BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya. Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.
# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Ads
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
Ads
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
Ads
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini seorang lelaki dari China merana lumpuh separuh badan akibat terlalu obses bermian game di telefon bimbit setiap hari selepas penat berkerja.
Lelaki bernama Wang itu menyedari badannya tidak dapat menggerakkan badannya dari bahagian perut ke bawah, kemudian dihantar ke hospital dan doktor segera melakukan pemeriksaan dan pembedahan kecemasan terhadapnya. Laporan awal perubatan mendapati, Wang menderita cervical spondylosis (sakit tulang leher) yang menjejaskan tulang belakang serviks. Ia boleh menyebabkan penyempitan ruang yang diperlukan saraf tunjang dan akar saraf yang melalui tulang belakang seluruh badan. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Wang kerap baring bermainan permainan di telefon pintarnya selama beberapa jam.
Bermain permainan secara online melalui telefon pintar merupakan salah satu trend terkini untuk kebanyakan golongan remaja dan dewasa. Hobi bermain game merupakan suatu kebiasaan normal bagi kaum lelaki. Sebenarnya, ramai mengatakan bahawa bermain game dapat menghilangkan stress serta mengisi ruang waktu yang kosong dalam kehidupan harian. Tidak dinafikan memang betul bahawa bermain game dapat memberikan satu kepuasan setelah selesai menghabiskan game tersebut. Namun, terdapat keburukan saat ketika bermain game online itu sendiri.
Antara keburukan bermain games online adalah ia amat melalaikan. Banyak perkara yang terabai seperti solat,kerja rumah dan juga waktu belajar. Salah satu perkara yang sering terjadi adalah kerosakan mata jika bermain dengan kadar yang berlebihan. Sudah pasti kalau bermain game online tanpa had batasan hidup tak terurus dan tidak kemas. Anak-anak berkemungkinan akan mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bermain permainan online yang pasti merugikan masa.
Pertama, kita perlu sedar bahawa ada sesetengah lelaki memerlukan masa yang santai yang tidak melibatkan orang lain selepas seharian bekerja. Ini menyebabkan wanita menjadi kecewa kerana mereka memerlukan perbualan dan masa bersama untuk mengeratkan hubungan mereka.Berikut ada beberapa tips untuk suami yang suka bermian games online.
1. Komunikasi dan Berbincang
Bercakap tentang perkara ini, biarkan dia tahu yang anda sedar dia suka permainan video dan perlu santai. Beritahu si dia bahawa anda boleh terima hobi mereka itu tetapi dengan syarat. Nyatakan bahawa anda juga mempunyai keperluan yang dia perlu menerima dan memenuhi seperti melayani isteri, anak-anak dan keluarga. Beterus teranglah tentang perasaan anda seperti rasa diabaikan atau dianggap tidak penting. Gunakan ayat yang jelas dan tidak menyerang suami anda.
2. Membuat perjanjian
Jangan terus melarang untuk suami anda tidak bermain games online. Kemungkinan boleh berlaku pertengkaran disebabkan hal ini. Apa yang diperlukan adalah perbincangan antara kedua pihak secara baik. Bincang mengenai waktu dan tempoh yang sesuai untuk bermain games online. Sebagai contoh boleh main ketika anak-anak sudah tidur dan tempoh bermain hanya satu jam. Ini sebagai langkah untuk mengelak diri daripada menjadi ketagih bermain game online dan mengabaikan tanggungjawab. Bersepakat dalam membuat keputusan supaya ada give and take.
3. Kongsi minat bersama
Cuba untuk minat bermain game online bersama dengan suami ketika waktu lapang. Ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara suami isteri. Jika anda tidak berminat untuk bermain game online, lakukan beberapa aktiviti yang lain. Ketika suami sedang sibuk bermain game online anda boleh memasak,mengemas rumah,bermain dengan anak,membaca buku dan melakukan sebarang aktiviti untuk mengelakkan diri daripada mencemburui aktiviti suami. Pujuk suami untuk lakukan aktiviti kekeluargaan seperti keluar makan,mendengar ceramah dan lain-lain lagi.
4. Sentiasa memahami
Perlu sentiasa mendampingi suami dengan melakukan aktiviti bersama dengannya. Jangan marahkan suami anda jika dia asyik bermain game online ketika itu anda sedang sibuk membuat kerja rumah. Sebaliknya minta tolong suami anda secara sopan untuk menyiapkan kerja rumah. Setelah selesai membuat kerja rumah anda boleh memberi keizinan supaya dia bermain game tersebut ketika waktu lapang. Jangan buang masa untuk memarahi suami sebaliknya pastikan anda berbicara dengan penuh kasih sayang untuk mengelak sebarang pergaduhan.
Para suami yang suka bermain games online pastikan anda memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga. Jangan asyik bermain sehingga lupa melakukan ibadah, tidak makan bersama, tidak mandi dan kurang meluangkan masa untuk keluarga. Isteri sebagai teman hidup anda juga berhak untuk bercakap dengan cara yang baik dan betul. Pastikan si isteri memastikan suami anda mendapat layanan yang lebih baik dari permainan games online tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa suka makan ulam? Pasti kenal dengan daun Selom atau dikenali sebagai daun laksa di beberapa tempat ini kan.
Terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, daun dikatakan mempunyai rasa macam daun parsli, selom mempunyai banyak zat galian, mineral dan vitamin A, B dan C.
Ini antara sebab kenapa ulam Salom baik untuk kesihatan khususnya untuk anda yang sedang mengalami masalah seperti dibawah :
1. Merawat cirit-birit
Jika anda tersalah makan yang menyebabkan terkena cirit-birit bolehlah mencuba petua menggunakan daun selom. Caranya ialah ambil 10 helai daun selom yang segar, masukkan ke dalam 2 cawan air. Kemudian, rebus selama 15 minit dan minum ketika air masih panas.
2. Merawat diabetes
Bagi pesakit kencing manis, mereka perlu memastikan kadar gula di dalam darah sentiasa terkawal. Daun selom boleh mengatasi masalah ini. Caranya ialah ambil 8 helai daun selom dan masukkan ke dalam 3 cawan air panas. Setelah sejuk, minum sebelum makan. Amalkan 2 kali sehari.
3. Melegakan gigitan haiwan berbisa
Daun selom boleh digunakan untuk meredakan sakit dan bengkak akibat disengat lebah, kala jengking dan sebagainya. Caranya ialah menumbuk daun selom dan batangnya hingga lumat dan tampal pada tempat yang sakit itu.
4. Menyembuhkan demam selsema
Demam selsema mudah terkena pada orang yang mempunyai imun badan yang lemah, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Petua yang boleh digunakan ialah ambil beberapa batang dan daun selom, rebus dengan secawan air dan minum airnya. Demam akan mula kebah.
5. Menambahkan selera makan
Jika ada ibu mengandung yang mengalami alahan teruk pastinya selera makan menjadi kurang. Begitu juga jika kita diserang demam dan sebagainya, pastinya nafsu makan tersekat. Jika dibiarkan, badan akan kurang bertenaga dan menjadi susut.Cara untuk menambah selera makan ialah membuat kerabu atau ulaman menggunakan daun selom. Jika suka, bolehlah dicicah dengan sambal kacang atau sambal belacan.
6. Menyembuhkan bisul
Jika ada bisul di bahagian badan, pastinya kita berasa tidak selesa dan menahan sakit. Bagi meredakan bengkak bisul dan seterusnya menyembuhkannya, ambil beberapa helai daun selom dan ditumbuk dengan lumat. Tampal pada bahagian bisul dengan kerap. Lama-kelamaan, bisul akan mengecut.
7. Rahsia awet muda
Jika hendakkan kulit muka menjadi licin dan nampak muda, amalkan daun selom sebagai ulaman dalam pemakanan harian. Kandungan vitamin yang tinggi sangat baik untuk kesihatan kulit.
Tanam pokok selom dalam kotak polisterin
1. Kotak polisterin
Kotak polisterin mestilah dalam keadaan baik dan tidak rosak. Pada bahagian dasar polisterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bahagian sisi saja iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah.
Bila isi tanah nanti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak ada air bertakung di dalam polisterin tersebut. Nyamuk pun tidak dapat bertelur di situ.
2. Penyediaan tanah
Saya guna tanah bakar atau hitam + tahi kambing/tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
Gaul rata kemudian masukkan ke dalam polisterin. Siram air sehingga paras lubang yang dibuat tadi. Biarkan selama seminggu.
3. Penyediaan keratan batang selom
Pada setiap keratan batang selom sekurang-kurangnya ada 3-4 ruas mata tunas.
Rendam keratan batang selom sehingga berakar. Saya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dah panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lagi.
Dalam masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman untuk mengelakkan keratan menjadi busuk, rosak dan air menjadi masam.
Ketika tanam keratan selom ini, pastikan 1-2 ruas mata tunas tertanam dalam tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
Selepas tanam dalam masa dua minggu pertama kena siram 2 kali sehari. Ini juga penting untuk pertumbuhan akar pokok yang masih baru.
Nah, bayangkan Ulam Selom sahaja memiliki pelbagai khasiat yang bagus dan baik untuk tubuh badan manusia. Belum lagi digabung dengan sayur ulam-ulaman yang lain yang sudah tentunya dapat memberikan kesan kesihatan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Justeru itu, Maskulin ingin menggalakkan orang muda di Malaysia untuk kerap memakan sayur ulam-ulaman dan makan dengan gaya pemakanan yang sihat agar tubuh badan anda menjadi sihat, cergas dan minda kekal aktif.
Selamat menjamu selesa bersama Ulam Selom.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada bermacam-macam jenis sayur yang kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh.
Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
Sayur taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu!
Sumber enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.
Enzim ini adalah protein istimewa untuk meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
Sumber protein
Taugeh boleh menggantikan sumber proteing baik yang lain seperti daging atau ayam. Taugeh mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh.
Mudah dihadam
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak di dalamnya, taugeh mudah dihadam. Taugeh membantu mereka yang ada masalah perut kembung dan penghadaman.
Menurunkan berat badan
Sayur taugeh kaya dengan zat dan rendah kalori membantu menurunkan berat badan. Disamping itu, ia boleh buatkan rasa lebih kenyang.
Meningkatkan kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein sangat tinggi. Ia dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormon lelaki dapat dihasilkan dengan ransangan ketika menikmati sayur ini.
Mencegah Anemia
Sayur ini mengandungi asid folik yang sangat bagus untuk sel darah merah. Pengeluaran darah merah yang stabil membantu mencegah terjadi anemia.
Lelaki bekas banduan terima Ijazah PhD OUM, dari tirai besi ke pentas konvokesyen. Walaupun telah menghabiskan 23 tahun hidupnya di sebalik jeriji besi, Murad (bukan nama sebenar), 38, tidak pernah memadamkan impian untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.