
Ini senaman yang boleh anda lakukan setiap pagi. Sebelum anda mulakan hari anda, kerja yang bertimbun tu, apa kata anda lakukan senam ringan ini kejap. Sekurang-kurangnya tak ada lah anda rasa bersalah sangat apabila anda telan semua makanan yang penuh dengan kalori itu.
Push up

Kami nasihatkan anda luangkan masa 2 minit untuk lakukan senaman ini. Anda pun tahu kelebihan push up kan? Ia dapat membantu mengurangkan lemak di perut dan kuatkan otot pada lengan. Untuk beri efek yang menarik pada gambar OOTD anda pump sedikit badan anda. Baru banyak like!
High knee

Sebelum anda mandi solat sunat hari raya, apa kata anda lakukan senaman ini sebanyak 3 set dengan 15 rap. High knee boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak berpanjangan walaupun sudah separuh hari anda bekerja. kerja kita pun tak boleh dijangka kan? ada hari kerja ringan, ada hari kerja berat.
Burpees

Senaman ini berfungsi sama seperti High Knee. Ia dapat meningkatkan metabolisme di samping membakar lemak secara berpanjangan. Jadi jika anda tengah breakfast pun, lemak anda masih terbakar.
Squats

Senaman ini anda boleh lakukan masa mandi. Ambil masa sikit untuk anda bersenam. Tak banyak pun dalam 30 rap dah cukup.
Senang bukan senaman-senaman ni! Selamat mencuba. Makan tu baik-baik ya, jangan makan banyak sangat. Kata nak kurus!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebaikan Jus Epal Untuk Kurangkan Kencing Manis, Salah Satunya Menjaga Gigi

Banyak tips diet mencadangkan kita untuk memakan epal sebagai gentian kepada snek lain yang tidak menyihatkan. Ini kerana epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat.
Selain daripada memakan epal, kita juga boleh ekstrak ia menjadi minuman yang menyihatkan. Harus diingat, anda seharusnya meminum ia tanpa campuran gula, kalau tidak sama sahaja anda beli jus epal yang ada di pasaran dengan jumlah gula yang tidak diketahui.
Walaupun buah epal bukan buah tempatan dan sedikit mahal, namun untuk mendapatkan khasiatnya, tidak salah untuk melabur sedikit.
Berikut adalah antara khasiat yang bakal anda perolehi jika mengamalkan minuman jus Epal.
BACA: Selain Bantu Rendahkan Tahap Kolesterol Dalam Badan, Ini Khasiat Lain Sayur Kangkung
1. Memudahkan proses penghadaman

Tubuh badan kita memerlukan serat untuk memudahkan proses penghadaman. Buah epal amat kaya dengan serat, ia juga membantu mengurangkan masalah sembelit ketika membuang air besar.
2. Melambatkan proses penyebaran sel barah

Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap khasiat buah epal dan salah satunya adalah mengurangkan risiko penyakit barah. Ia mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru serta melambatkan proses penyebaran sel tersebut.
3. Merawat Anemia

Seorang lelaki dewasa normal memerlukan 12.5 hingga 18.5g/dL haemogoblin. Jika kurang daripada itu, anda menghidap penyakit Anemia iaitu kekurangan zat besi dalam badan. Buah ini kaya daengan khasiat zat besi serta berupaya menambah kekurangan haemoglobin dalam darah.
4. Mengurangkan risiko kencing manis & diebetes

Mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak.
BACA: Kalau Nak Badan Kekal Sihat & Muda, Lelaki Kena Elak Lakukan Perkara Ini Selepas Makan
5. Penjagaan Gigi

Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
7 Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit, No. 5 Ramai Yang Suka Buat!

Pasti anda rimas bila perut buncit. Nak pakai seluar atau baju pun susah sebab sendat sehingga perut buncit anda terkeluar.
Jika anda sedang berusaha mengempiskan perut buncit dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan, cuba perhatikan cara anda.
Adakah anda mengggunakan cara yang betul? Bagaimana pula dengan pemakanan anda? Adakah anda masih buat tabiat lama? Jika betul anda nak kempiskan perut buncit, anda kena bersedia mengamal 7 petua ini.
1. Minum air limau

Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut buncit secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau. Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda.
Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut buncit yang sangat berkesan.
2. Minum teh halia

Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik. Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut.
Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut buncit dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.
3. Makan ikan salmon

Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit anda.
Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut. Perlu diingatkan, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut buncit dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
4. Kurangkan pengambilan gula

Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes. Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula.
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
5. Tidur 6-8 jam sehari

Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.
6. Tingkatkan metabolisme

Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan? Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori. Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah. Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.
7. Guna Aplikasi Senaman Di Mobile App

Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama. Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Elak Mati Pucuk Di Usia Muda. Amalkan Tip Mudah Ini

Ramai lelaki di luar sana alpa dengan fakta ‘mati pucuk’ yang kian berleluasa dikalangan orang muda. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia lelaki, jadi pengawalan terhadap isu ini harus diketengahkan. Mati pucuk atau nama saintifiknya erectile dysfunction (ED) biasanya terjadi pada lelaki yang sudah menjangkau pada usia 40 tahun ke atas atas sebab faktor umur. Mati pucuk merupakan ketakutan para lelaki kerana ia bukan saja boleh melemahkan metabolisme seseorang, tapi boleh menyebabkan lelaki tersebut mendapat banyak penyakit-penyakit aneh. Tak hairanlah jika yang kena ini terdiri dari golongan tua, tapi jika ia terjadi pada mereka yang muda? Mengapa? Dan bagaimana?

Lelaki gemar menggunakan pelbagai rawatan, atau pil-pil yang meransang hubungan seks bersama pasangan. Ubat-ubat dan jamu yang terjual di farmasi menjadi tarikan lelaki kerana ini akan membuatkan prestasi anda bersama pasangan pada waktu malam lebih hebat. Lelaki mungkin salah dalam faktor ini, kerana ubat-ubatan ini akan menyebabkan anda lesu dan lemah. Prestasi anda lama-kelamaan akan menurun dan anda akan kerap berasa letih dan lemah.
Jadi sebelum anda tergolong dalam kalangan mereka yang mati pucuk di usia muda, apa kata anda cuba beberapa langkah ini:
Jaga makan
Makanan yang mengancam kesihatan jantung seperti burger, jajan boleh boleh menjejaskan keupayaan alat sulit anda. Dalam badan lelaki, salur darah yang paling halus ialah salur darah di zakar dengan garis pusat satu hingga dua milimeter saja, lebih kecil daripada salur darah ke jantung dengan ukuran garis pusat tiga hingga empat milimeter.
Sakit jantung terjadi akibat salur darah tersumbat, jadi kemungkinan salur darah pada zakar yang lebih halus untuk alami perkara ini adalah lebih tinggi. Aliran darah yang lancar penting untuk pucuk. Apabila aliran darah terjejas, maka seseorang akan mula mengalami masalah ini.
Kajian menunjukkan masalah ED jarang berlaku di kalangan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean (mengandungi banyak sayur, buah, ikan, bijirin penuh dan lemak yang baik untuk jantung). Jadi amalkan pemakanan yang sihat.
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol
Jika anda kerap mengambil minuman ini, apa kata kalau anda kurangkan atau berheti terus! Memang tiada kajian bahawa alkohol boleh menjejaskan prestasi seks seseorang lelaki, malah ada sesetengah penyelidik berpendapat wain merah contohnya memberi manfaat kepada kesihatan jantung.
Bagaimanapun ramai pakar bersetuju tidak merugikan kepada seseorang jika tidak minum minuman beralkohol, bahkan ia disifatkan langkah yang lebih baik dalam penjagaan kesihatan. Pengambilan alkohol berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan hati, saraf dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan lain yang akhirnya membawa kepada masalah ED.
Jangan bergantung sangat kepada senaman kemut
Tiada kajian yang menunjukkan senaman Kegel (menegang dan mengendurkan otot pelvis) dapat mengelakkan lelaki daripada ED. Bagaimanapun senaman ini sangat berguna kepada lelaki dan wanita yang mengalami masalah inkontinen (kebocoran kencing). jangan terlalu taksub dengan senaman ini, seolah-olah bila anda telah melakukan senaman ini, segala-galanya akan ok. Anda kena lebih berhati-kati dan pelbagaikan kaedah untuk mengelakkan dari penyakit seperti ini.

Jalani pemeriksaan tahap hormon testosteron
Testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk mengekalkan sifat kelelakian seperti merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan, penghasilan sperma, pembesaran kelenjar prostat dan ereksi; membentuk jisim dan kekuatan otot, mengekalkan keinginan seks; bersifat agresif selain menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan ketumpatan tulang. Seorang lelaki akan tahu jika mengalami masalah testosteron menurun dimana dia sudah mula tidak mempunyai nafsu untuk berhubungan seks, dan prestasi mula menurun. Jadi, jika anda dah mula rasa tak ada nafsu dengan isteri anda tu, apa kata kalau anda terus berjumpa dengan pakar.
Sumber: Infomatipucuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

