Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memohon maaf dan meminta agar video teaser lagu hari raya yang telah menjadi viral dihapuskan oleh mereka yang memiliki akses kepadanya.
Dalam sebuah catatan Instagram yang telah mendapat sambutan lebih 8,000 suka, Aliff mengungkapkan permintaan maafnya dan meminta agar isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.
“Maafkan saya… mohon yang ada video yang korang tak senang tu, delete lah. Tak payah dipanjang-panjangkan. Maaf ya sahabat-sahabat semua,” demikian tulis Aliff.
Akan tetapi, reaksi netizen terhadap permintaan maaf ini bercampur aduk. Dalam perkembangan terbaru, media melaporkan bahawa telefon bimbit dan kad sim Aliff, yang diduga digunakan untuk mengunggah video tersebut, telah disita oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu bahawa peralatan tersebut sedang diperiksa oleh Unit Forensik sebagai bagian dari penyelidikan lebih lanjut.
“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut. Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” ujar Fahmi dalam sebuah sidang media.
Ads
Meskipun video tersebut dikatakan telah dihapus, Fahmi meminta MCMC untuk terus menyelidiki masalah ini. Kontroversi ini bermula ketika Aliff memuat naik klip video lagu hari raya bertajuk ‘Love Raya’, yang langsung mendapat kecaman dari netizen.
Bahkan ibu Aliff, Rozita Ibrahim, juga menyatakan rasa malu dan kecewa terhadap perilaku anaknya.
Ads
Kisah ini menjadi bukti bagaimana sebuah video dapat memicu reaksi luas dan menyeret nama seorang usahawan terkenal ke dalam sorotan publik, sekaligus mengingatkan tentang pentingnya mempertimbangkan isi konten yang diunggah ke media sosial.
Sumber: Media Hiburan & Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sememangnya Masjid merupakan rumah bagi mereka yang beragama Islam. Negara Malaysia merupakan negara yang majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan agama, dan rata-rata dari rakyat Malaysia amat menitikberatkan keharmonian negara tercinta ini. Jika anda saksikan klip video ini, jelas menunjukkan dua orang perempuan sedang menari di atas tembok yang berlatar belakangkan masjid Kota Kinabalu. Persoalannya, tarian kpop ke tu?
Dipercayai tarian di dalam klip video ini, tarian yang dilakukan oleh dua individu ini adalah tarian kpop. Memang menjadi kewajipan peminat-peminat kpop yang ‘gila’ dengan artis kegemaran mereka dengan meniru tarian mereka dengan melakukan cover magi menzahirkan rasa cinta mereka terhadap kpop. Mereka juga akan mengambil peluang untuk menggunakan latar belakang yang menarik bagi mencantikkan video cover mereka itu nanti.
Contoh Tarian Public Challenge Kpop.
Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) yang telah melaporkan inseden terbabit mahu pihak berwajib ambil langkah sewajarnya terhadap insiden dua pelancong asing yang membuat tarian seksi atas pagar perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas. Gelagat yang sempat dirakam penduduk setempat itu turut tular dan ramai pihak mahu tindakan segera diambil bagi elak ia berulang.
Apa komen anda mengenai isu ini?
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya. Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.
# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah alasan yang membuatkan seseorang itu tidak membersihkan wajah sebelum tidur? Jawapannya malas, letih. Seharusnya anda perlu tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak.
Alasan wajah perlu dibersihkan
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh. Balik ke rumah, bukan sahaja tidak mandi malah wajah langsung tidak dibersihkan. Jangan amalkan rutin ini, seharusnya anda perlu bersihkan wajah sebelum tidur. Berikut lima alasan anda perlu tahu.
1.Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
2.Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!.
3.Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
4.Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5.Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip perlu ikut: Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal lebih baik daripada langsung tidak melakukannya.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.