Darwisy Farain
Penerbit video Maskulin: Faez Akhmal
Penyunting Video : Ali Affandi
Peletakan Grafik: Zera Naim
Grooming: Ayang Kamell
Fotografer: Nana Azman
Pembantu Fotografer : Niza Suhaimi
Suntingan Foto: Hezry Rokman
Persalinan dan aksesori: Sacoor Brothers
Untuk edisi Man of The Moment bulan ini, MASKULIN menampilkan kisah seorang lelaki yang membuktikan bahawa kekuatan sejati bukan hanya pada otot, tetapi pada hati yang berani melawan kesusahan.
Inilah kisah Dr. Ahmad Samhan bin Awang, seorang doktor kesihatan lelaki, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HIM Wellness Sdn. Bhd. platform telekesihatan yang membuka ruang buat lelaki mendapatkan rawatan masalah disfungsi ereksi (ED) dan ejakulasi pramatang (PE) dengan lebih privasi dan mudah.
Namun, sebelum berjaya membina nama dalam bidang kesihatan lelaki, perjalanan hidupnya jauh daripada mudah.
Akar Dari Pasir Mas
Dilahirkan pada 5 Jun 1986 di Pasir Mas, Kelantan, Dr. Ahmad Samhan ialah anak ketiga daripada tujuh beradik.
Hidupnya sederhana dengan kerjaya ayah sebagai seorang guru dan ibu seorang kerani sekolah.
Zaman kecilnya dihabiskan berpindah mengikut tugas ayah di kawasan pedalaman, di mana air bukit menjadi tempat mandi dan cahaya pelita menerangi malam.
Cita-cita menjadi doktor bukan pilihan asalnya. Ia datang daripada impian ibunya yang mahu melihat anaknya berjaya di bidang perubatan.
Dari situlah langkahnya bermula langkah seorang anak yang ingin membalas pengorbanan kedua orang tuanya.
Cabaran Asrama dan Titik Permulaan
Ketika diterima masuk ke Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), beliau berdepan pengalaman yang membentuk ketahanan mental.
“Masuk Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) sebenarnya bukan pilihan ayah saya. Dia dulu guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, jadi dia tahu sangat perangai budak SDAR ni macam mana sebab tu dia tak nak anak dia ke sana,” – Dr. Samhan
Budaya asrama yang keras dan sistem senior-junior membuatkan hari-harinya penuh tekanan.
Namun, pengalaman itu menjadikan dirinya lebih kental dan berdisiplin.
Selepas menamatkan SPM dengan cemerlang, muncul pula fasa getir baharu. Ramai rakan seangkatan mendapat peluang ke luar negara melalui biasiswa, tetapi dia tidak termasuk dalam senarai itu.
Rasa kecewa dan rendah diri hadir, namun dia memilih untuk terus melangkah dengan apa yang ada.
Dr. Ahmad Samhan menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sebelum menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan.
“Saya ambil medic 4 tahun di USM dan 6 tahun di Mesir, 10 tahun semuanya, hanya untuk memenuhi hasrat seorang ibu yang mahu lihat anaknya jadi doktor.” – Dr. Samhan
Namun, perjalanan ke sana bukan mudah.Waktu itu, keluarganya tidak berkemampuan menanggung kos pengajian yang tinggi.
Untuk memastikan impian menjadi kenyataan, dia terpaksa meminjam wang, mengumpul sedikit demi sedikit bagi membeli tiket dan menampung keperluan awal di luar negara.
Tiada jalan pintas semuanya dibina atas pengorbanan dan tekad.
Dari Hospital Ke HIM Wellness
Setelah tamat pengajian, beliau menjalani latihan housemanship di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu fasa paling kritikal dalam hidup seorang doktor muda.
Tekanan fizikal dan mental datang serentak. Tanggungjawab menjaga nyawa bukan sekadar kerja, tetapi amanah.
Walau pernah hampir tewas oleh stres dan keletihan, beliau memilih untuk bertahan, satu demi satu hari.
Kini, sebagai pengasas HIM Wellness, beliau meneruskan perjuangan dalam bentuk berbeza.
Platform ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada lelaki bercakap tentang kesihatan diri tanpa rasa malu atau takut.
“Saya tak marah bila orang panggil saya ‘doktor lucah’, sebab saya tahu ramai lelaki yang bergelut dengan masalah ini dan saya tahu apa yang saya nak sampaikan.” – Dr. Samhan
Baginya, lelaki perlu berani mendapatkan bantuan kerana menjaga kesihatan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan sebenar seorang lelaki.
Ikuti kisah lanjut temu bual eksklusif MASKULIN bersama Dr Samhan menerusi video di bawah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.