Walaupun sudah tiga tahun berlalu, Awal Ashaari akui, sehingga kini dia masih terkesan dengan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan.
Memetik kapsyen yang dimuat naik di laman media sosialnya, Awal, 37, bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus bernafas menyambung hayatnya meskipun kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk dan remuk.
“Sejak kejadian tersebut, saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mensia-siakan peluang kedua yang telah Allah berikan ini.
Ads
“Insiden itu juga telah menukar persepsi dan merubah diri saya buat selama-selamanya,” kata Awal memetik perkongsiannya yang disertakan klip video di akaun Instagram miliknya.
Ads
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi pada 29 Mac 2015 itu, Awal hanya mengalami cedera ringan di bibir.
Pada masa itu, Awal dan rakannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka bagi mengacarakan rancangan Melodi sempena Karnival Jom Heboh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali kurus dan menikmati kehidupan normal tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia.Mohamad Faisal Md. Ali, 29, yang pernah mendapat perkhidmatan jurulatih kecergasan peribadi percuma pada Oktober lalu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Kamsah Mat Noor, 57, akibat sesak nafas.
“Tidak lama selepas Dresar sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Faisal.
Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas dan baru pulang ke rumah empat hari lalu.
Mengulas antara permintaan akhir anaknya sebelum meninggal dunia, Kasma berkata ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, arwah anaknya pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.
“Tapi saya beritahu pada dia tak boleh, Doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor,” katanya sebak.
Kasma yang juga seorang pengusaha kuih-muih di kampung tersebut berkata pemergian Faisal satu kehilangan besar baginya kerana selama ini arwah antara anak yang rajin membantunya membuat kuih-muih untuk jualan harian.
“Arwah juga seorang yang periang, boleh kata dia merupakan penghibur kepada keluarga kami, Makcik akan rindu senda gurau Faisal nanti,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
“Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
“Dan terakhir ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-NYA.
Seperti selalu kita dengar, anak-anak ini bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan, semasa mereka kecil, mereka memerlukan perhatian daripada kita. Sebagai seorang ayah, anda harus memberikan contoh yang terbaik. Walaupun kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu tetapi tahukah anda mereka sebenarnya akan cenderung mencontohi perilaku ayah berbanding ibu. Berikut adalah pesanan paling penting untuk lelaki bergelar ayah
1. Tunjukkan contoh terbaik depan anak
Anak-anak mudah mengikuti apa sahaja tingkah laku yang mereka lihat. Jadi sebagai seorang bapa, anda seharusnya memberikan gambaran yang baik untuk anak anda. Contohnya anda jangan pula bergaduh dengan isteri depan anak-anak. Tunjukkan kemesraan supaya anak anda sentiasa dihidangkan dengan perkara-perkara positif sahaja.
2. Sembunyikan tingkah laku negatif depan anak
Manusia tiada yang sempurna, kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, pastinya mempunyai tingkah laku yang buruk bukan? Sebaiknya jangan sampai anak lihat tingkah laku negatif di depan anak anda. Seperti menghisap rokok, bermain judi, melihat video yang tidak sepatutnya. Anak sedang membesar, anda adalah salah seorang ikon yang bakal diikutinya kelak.
3. Jangan marah anak sampai tak ingat dunia
Jika hendak menegur anak, jangan sampai sanggup memukul anak. Anak perlukan sokongan dan juga kasih sayang. Memang anak lebih takutkan ayah berbanding ibunya. Cukup anda menegur dengan cara baik dan tidak perlu naik tangan. Jika anda naik tangan dan memukulnya, anak anda pasti akan mengingatinya sehingga dewasa. Kesan pukulan tidak kekal di tubuh badan, namun kesannya di hati akan diingati sampai bila-bila
4. Rajin-rajin berbual dengan anak
Janganlah ayah asyik sibuk dengan kerja dan handphone sahaja. Kalau di rumah layanlah anak bercakap dan bermain. Kadangkala anak takut hendak bercakap atau bergurau dengan ayah sebab ayah terlalu serius dan garang. Tak hairanlah anak lebih senang berbual atau mengadu apa sahaja dengan ibu. Kata pakar sosiologi, anak yang berbual dengan ayahnya akan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berkomunikasi dengan ayah. Jadi, kalau nak anak bijak maka rajin-rajinlah melayan mereka bercakap ya para ayah!
5. Binalah hubungan rapat dengan anak
Kajian juga menunjukkan anak yang rapat dengan ayah mempunyai akhlak yang lebih baik dan mengurangkan masalah sosial ketika usia remaja. Tentu kita biasa baca kisah anak-anak remaja yang mengalami keruntuhan moral dan akhlak. Kebanyakan mengakui mereka tidak rapat dengan ayah masing-masing. Pendek kata sejak kecil tiada hubungan rapat dan interaksi dengan si ayah. Apabila meningkat remaja, mereka lebih selesa rapat dengan kawan-kawan. Akibatnya mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan tunjuk ajar daripada lelaki bergelar ayah!
Sumber: Ragamanak.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.