Siapa tengok perlawanan Sepanyol menentang Maghibi pagi tadi? Tahniah buat Cristiano Ronaldo kerana telah berjaya memecah rekod Ferenc Puskas sebagai pemain Eropah dengan gol terbanyak di peringkat antarabangsa.
Jaringan pada minit ke-4 menentang Maghribi pada Rabu menyaksikan Ronaldo memecah rekod yang dipegang pemain Hungary, Ferenc Puskas.Selepas mencipta hatrik menentang Sepanyol minggu lalu, Ronaldo menyamai rekod Puskas dengan 84 gol antarabangsa secara keseluruhan, namun gol menentang Maghribi pada Rabu mengesahkan Ronaldo sebagai pemain Eropah dengan gol antarabangsa terbanyak.
Puskas menjaringkan 84 gol antara tahun 1945 dan 1956.
Ads
Bagaimanapun Ronaldo perlu menjaringkan 24 gol lagi di peringkat antarabangsa jika mahu menyamai rekod yang dipegang bekas penyerang Bayern Munich, Ali Daei dari Iran.
Ali menjaringkan 109 gol dalam tempoh 13 tahun untuk Iran dari tahun 1993 hingga 2006.
Lepas dah tahu kelebihan sup kurus ini pasti anda tidak akan menolak lagi untuk makan sup sayur-sayuran.
Hanya dengan menu sup kurus yang diamalkan sejak 13 tahun yang lalu, ibu anak empat bernama Khairuzetti Zaini Collections ini berjaya mengekalkan berat badannya 45kg.
Jadi sekiranya anda ingin badan kekal kurus, jom ikuti resipi sup kurus yang dikongsikannya.
Sup sayur cendawan ni antara resepi sup KURUS yang zt amalkan hampir 13 tahun. Lama kan? Ni je rahsianye nak slim pada angka umo nak cecah 40an tahun depan. Rahsianye sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu. Boleh mix dengan sayur sawi Jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu. (Berat badan dapat maintain 45kg + anak 4 + umo 39) selamat memasak uols…
Bahan A
– 4-5 ulas bawang putih tumbok pecah (khasiat: bakar lemak + buang kolesterol)
– 2 biji cili api hijau tumbuk pecah (khasiat: bakar lemak)
– 2 batang serai diketuk (khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dalam badan)
– 1 sudu besar minyak jagung
Bahan B
– 100gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam) + (rendaman ke2 rendam dengan air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam)
– 1.5L air tapis
Bahan C
– Sawi
– Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
– Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa
– Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
1. Panaskan periuk + add minyak masak.
2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.
3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air bagi mendidih.
4. Then masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi. Bila dah suam sikit, masukkan gula perang & garam bukit.
5. Amalkan sup kurus ini 4-5 kali seminggu. Buat selama 3 bulan. Nanti kurus bagitau tau. Makan ni je. InsyaAllah selim melim laju.
Ada dua tips tambahan kat sini. Dua individu berbeza.
1. Tak leh makan nasi. Cepat naik berat so makan sup sayur ni je la. JANGAN add nasi.
2. Makan nasi boleh tapi tak boleh lepas pukul 6 petang. So uols sesuaikan la ye resipi ni untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain selim melim. Guna beras Basmathi less kanji??
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi kebanyakan orang, impian besar mungkin sekadar memiliki rumah idaman atau kereta mewah.
Tetapi, bagi seorang pemuda berusia 20 tahun bernama Daniel Jackson, cita-citanya jauh lebih luar biasa membina negara sendiri.
Idea unik ini menjadikan dirinya tular di Reddit selepas dia mengisytiharkan sebagai presiden kepada negara ciptaannya, Free Republic of Verdis.
Memetik laporan The Economic Times, Free Republic of Verdis terletak di kawasan kecil di sepanjang Sungai Danube yang menjadi pertikaian sempadan antara Croatia dan Serbia.
Ditubuhkan pada tahun 2019, negara mikro ini kini mempunyai bendera rasmi, kabinet, mata wang sendiri serta kira-kira 400 orang warganegara.
Kawasan ini seluas 0.5 kilometer persegi, dikenali dalam peta sebagai “pocket three”, dan menariknya ia tidak dituntut oleh mana-mana pihak menjadikannya ‘tanah kosong’ dari segi undang-undang antarabangsa.
Menurut Jackson, minatnya terhadap pembinaan sebuah negara bermula sejak berusia 14 tahun, pada mulanya hanya sebagai eksperimen bersama rakan-rakan.
Namun, pada usia 18 tahun, dia mula serius dengan memperkenalkan undang-undang, memilih bahasa rasmi (Bahasa Inggeris, Croatia dan Serbia) serta menetapkan Euro sebagai mata wang negara.
Selain itu, Jackson yang bekerja sebagai pereka digital di platform Roblox juga mereka bentuk bendera negara dan membentuk kabinet kerajaan yang lengkap.
Walaupun semangatnya tinggi, Jackson berdepan halangan besar.
Pada Oktober 2023, polis Croatia menahan beliau bersama beberapa individu lain yang cuba menetap di kawasan tersebut.
Mereka diusir keluar, dan Jackson dikenakan larangan seumur hidup untuk memasuki Croatia.
Kini, Jackson lebih kerap berada di Belgrade, Serbia, di mana pegawai tempatan dilihat lebih terbuka terhadap projeknya.
Dia tetap optimis bahawa suatu hari nanti Verdis akan dapat diakses semula.
“Kami mahu hubungan baik dengan pihak berkuasa Croatia. Ia cuma soal masa, bukan kemungkinan. Croatia tidak menuntut kawasan itu, jadi kami percaya peluang kami masih ada,” kata Jackson.
Bagi Jackson, Free Republic of Verdis bukan sekadar gurauan remaja, tetapi satu misi untuk membuktikan bahawa impian luar biasa juga boleh menjadi realiti walaupun bermula dari tanah sekangkang kera.
Isteri datang bulan selalu ‘mood swing,’ suami kenalah faham dan banyak sabar. Dalam perkahwinan, salah satu perkara penting yang suami perlu faham ialah perubahan yang berlaku kepada isteri ketika dia sedang datang bulan.
Ini bukan sekadar isu fizikal semata-mata, tetapi melibatkan emosi, mental, dan juga hubungan dalam rumah tangga. Sebagai seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab, memahami keadaan isteri ketika haid boleh membantu mengelakkan salah faham dan menjadikan hubungan lebih harmoni.
Bila isteri datang bulan, hormon dalam badannya berubah dengan mendadak. Sebab itu, dia mungkin lebih mudah tersinggung, cepat marah, atau tiba-tiba rasa sedih tanpa sebab yang jelas. Kalau suami nampak isteri tiba-tiba moody atau menangis tanpa alasan yang kukuh, jangan cepat melatah. Ini bukan bermakna isteri sengaja nak cari pasal atau merajuk tanpa sebab. Sebaliknya, suami perlu faham dan bersabar. Jangan balas dengan marah atau sindiran, sebaliknya cuba tenangkan isteri dengan kata-kata yang baik.
Ramai wanita mengalami senggugut atau period pain yang boleh jadi sangat menyakitkan. Ada yang rasa perut kejang, pinggang sakit, badan lesu, malah ada yang sampai muntah atau migrain. Suami kena faham bahawa ini bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh isteri. Kalau nampak isteri berbaring lama atau kurang bertenaga, cuba bantu dia dengan mengurut belakangnya, menyediakan air panas, atau sekadar memberi ruang untuk dia berehat.
Selain sakit, isteri mungkin rasa badan melekit, perut kembung, atau mudah letih. Ini boleh menyebabkan dia cepat rasa rimas dan kurang selesa dengan diri sendiri. Jangan pelik kalau isteri tiba-tiba malas berdandan atau tak mahu bersentuhan. Beri ruang kepada isteri dan jangan buat lawak yang boleh menyinggung perasaannya, seperti mengusik tentang bau badan atau wajah kusam.
Haid juga boleh mempengaruhi selera makan seorang wanita. Ada yang tiba-tiba craving makanan manis seperti coklat atau kek, ada juga yang suka makan makanan masin atau pedas. Jangan hairan kalau isteri asyik minta dibelikan makanan tertentu atau tiba-tiba tidak berselera langsung. Kalau boleh, layan saja keinginan isteri dalam tempoh ini selagi tidak memudaratkan kesihatannya.
Wanita kehilangan banyak darah ketika haid, dan ini boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan cepat penat. Kalau isteri nampak letih dan tidak bersemangat buat kerja rumah, suami jangan pula mengungkit atau membandingkan dengan hari-hari biasa. Sebaliknya, suami boleh membantu menguruskan kerja rumah, seperti membasuh pinggan, menyapu lantai, atau menjaga anak-anak. Percayalah, pertolongan kecil seperti ini boleh membuat isteri rasa sangat dihargai.
Ketika haid, emosi isteri mungkin lebih mudah tersentuh. Jadi, elakkan daripada berbicara tentang perkara yang boleh menambah tekanan kepadanya, seperti menegur berat badan, cara dia berpakaian, atau membandingkannya dengan orang lain. Jika ada perkara penting yang perlu dibincangkan, tunggu hingga emosinya lebih stabil supaya perbincangan berjalan dengan baik.
Walaupun suami dan isteri tidak boleh bersama secara fizikal ketika haid, ini tidak bermakna suami perlu menjauhkan diri. Isteri masih perlukan perhatian dan kasih sayang. Tunjukkan sokongan dengan memeluknya, membelai rambutnya, atau sekadar menemani dia menonton televisyen. Tetapi, jika isteri minta ruang untuk bersendirian, hormatilah permintaannya.
Bila isteri datang bulan, dia bukan sengaja mahu berubah sikap atau beremosi tanpa sebab. Ini adalah sesuatu yang berlaku secara semula jadi akibat perubahan hormon dalam badan.
Sebagai suami, bersabarlah dan cuba memahami keadaan isteri. Tunjukkan kasih sayang dengan tindakan kecil seperti membantu kerja rumah, mendengar luahan isteri, atau sekadar memberi kata-kata semangat. Bila suami bersikap memahami, hubungan rumah tangga akan jadi lebih erat dan isteri akan rasa lebih dihargai.
Jadi, para suami, selepas ini bila isteri datang bulan, jangan panik! Fahami, sabar, dan teruskan menjadi suami yang penyayang.
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.