
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya masih tidak henti dihimpit kontroversi dan mengundang kecaman netizen yang “menyampah” dengan dirinya. Kenapa begitu sekali? Apa yang terjadi sehingga netizen benar-benar marah?
Gara-gara memuat naik sebuah video menari bersama selebriti Indonesia yang dikaitkan dengan isu transgender, Lucinta Luna. Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian dan menaikkan kemarahan netizen .Sejak mula dikenali, perkara ini bukan merupakan isu yang pertama usahawan terkenal ini menjadi perhatian. Ada sahaja perkara yang membuat dirinya dan keluarga menjadi sebutan.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Sokong LGBT?
Umumnya Aliff Syukri memang berkawan baik dengan Nursajat. Terbaru, usahawan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat menari bersama selebriti Indonesia yang dikaitkan dengan isu transgender, Lucinta Luna. Malah melihatkan pada rakaman video tersebut, Aliff dikatakan seperti menyokong dan mengalakkan golongan LGBT. Malah ada yang menganggap video itu seperti sesuatu yang mengghairahkan.
Netizen Mahu Boikot Aliff
Jika sebelum ini terdapat gerakan yang ingin memboikot Nur Sajat dan Safiey Ilias, kali ini nampaknya Aliff bakal menghadapi perkara yang sama. Ini kerana beberapa netizen mendakwa mereka mahu memboikot Aliff kerana dia dilihat seperti menyokong kaum seperti ini.
Malah, ramai lagi tidak berpuas hati dengan menasihati beliau agar berubah.
Apapun kita jangan terus menghentam beliau, mungkin Dato ada sebab kenapa beliau lakukan video tersebut, mungkin stategi perniagaan mungkin. Apa pun
Sumber : Instagram aliffsyukriterlajaklaris
Koleksi Sneakers Gordon Hayward ANTA Sports Menerusi GH1 Series

Sneakers kini dianggap sebagai komoditi yang sangat berharga buat lelaki. Selain kasut yang lebih formal, sneakers kini menjadi kasut yang sangat penting dalam kehidupan seharian.
Segmen kasut bola keranjang yang kini turut digunakan sebagai pelengkap gaya kasual juga menjadi semakin popular terutamanya di negera kita. Antara jenama yang dilihat sentiasa tampil bersaing memperkenalkan koleksi menarik ialah ANTA Sports.
Pada permulaan tahun ini, ANTA Sports telah melancarkan siri sneakers yang cukup dinantikan oleh ramai orang menerusi Gordon Hayward/GH1 Series.
Pengenalan koleksi ini juga membawa simbolik kepada perkembangan pesat dialami oleh ANTA Sports diperingkat global.
Selain diangkat sebagai rakan rasmi International Olympic Comitteee sejak tahun 2019. Jenama mereka mula mendapay tempat di hati pengguna selepas kemunculannya pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing.
Sejak edisi sukan tersebut, ANTA Sports makin berkembang dan menaja beberapa atlet terbaik dunia seperti juara tinju Filipina, Manny Pacquiao, bintang NBA Yang juga pemain Golden State Warrior, Klay Thompson dan bekas pemain legenda Boston Celtics, Kevik Garnett.
Dan kini mereka turut merekrut pemain Boston Celtics, Gordon Harward sebagai duta terbaru mereka. Sneakers yang tercipta dari koleksi GH1 Series turut mendapat inspirasi dari karakter estetika harimau dan ia turut dikenali sebagai GH1 ALPHANEXT.
Setiap pasang kasut GH1 Alphanext memunyai kemasan belang dan corak seperti tapak kaki harimau. Bahagian belakang tumit pula ditambah padding untuk keselesaan pengguna.
Selain itu, ANTA Sports turut memperkenalkan model lain iaitu Home Play, Away-Home Play dan City Jersey dengan setiap satunya mengambil tema warna pasukan Boston Celtics.
Elak Berpeluh-peluh, Intermittent Fasting Bantu Anda Turunkan Berat Badan!

Jika anda tercari-cari kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan, Intermittent Fasting adalah salah satu cara yang boleh anda lakukan malah selamat untuk dipraktikkan.
Ia juga menjadi antara kaedah popular di kalangan ‘diet person’ serta seakan-akan trend mesti cuba di abad ini.
Jangan terkejut ya, Intermittent Fasting ini juga sebenarnya telah dipraktikkan ramai selebriti kerana ia memberi kesan positif kepada kesihatan dan penurunan berat badan.
Tahukah anda, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengamalkan diet Intermittent Fasting ini?
Bagi yang ingin mencuba, ini 6 kaedah popular untuk mengamalkan Intermittent Fasting dan jadual selama seminggu untuk rujukan anda.
1. The 16/8 Method: Puasa lebih daripada 16 jam setiap hari
Cara ini memerlukan anda berpuasa selama 14 hingga 16 jam dan tempoh makan dibuka selama 8-10 jam dalam masa sehari. Walaupun kedengaran agak memenatkan tetapi ia sangat mudah untuk dilakukan dan popular di kalangan orang yang sedang berdiet!
Apa yang memudahkan, sekiranya perut anda ‘berkeroncong’ atau lapar, anda tidak perlu berpuasa sepenuhnya apatah lagi menahan lapar. Anda dibenarkan untuk minum air seperti air kosong, teh serta kopi untuk membantu memberi keselesaan pada perut.
Pengambilan makanan sihat sangat penting sewaktu anda dibenarkan makan. Cuba elakkan daripada mengambil makanan ‘junk food’ berlebihan kerana ia akan menyebabkan diet anda gagal.
2. The 5:2 Diet: 600 kalori dua hari seminggu
Ia sama sahaja seperti hari-hari biasa anda, cuma bezanya dalam masa dua hari anda perlu mengambil makanan yang mengandungi 600 kalori dan tidak melebihi daripada jumlah yang ditetapkan ini.
3. Makan-berhenti-makan
Kaedah ini sangat popular di luar negara. Ia memerlukan anda berpuasa selama 24 jam (contoh dari pukul 7 malam hari ini sehingga 7 malam keesokan harinya).
Sama seperti The 16/8 Method, jika anda berasa lapar anda dibenarkan minum air kosong, teh ataupun kopi sahaja. Pengambilan makanan ‘solid’ tidak dibenarkan!
Perlu diingat ya sekiranya anda mengamalkan diet ini untuk menurunkan berat badan, anda perlu makan secara normal ketika berbuka. Jangan kurangkan kuantiti makanan dan kalori.
4. Puasa selang-seli
Selang-selikan waktu berpuasa anda dengan waktu makan biasa dalam masa seminggu. Sekiranya anda gagal untuk berpuasa, ada masih boleh menggunakan teknik yang sama tetapi mengambil makanan yang mempunyai kandungan kalori yang rendah.
Teknik ini tidak digalakkan buat ‘beginners’ kerana ia dikatakan agak ekstrem dan memenatkan!
5. The Warrior Diet
Diet ini sangat mudah untuk dilakukan di siang hari, tetapi tidak di waktu petang dan malam. Ini kerana ia memerlukan anda untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran di waktu pagi serta satu makanan berat di waktu tengah hari sehingga petang manakala selepas jam 4, anda perlu manahan perut sehingga keesokan pagi.
The Warrior Diet adalah salah satu diet popular dalam kaedah Intermittent Fasting.
6. Spontaneous Meal Skipping
Sebenarnya anda tidak perlu berpuasa seharian untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. Dengan mengamalkan keadah ‘Spontaneous Meal Skipping’ atau melangkau masa makan juga sebenarnya boleh membantu untuk menurunkan berat badan.
Oleh itu, sekiranya anda tidak lapar di waktu siang anda boleh melangkau sarapan pagi anda. Anda hanya perlu memastikan yang anda mengamalkan makanan sihat sepanjang tempoh diet.
Mahu Buang Toksin Dalam Badan? Ini 10 Resepi Air Detox Yang Boleh Anda Cuba

Kita selalu dengar tentang air detox dan kemungkinan besar apa yang boleh MASKULIN katakan, pasti anda ada rakan-rakan sepejabat yang sering membawa bekas air mengandungi lemon, timun dan sebagainya.
Bagi anda yang tak biasa mungkin itu satu perkara yang agak pelik. Jangan risau kerana anda bukan keseorangan, ramai sebenarnya tak tahu tentang air detox.
Apa itu air detox?
Ia merupakan sejenis minuman yang dicampurkan dengan potongan atau hirisan buah-buahan segar, sayuran atau herba. Berbeza dengan proses menghancurkannya, proses air detox mengandungi kalori yang rendah. Ia juga berfungsi sebagai bahan yang bertindak sebagai master cleanse. Sisa oksik dalam badan akan dikeluarkan dengan baik.
Untuk menjadikan tabiat meminum air detox tak bosan semestinya anda mahukan resepi yang lebih bervariasi.
Oleh itu anda boleh mencuba 10 resepi air detox yang berikut!
TEMBIKAI
Jika dalam peti ais anda lebihan tembikai, anda boleh cuba buat air detox dengan tembikai. Potong dalam bentuk kecil dan masukkan dalam jag. Letakkan dalam peti ais dan biarkan selama beberapa jam. Selepa situ minum bila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.
KIWI & STRAWBERI
Kiwi dan strawberri merupakan buah yang juga boleh digunakan untuk hasilkan air detox. Hiriskan dua buah ini dan letak dalam jag. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rasa lebih segar. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.
EPAL & KULIT KAYU MANIS
Masukkan hirisan buah epal dan sebatang kayu manis ke dalam jag. Sejukkan dalam peti ais selama sejam. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme. Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.
CUKA EPAL, LEMON & KAYU MANIS
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Masukkan 2 sudu cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan satu sudu jus lemon dan satu sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.
BACA: Risiko Minuman Tenaga Diambil Secara Berlebihan, Anda Boleh Terkena Penyakit Jantung!
ALOE VERA & LEMON
Jika di rumah ada menyimpan aloe vera atau lidah buaya, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang dua sudu jus lemon dan kisar selama seminit. Ia boleh membantu memudahkan penghadaman, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.
HALIA & LEMON
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air. Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.
LEMON, LIMAU NIPIS, OREN, TIMUN, HALIA & PUDINA
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½ biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.
STRAWBERI, NENAS, CUKA EPAL, BASIL
Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.
Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.
LEMON
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.
GRAPEFRUIT, TIMUN, LEMON, PUDINA
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap. Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.